Sunday, 30 April 2017

KELOMPOK JURUFOTO SEBUMBUNG DI TANOH KITE II

Sebahagian yang terlibat dalam pameran Tanoh Kite II

Pengisian Duyong Art Festival 2017 mengorak langkah lebih positif hasil kesinambungan dari Tanoh Kite tahun lalu yang mana kali ini pameran fotografi yang memaparkan momen-momen hasil bidikan menyatukan jurufoto pelbagai genre dibawah satu tema di bumi Terengganu.

15 jurufoto daripada pelbagai latar usia dan kerjaya iaitu Tolehah Muda, Warna Iman, Didiz Rushdi, Fuad Abdullah, Mokhtar Ishak, Mamood Safarwan, Wira Utama, Wm Soo, Hafiz Markzzaki, Palie Massa, Fook Seek, Lokman Hamid, Fadzly Mubin, Robi Obies dan Azlan Bahrum.

Fook Seek nama hebat pada era 60an turut tampil dengan karya yang dihasilkan satu ketika dahulu sudi sebaris dengan karya-karya muda kini.

Kurator program, Hakim Sattu berkata, proses pemilihan kali kali ini lebih rumit dan agak cerewet untuk mendapatkan karya dengan penceritaan berkaitan tema namun mendapat kerjasama yang baik.

"Kerjasama dari jurufoto terlibat agak rumit namun kami berpuas hati dapat mengumpulkan karya-karya yang hebat dalam pameran foto 'Tanoh Kite II' ini.

"Lokasi kali ini juga sangat sesuai di mana kami telah diberi peluang menghidupkan Kota Lama Duyong dengan aktiviti pameran foto. Lokasi ini juga sarat dengan cerita sejarahnya tersendiri" tambahnya lagi.

Kurator 2 program, Ghazali Kori berkata, edisi kali kedua itu merupakan salah satu inisiatif Duyong Art Gallery bagi mengetengahkan serta memartabatkan hasil karya mereka pada mata masyarakat.

"Karya-karya yang dipamerkan itu mengangkat persoalan dari perspektif/naratif merentasi nuansa alam, figuratif dan budaya serta kehidupan yang sekali gus menjadi simbol dan kekuatan semangat," katanya.

Majlis pelancaran pameran disempurnakan oleh Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abullah.

Pameran Tanoh Kite II berlangsung dalam tempoh dua minggu bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.- Media11


Barisan jurufoto menyertai pameran Tanoh kite II


LAN DI TANAH KITE II




KUALA TERENGGANU 29 April - Karya bertajuk 'Bah - Nilai Insan dan Haiwan' bidikan jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Bahrum merupakan antara tarikan dalam pameran fotografi Tanoh Kite II di Kota Lama Duyong di sini, hari ini.

Foto yang dirakam semasa banjir besar pada Disember 2013 di Kemaman itu menggambarkan momen seorang penternak di Kampung Bukit Mentuk menyelamatkan ternakannya hingga sanggup meredah limpahan sungai ketika penduduk lain berpusu-pusu menuju ke pusat pemindahan.

Selain Azlan, Tanoh Kite II turut melibatkan penampilan 15 jurufoto daripada pelbagai latar usia dan kerjaya iaitu Tolehah Muda, Warna Iman, Didiz Rushdi, Fuad Abdullah, Mokhtar Ishak, Mamood Safarwan, Wira Utama, Wm Soo, Hafiz Markzzaki, Palie Massa, Fook Seek, Lokman Hamid, Fadzly Mubin dan Robi Obies.



Kurator program, Ghazali Kori berkata, edisi kali kedua itu merupakan salah satu inisiatif Duyong Art Gallery bagi mengetengahkan serta memartabatkan hasil karya mereka pada mata masyarakat.

"Karya-karya yang dipamerkan itu mengangkat persoalan dari perspektif/naratif merentasi nuansa alam, figuratif dan budaya serta kehidupan yang sekali gus menjadi simbol dan kekuatan semangat," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Majlis pelancaran pameran disempurnakan oleh Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abullah.

Pameran Tanoh Kite II berlangsung dalam tempoh dua minggu bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. - UTUSAN ONLINE

Saturday, 29 April 2017

MISTERI TARIAN ULIK MAYANG --BAHAGIAN 2

Sejarah ulik mayang bermula pada zaman dahulu, sekumpulan nelayan keluar ke laut menangkap ikan dengan berperahu. Tiba-tiba, mereka telah dilanda ribut yang amat dasyat di tengah lautan sehingga jong yang dinaiki mereka telah dipukul ombak ganas. Kesemua nelayan terhumban di dalam laut yang bergelora sambil terkapai-kapai menyelamatkan diri. Akhirnya mereka kepenatan dan beralah dengan takdir apabila gagal menyelamatkan diri dari kekuatan ombak laut yang tidak dapat dikawal lagi.
            Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Akan tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak sedarkan diri. Mereka menyangka bahawa nelayan tersebut telah mati namun, ternyata tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa.
            Rakan-rakannya berasa sedih dan mengeshaki bahawa jiwa nelayan yang tidak sedarkan diri itu berada di alam lain walaupun jasadnya ada bersama mereka. Zaman tersebut lebih juga dikenali sebagai zaman animisme dimana bomoh digunakan untuk meyembuh penyakit seseorang. Oleh itu, nelayan-nelayan tersebut memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali nelayan tersebut. Bomoh tersebut mengubatinya dengan bacaan mantera dan apabila diseru, bomoh tersebut mendapati nelayan itu telah dipukau oleh semangat laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menguji kesemua nelayan tetapi hanya seorang yang tertarik.  Dipercayai nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia nyata namun, Puteri itu telah menyeru seorang kakaknya untuk membantu. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang puteri sehingga menjadi enam orang kesemuanya.
 
            Pertarungan antara bomoh dan puteri-puteri tersebut menjadi semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Apabila pertarungan menjadi sangat sengit, muncullah Puteri ke-7, iaitu puteri yang sulung. Puteri ini memiliki rupa yang lebih rupawan, lebih kuat dan bijaksana. Setelah itu, bomoh telah merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semula semangat nelayan tersebut. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan. Dalam pertempuran tersebut, puteri sulung berkata;

 “aku tahu asal-usulmu”,

“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”

 Jiwa nelayan telah dipulangkan dan nelayan kembali sedar. Bomoh dan rakan-rakan nelayan berasa terhutang budi kepada sang puteri, mereka telah mempersembahkan nasi bewarna kepada sang puteri sebagai tanda penghargaan atau berterima kasih. Upacara ini kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

                Walaupun asal-usul bermulanya tarian ulik mayang terdapat dalam perbagai versi namun,  susunan peristiwanya agak serupa iaitu tentang sekumpulan nelayan yang telah mengalami kecelakaan di laut dan salah seorang daripada mereka tidak sedarkan diri. Tarian ini dilakukan untuk memuja semangat Puteri yang merujuk kepada tujuh semangat yang bersal dari laut. Semangat puteri ini sudah wujud di kalngan masyarakat Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar umbi dari kepercayaan animisme atau khurafat masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Tujuh Semangat Puteri dikenali sebagai Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh. 

Terdapat beberapa sumber menyatakan upacara Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara mengubati pesakit degan menggunakan semangat yang dipuja. Namun begitu, upacara Ulik Mayang telah diubah kepada nyanyian setelah kedatangan Islam dan hanya ditarikan sebagai hiburan tanpa memasukkan unsur-unsur khurafat seperti mantera dan jampi. Antara kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Thursday, 27 April 2017

6 NELAYAN SELAMAT


Bot nelayan ditunda masuk ke jeti APMM Pangkalan Maritim Kemaman pukul 5.30 petang in. GAMBAR : APMM



OPERASI MENYELAMAT BOT TEMPATAN YANG MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN DI LAUT

KEMAMAN, 27 Apr – Maritime Rescue Sub Centre (MRSC KUANTAN) Pada pukul 9.44 pagi APMM Wilayah Timur telah menerima maklumat daripada encik Saiful (Kelab Radio Amatur Kemaman) ada kecemasan berkenaan sebuah bot nelayan tempatan kelas A (TFA 2475) mengalami kerosakan enjin.
  APMM Wilayah Timur serta merta telah menugaskan dua (2) aset ke lokasi untuk mengesan bot yang dilaporkan. Lebih kurang 3 jam operasi menyelamat dilakukan bot tersebut telah ditemui terapung lebih kurang 24 batu nautika dari Kemaman.
  Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Dato’ Haji Mamu bin Said Alee berkata, ”dari maklumat yang diterima, bot tersebut telah mengalami kerosakan enjin sejak 48 jam yang lalu. Semua kru bot termasuk tekong seramai 6 orang warga tempatan berumur antara 36 hingga 66 tahun ditemui dalam keadaan lemah kerana kekurangan bekalan makanan setelah bot mengalami kerosakan enjin. Bot tersebut telah ditunda masuk ke jeti APMM Pangkalan Maritim Kemaman pukul 5.30 petang ini untuk tindakan selanjutnya.
   Tambah beliau lagi, Maritim Malaysia Wilayah Timur sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada komuniti maritim yang memerlukan bantuan khususnya kepada bot-bot nelayan. Ini merupakan salah satu tugas Maritim Malaysia. Sekiranya ada kemalangan atau kecemasan di laut, boleh hubungi terus talian pusat operasi di talian 09-5717345 atau MERS 999. - MEDIA11