Thursday, 28 September 2017

TERENGGANU MEMPERKENALKAN JOBS TRANFORMASI TERENGGANU BAHARU (JOBSTTB)


 kerajaan negeri memperkenalkan JOBS Tranformasi Terengganu Baharu (JOBSTTB) kepada graduan anak Terengganu yang masih menganggur untuk mengikuti pelbagai kursus kemahiran di agensi dan anak syarikat milik kerajaan negeri selama enam bulan.

"Sebanyak tujuh bidang latihan ditawarkan iaitu pengurusan, pebuatan, pembinaan, pertanian, perikanan, veterinar dan pelancongan dan sepanjang mengikuti kursus ini, kerajaan negeri akan membayar elaun sebanyak RM1,000 sebulan kepada peserta.

"Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui atas talian di tgtp.terengganu.gov.my yang akan dibuka mulai 1 Oktober ini," katanya.

LATIMOJONG MAMPU MEMBANTU MEMPROMOSIKAN SEKTOR PELANCONGAN TERENGGANU





Ekspedisi Terengganu De Latimojong Mampu Membantu Mempromosikan Sektor Pelancongan Terengganu Khususnya Sempena Visit Beautiful Terengganu 2017. Kembara Anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman Itu Disertai .Seramai 20 Pendaki Termasuk Pengamal Media Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib Berkata Kesemuanya Bakal Menawan Puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia Bermula Pada 30 September Hingga 6 Oktober Ini.


Katanya, Ekspedisi Julung Kali Diadakan Itu Merupakan Inisiatif Pertubuhan Karyawan Yang Dilihat Mampu Mengeratkan Hubungan Antara Kerajaan Terengganu Bersama Provensi Sulawesi Menerusi Program Pendakian Gabungan Dua Negara Ini.


Wednesday, 27 September 2017

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH KETENGAH- GAJI RM1,218 - RM9,547

Kekosongan Terkini di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah  2017 seperti berikut :


Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

1. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
2. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29
3. PENOLONG AKAUNTAN W29
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N19 
6. PEMANDU KENDERAAN H11 

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport. Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010). 

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU 
        
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan)

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya..

LOKASI / NEGERI : TERENGGANU
TARIKH TUTUP : 12 OKT 2017

Saturday, 23 September 2017

20 pendaki bakal menawan Gunung Latimojong, Sulawesi .


KUALA TERENGGANU, 23 Sept -- Seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario,Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.

Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3, 487 meter itu pada 3 Oktober ini.

Ekspedisi selama enam hari itu akan di ketuai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri  Ahmad Razif Abd Rahman berkata program yang julung kali diadakan ini dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua kerajaan ini.

Katanya secara tidak langsung  ia juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya wilayah Sulawesi Selatan.

 "Ini adalah satu lagi tranformasi yang berlaku di negeri ini dimana misi yang akan membawa nama Terengganu ini pertama kali dianjurkan dan menariknya aktiviti ini melibatkan peserta dari kalangan media.

"Kerajaan negeri menyokong dan menyambut baik langkah yang dilaksanakan khususnya pengamal media Terengganu dalam sama-sama membantu kerajaan menaikkan imej Terengganu menerusi pelbagai inisiatif.

"Semoga kembara Terengganu De Latimojong ini dapat menjadi wadah dan memberi impak yang positif dalam jalinan dua hala ini dan mengingat pendaki supaya sentiasa mementingkan keselamatan sepanjang melakukan aktiviti itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Larian Jambatan Sultan Mahmud 2017 di Dataran Batu Buruk, pagi Sabtu.
 
Katanya Kerajaan negeri bersungguh-sungguh menjayakan misi ini dengan pembabitan anak-anak syarikat kerajaan negeri di bawah Terengganu Inc dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Ahmad Razif berkata kumpulan pendaki ini bukan berpaksikan kepada pendakian sahaja malahan turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membantu penduduk di desa  berkenaan.


Sementara itu, Presiden Pertubuhan Karyawan Kreatif  Terengganu Darul Iman, Rozainah Zakaria berkata ekspedisi ini bertujuaan mewujudkan integrasi silang budaya di antara wilayah Sulawesi Selatan dan Terengganu.

"Menerusi ekspedisi  pendakian gunung luar negara ini sekaligus mendukung satu daripada lapan prinsip TTB yang berteraskan komitmen tinggi dalam misi dan visi," katanya.

Beliau berkata selain itu menerusi aktiviti seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan prestasi, mental dan fizikal sejajar dengan keperluan profesion sebagai wartawan.

Che Adam yang juga Chief De Mission berkata kumpulan pendaki juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial komuniti kepada masyarakat di Desa Karangan iaitu perkampungan yang terletak di kaki gunung berkenaan dan memberi bantuan keperluan harian serta alat tulis kepada pihak yang memerlukan di desa tersebut.

"Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan," katanya.

Katanya, kumpulan pendaki akan turut  melakukan pertukaran logo Visit Beautiful Terengganu dengan “Simbol Perlancongan Sulawesi” sebagai gimik hubungan akrab antara dua pihak.

'Pada masa sama Ia juga bertujuan membantu mengembangkan sektor pelancongan Terengganu menerusi aktiviti pendakian,"

Tambahnya lagi, penglibatan media dalam program ini secara tidak langsung memberi kecergasan melalui siri latihan sebelum ini sesuai dengan tugas wartawan yang memerlukan persediaan kekuatan mental dan fizikal pada bila-bila masa.

Wednesday, 20 September 2017

Misi Bantuan Kemanusiaan Terengganu For Rohingya: Sekampit Beras untuk Rohingya


Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya merupakan satu kempen mengumpul Dana bagi misi bantuan kemanusiaan membantu etnik Rohingya yang berada di kem pelarian Bangladesh bertemakan sekampit beras untuk Rohingya yang bermaksud sumbangan wang ringgit daripada orang ramai yang sekurangnya dapat membeli sekampit beras bagi setiap mangsa pelarian etnik Rohingya.
Kempen ini akan di gerakkan oleh Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) bekerjasama dengan Pemuda dan Puteri UMNO Terengganu di bawah Penasihat Ahli Jawatankuasa Tertinggi Skuad SSTTB, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi, YB Dato Haji Rozi bin Mamat marangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,sumber Manusia Negeri Terengganu.
Skuad SSTTB akan berkerjasama dengan pelbagai Jabatan, agensi kerajaan, GLC dan NGO-NGO termasuk Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia) bagi mengumpulkan bantuan dana daripada pelbagai pihak dan orang ramai, di mana hasil dana yang terkumpul Skuad SSTTB melalui Kerajaan Negeri Terengganu akan membawa misi bantuan kemanusiaan ini ke Bangladesh pada akhir oktober 2017.
Pemilihan kem pelarian Rohingya di Bangladesh adalah kerana kini lebih 400,000 pelarian etnik Rohingya berada di kem pelarian tersebut mencatatkan jumlah terbesar etnik Rohingya yang memerlukan bantuan.


Skuad SSTTB hari ini telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Tabung Rohingya Skuad Sukarelawan TTB yang di pengerusikan oleh Samiun Salleh, selaku Ketua Urusetia dan mewakili Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Skuad SSTTB, di mana pihak Skuad SSTTB secara rasminya melancarkan pada hari ini 19 september 2017 Kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya yang melibatkan semua Jabatan, agensi kerajaan, GLC, NGO, badan swasta dan individu untuk mengerakkan tabung ini bagi mengumpulkan dana yang di perlukan sehingga 10 oktober 2017.
Tabung ini juga akan di gerakkan pada 29 dan 30 september 2017 di program Jom Heboh Terengganu 2017 di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus dengan kerjasama pihak Media Prima Berhad.
Antara program lain Skuad SSTTB dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui tabung Terengganu For Rohingya yang akan di letakkan di setiap masjid di negeri ini dan penglibatan kempen tabung sumbangan dalam setiap program-program rasmi kerajaan negeri.
Tabung ini juga akan di letakkan di beberapa Jabatan dan agensi kerajaan yang berhubung secara terus dengan pelanggan seperti UTC dan sebagainya.
Selain itu, sumbangan daripada pelbagai pihak juga akan di adakan dalam satu majlis yang akan di serahkan sendiri oleh pihak penyumbang dana kepada Menteri Besar Terengganu pada pertengahan bulan Oktober.
Di harap pelbagai pihak dan orang ramai dapat berganding bahu bagi menjayakan kempen Terengganu For Rohingya, sekapit beras untuk Rohingya, mana-mana pihak juga di alukan untuk membuat kerjasama program atau kempen yang dapat membantu untuk mengumpulkan dana yang di perlukan dengan sasaran RM1 juta.

Tuesday, 5 September 2017

JAWATAN KOSONG NEGERI TERENGGANU

Peluang Kerja 
Pegawai Bomba Bantuan


Kelebihan 
1.Kadar Elaun Rm 6.00/sejam
2. Pakaian Uniform di Sediakan
3. Perlindungan Insurans
4.Bertugas Secara syif

syarat2 
1. Warganegara Malaysia
2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Mana-Mana Skim Sukerelawan
3. Berumur 18 Tahun ke Atas
4. Kelayakan Minimum PMR
5. Tidak Kurang daripada 1.57cm Untuk Lelaki dan 1.53 Bagi Wanita.
6. Berat Badan Tidak Kurang dari 48kg Bg Lelaki dan 43kg Bagi Wanita
7. Mempunyai Penglihatan Yang Baik
8. pengecaman Warna Dan Pendengaran yang Tidak Cacat 


KEPADA YANG BERMINAT SILA DAPATKAN BORANG DI BALAI2 SEPERTI BERIKUT


1.  CHENEH 
2.  KIJAL 
3.  WAKAF TAPAI
4.  JALAN KOTA
5.  DUNGUN 
6.  KUALA BERANG
7.  CHUKAI
8.  JERTEH
9   MARANG 
10. SETIU
11. KEMAMAN
12. BESUT

TARIKH TUTUP PADA 9 SEPTEMBER 2017

JAWATAN KOSONG 2017 NEGERI TERENGGANU - MINIMUM SPM/GAJI

Jawatan Kosong Terkini 2017 di seluruh negeri Terengganu. Warganegara Malaysia yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan kosong seperti berikut. Jika anda berminat, sila klik pada pautan MOHON ONLINE yang disediakan dibawah.

jawatan kosong negeri terengganu

MAKLUMAT JAWATAN:
1. Production Operator - RM1,300.0 - RM2,500.0 - MOHON ONLINE
2. Electronics Factory Operator - RM2,000.0 - RM2,600.0 - MOHON ONLINE
3. Takaful Financial Consultant - RM2,000.0 - RM5,000.0 - MOHON ONLINE
4. Admin Assistant (Contract) - RM2,200.0 - RM3,500.0 - MOHON ONLINE
5. Beauty Consultant - RM1,500.0 - RM4,500.0 - MOHON ONLINE
6. Graphic Designer - RM1,800.0 - RM3,600.0 - MOHON ONLINE
7. Process & Development Executive - RM1,600.0 - RM2,500.0 - MOHON ONLINE
8. Sales and Marketing Executive - RM2,500.0 - RM3,000.0 - MOHON ONLINE
9. Manufacturing Operator - RM1,000.0 - RM1,800.0 - MOHON ONLINE
10. Product Application Engineer - RM2,400.0 - RM4,000.0 - MOHON ONLINE
11. Bill Collection Officer - RM1,000.0 - RM3,000.0 - MOHON ONLINE
12. HR Executive - RM1,300.0 - RM3,000.0 - MOHON ONLINE
13. Culinary Arts Lecturer - RM2,000.0 - RM3,000.0 - MOHON ONLINE
14. T-BOSIET Instructor - RM2,000.0 - RM3,000.0 - MOHON ONLINE
15. Sales Advisor - RM1,000.0 - RM1,000.0 - MOHON ONLINE
16. Mandarin Language Lecturer - RM2,100.0 - RM3,000.0 - MOHON ONLINE
17. Sales and Promoter - RM1,100.0 - RM2,500.0 - MOHON ONLINE
18. Admin Assistant Executive - RM2,000.0 - RM4,000.0 - MOHON ONLINE
19. Store Manager (Kuala Terengganu) - RM1,800.0 - RM2,500.0 - MOHON ONLINE
20. Mystery Shoppers - RM100.0 - RM1,000.0 - MOHON ONLINE
21. General Worker and Technician - RM1,600.0 - RM2,200.0 - MOHON ONLINE
22. Care Giver Nurses - RM1,000.0 - RM1,200.0 - MOHON ONLINE
23. Health Planner - RM3,000.0 - RM10,000.0 - MOHON ONLINE
24. Sales & Service - RM2,500.0 - RM7,000.0 - MOHON ONLINE
25. Promoter - RM80.0 - RM500.0 Per Day - MOHON ONLINE

Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan MOHON ONLINE yang telah disediakan. Untuk pemohon kali pertama, sila mendaftar akaun Maukerja terlebih dahulu.

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : SEPTEMBER 2017 
LOKASI : TERENGGANU

USIA BUKAN PENGHALANG BAGI PENDAYUNG KAYAK SOLO


Usia bukan penghalang bagi pendayung kayak solo, Muhamad @ Mansor Omar, 70, untuk melaksanakan Ekspedisi Ekspresi Negaraku Kayak Solo Menjelajah Pantai Semenanjung Malaysia biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran getir di laut.

Anak  kelahiran Kemaman, Terengganu, yang lebih mesra disapa Pak Mansor itu tetap gagah melaksanakan ekspedisi sejauh 1,700 kilometer (km) yang berakhir  di Pangkalan  Jeti Kuala Perlis, Perlis pada 9 Sept ini.

Beliau berlepas dari Jeti Nelayan Kuala Juru di sini 9.30 pagi ini dan dijangka tiba di Kuala Muda, Kedah pukul 5 petang ini sebelum meneruskan dayungan ke Yan esok.

“Ini dayungan solo kedua. Lima tahun lalu, saya melakukan dayungan dari Kuala Terengganu ke Kemaman sejauh 160 km dan dayungan solo kali ini bersempena kemerdekaan negara dan Tahun Melawat Terengganu 2017.

“Ekspedisi ini mengambil masa 71 hari dan hari ini ialah hari ke-65 membabitkan perjalanan 1,600 km dan dijangka tiba di Kuala Perlis, Perlis pada 9 Sept ini,” katanya kepada pemberita sebelum pelepasan  peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.

Mansor memulakan ekspedisi berkayak dari Pantai Melawi, Bachok, Kelantan pada 1 Julai lepas dan seterusnya ke Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah serta Perlis.

Sepanjang 65  hari yang dilaluinya setakat ini, pelbagai cabaran ditempuh seperti ribut dan hujan lebat ketika di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga memaksanya mendarat.

“Namun kenangan manis yang saya peroleh ialah apabila dayungan diiringi tiga ikan lumba-lumba sejauh 100 meter di Rompin, Pahang, malah sokongan orang ramai di setiap lokasi perhentian sangat mesra,” katanya.

Katanya ekspedisi itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Terengganu termasuk sokongan kerajaan negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu.

“Perbelanjaan ekspedisi ini turut ditanggung anak-anak saya yang turut berusaha merealisasikan impian ini.

”Alhamdulillah, sehingga kini kesihatan saya mengizinkan dan semakin bersemangat untuk meneruskan cabaran dan berharap dapat menamatkan ekspedisi ini mengikut jadual,” katanya.

Mansor yang memang meminati aktiviti berkayak sejak muda berharap ekspedisinya itu akan memberi semangat kepada golongan muda turut menjalankan aktiviti seperti itu untuk menunjukkan semangat cintakan negara.

Ekspedisi yang melibatkan 60 lokasi  persinggahan sepanjang pantai di Semenanjung Malaysia itu  turut membabitkan 11 negeri sebelum tiba di penamat jeti Kuala Perlis, dan disambut menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pesara Jabatan Veterinar itu berkata ekspedisi itu turut menggunakan teknologi terkini seperti sistem kedudukan global (GPS), drone dan beberapa peralatan lain bagi melancarkan lagi perjalanan.

Ekspedisi itu juga dalam usaha Mansor mencipta rekod sebagai Pendayung Kayak Solo Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam Malaysia Book Of Records. ― Bernama

Sunday, 3 September 2017

PELAJAR TAHFIZ KONGSI PENGALAMAN PERTAMA SEMBELIH KORBAN



Sambutan Aidiladha kali ini cukup istimewa buat segelintir pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah, Chendering di sini apabila diberi kepercayaan untuk bersama-sama melakukan sembelihan haiwan korban.

Salah seorang yang bertuah adalah Aiman Hafiz Jailani, 15, kerana muncul pelajar pertama di madrasah itu yang terpilih untuk bersama-sama petugas menyembelih, sejak ibadah korban mula dilaksanakan di situ pada 2015.

Menurut Aiman Hafiz yang berasal dari Kampung Teluk Ketapang di sini, peluang yang diberikan itu cukup bermakna dan akan terus diingati sampai bila-bila sebagai pengalaman terindah Aidiladha.

"Jika sebelum ini, saya cuma melihat orang lain menyembelih binatang korban tetapi, kali ini saya yang melakukannya.

"Terima kasih kepada ustaz kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk turut serta menyembelih," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Anak Yatim Tahfiz Darul Hijrah di sini hari ini.


Seramai 160 pelajar lelaki dan perempuan madrasah itu terlibat dalam membantu pengurusan sekolah melaksanakan aktiviti korban membabitkan 45 haiwan.

Mereka yang berusia antara lima hingga 15 tahun bersama-sama melapah dan memotong daging sebelum mengagihkannya kepada penduduk setempat.

Pengasas Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah, Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Latiff berkata, aktiviti itu merupakan sebahagian daripada pembelajaran yang diterapkan kepada para pelajar selaras untuk melahirkan golongan tahfiz yang berkebolehan dan bukan sekadar mahir membaca Al-quran.

Katanya, menerusi ibadah korban membabitkan tujuh lembu dan 38 kambing itu secara tidak langsung pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran yang diperoleh daripada kursus profesional sembelihan bersama pakar daging, Mustaffa Othman.

"Ini merupakan tahun ketiga kita melaksanakan kursus sedemikian dengan mereka diajar teknik yang betul dari segi sembelihan hingga ke pengurusan daging, maka dengan ilmu itu kita harap dapat diguna pakai oleh anak-anak ini untuk masa depan terutama jika mahu melakukan ibadah korban sesama keluarga.

"Untuk melancarkan tugasan hari ini, maka setiap daripada mereka telah diberikan tugasan mengikut kemampuan dan kebolehan seperti melapah dan memotong daging manakala bagi penyembelihan pula hanya pelajar yang mampu sahaja melakukannya," katanya.

Menurut Wan Muhammad Mizan, ibu bapa turut dijemput untuk turut serta dalam program hari ini dan selepas semua urusan selesai, kesemua pelajar boleh pulang ke rumah untuk meraikan Aidiladha bersama keluarga masing-masing.