KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bercadang membina 17 balai bomba kategori D dengan peruntukan RM51 juta di seluruh negara tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarahnya (Pembangunan), Datuk Amer Yusof, berkata kertas cadangan untuk projek dianggar menelan kos RM3 juta setiap satu itu akan dikemukakan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mengikut cadangan, katanya, kemudahan dilengkapi peralatan memadam kebakaran bersama sebuah kenderaan bomba itu, akan dibina di kawasan pedalaman.
"Balai bomba kategori D akan menempatkan 90 peratus pegawai bomba bantuan terlatih sebagai barisan hadapan untuk kerja penyelamat serta memadam kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba dari balai kategori A atau B.
"Anggota bantuan akan diberi latihan oleh JBPM untuk memahirkan mereka memadam kebakaran dan menyelamat dengan cekap serta berkesan sama seperti anggota bomba sepenuh masa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan di Dewan Besar JBPM negeri, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah JBPM negeri, Azlimin Mat Noor.
Amer berkata, setakat ini JBPM mempunyai 1,577 pegawai dan anggota bantuan di seluruh negara, selain 13,000 pasukan bomba sukarela.
Mengulas keperluan membina balai bomba kategori D terutama di kawasan pedalaman, beliau berkata, faktor taburan balai bomba dan bilangan anggota tidak seimbang dengan keluasan kawasan sudah diambil kira.
Katanya, kemudahan itu mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menepati masa tindak balas yang dijadikan kayu pengukur utama perkhidmatan kecemasan.
"Sehingga kini, purata pencapaian masa tindak balas bawah 10 minit adalah 60 peratus atau kira-kira 43,200 daripada 72,000 panggilan kecemasan berbanding 80 peratus di negara maju.
"Pencapaian masa tindak balas mampu ditingkatkan jika JBPM mempunyai taburan balai bomba termasuk balai bomba kategori D yang cukup di lokasi strategik terutama pedalaman," katanya.
Sumber BH Online
Tuesday, 31 October 2017
100PLUS Aktifkan Malaysiaku di Terengganu
Program berbentuk larian berhalang sejauh 5 kilometer anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (KPNT) itu akan diadakan di Stafium Tertutup Sultan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Nerus.
Pengarahnya, Tun Faisal Tun Abdul Razak berkata, program yang akan diselaraskan SKY Event Management Sdn Bhd itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat berusia 18 tahun ke atas.
"Menariknya peserta program ini bukan hanya disertai golongan belia dan remaja sebaliknya ia turut melibatkan Pegawai Pembangunan DUN dan J3K.
"Pelepasan peserta akan disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman," katanya pada sidang media di Gerbang Galeri Pelancongan, Kuala Nerus, hari ini.
Katanya, pertandingan itu akan diadakan di setiap negeri dan 10 pemenang akan terpilih mewakili negeri ke peringkat Grand Final yang akan diadakan di KL Sport City, Bukit Jalil pada 3 Disember akan datang.
Sepanjang program utama berlangsung turut diadakan beberapa acara sampingan seperti Kuala Nerus Car Free Hour dan Fun Ride sejauh 20 kilometer, senamrobik, zumba dan jualan food truck
Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan turut akan berada di sana bagi majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Layari www.100plus.com.my untuk keterangan lanjut
Monday, 30 October 2017
100PLUS Aktifkan Malaysiaku di Terengganu.
KUALA NERUS - Seramai lebih 3,000 peserta akan menyertai program 100PLUS Aktifkan Malaysiaku yang julung kali diadakan di negeri ini pada 18 November nanti.
Program berbentuk larian berhalang sejauh 5 kilometer anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (KPNT) itu akan diadakan di Stafium Tertutup Sultan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Nerus.
Pengarahnya, Tun Faisal Tun Abdul Razak berkata, program yang akan diselaraskan SKY Event Management Sdn Bhd itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat berusia 18 tahun ke atas.
"Menariknya peserta program ini bukan hanya disertai golongan belia dan remaja sebaliknya ia turut melibatkan Pegawai Pembangunan DUN dan J3K.
"Pelepasan.peserta akan disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman," katanya pada sidang media di Gerbang Galeri Pelancongan, Kuala Nerus, hari ini.
Katanya, pertandingan itu akan diadakan di setiap negeri dan 10 pemenang akan terpilih mewakili negeri ke peringkat Grand Final yang akan diadakan di KL Sport City, Bukit Jalil pada 3 Disember akan datang.
Sepanjang program utama berlangsung turut diadakan beberapa acara sampingan seperti Kuala Nerus Car Free Hour dan Fun Ride sejauh 20 kilometer, senamrobik, zumba dan jualan food truck
Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan turut akan berada di sana bagi majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Layari www.100plus.com.my untuk keterangan lanjut
JBPM beku cuti 12,649 kakitangan
KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti seramai 12,649 pegawai dan anggota jabatan itu di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi bencana banjir ekoran peralihan monsun.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata, pembekuan cuti itu melibatkan kekuatan pegawai dan anggota di 16 negeri tersebut selain akan mengikuti penjadualan semula jadual tugasan.
Malah tegasnya, kesemua aset menyelamat di darat dan air berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan semasa operasi bila-bila masa.
"Cuaca yang tidak menentu di pantai timur terutama Terengganu meletakkan JBPM sentiasa bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan rumah projek pembinaan semula rumah terbakar di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kepada keluarga Razali Endot yang telah disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Jidin Shafee.
Tambah Amer sebanyak tujuh unit helikopter JBPM bersedia untuk melakukan pemantauan udara dan tugas-tugas menyelamat.
Sementara itu, katanya, JBPM Terengganu telah mengenal pasti 14 lokasi yang sering terlibat dengan bencana banjir terutama di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun. - ASTRO AWANI
Tambah Amer sebanyak tujuh unit helikopter JBPM bersedia untuk melakukan pemantauan udara dan tugas-tugas menyelamat.
Sementara itu, katanya, JBPM Terengganu telah mengenal pasti 14 lokasi yang sering terlibat dengan bencana banjir terutama di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun. - ASTRO AWANI
Sunday, 29 October 2017
TERENGGANU, T-TEAM TAKKAN DIGABUNG: ROZI
![]() |
Dato' Rozi Mamat |
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri tidak bercadang menggabungkan pasukan Terengganu dan T-Team musim depan menjadi satu pasukan sebaliknya akan melakukan penjenamaan semula dengan strategi baru.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, penyusunan semula itu demi kebaikan dan pembangunan pasukan bola sepak di Terengganu.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan melakukan penjenamaan semula terhadap kedua-dua pasukan itu yang berkemungkinan nama pasukan saja akan ditukar tetapi pemain dan pengurusan mungkin orang yang sama.
"Apa yang pasti dua pasukan itu masih wujud lagi tahun depan tapi mereka perlu terima kerana akan ada pasukan utama dan sebaliknya, namun saya tidak boleh umum sama ada Terengganu atau T-Team," kata Rozi.
Beliau berkata, jika diimbau strategi kedua-dua pasukan sebelum ini sepanjang 10 tahun pertama tidak ada kejayaan yang boleh dibanggakan kerana tidak mencapai sasaran.
![]() |
Pasukan Terengganu |
"Kini sudah tiba masanya kerajaan negeri perlu menyusun semula pasukan berkenaan tapi bukan bermaksud hendak bubar pasukan T-Team begitu juga Terengganu, perkara ini tidak timbul, kami perlu susun strategi lain kerana strategi sekarang tidak mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pasukan walaupun sudah 10 tahun diberi peluang.
"Selain itu sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab, kami mahu melihat pulangan dan hasil terbaik kepada negeri dan rakyat lebih-lebih lagi bajet yang besar dibelanjakan setiap tahun." - BH ONLINE
![]() |
Pasukan T-Team |
Mayat pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang
SARI (Wilayah Mazandaran, Iran): Mayat seorang pendaki rakyat Malaysia ditemui selepas dilapor hilang ketika mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu.
Menurut agensi berita IRNA, mayat ditemui sekumpulan pendaki pada semalam ketika menuruni gunung itu.
Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang segera menghantar pasukan menyelamat.
Berikutan masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka semalam dan menyambung kerja menyelamat hari ini.
"Mereka akhirnya menemui mayat dan membawa turun daripada ketinggian 4,300 meter," kata IRNA.
Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran hari ini.
Seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.
Namun dua lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.
Mayat seorang daripada mereka ditemui lima hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. - BERNAMA
Monday, 23 October 2017
JAWATAN KOSONG DI TERENGGANU MINIMA SPM Gaji RM1,200.00 - RM3,000.00++
Jawatan Kosong di Terengganu 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Terengganu sebagaimana berikut:
1. Kru Restoran (McDonald’s Kuala Terengganu) - RM2,000+++ - Mohon Disini
2. Kru Restoran (McDonald’s Kerteh) - RM2,000+++ - Mohon Disini
3. Sales / Marketing Executive - RM1,000-RM2,000 - Mohon Disini
4. Collection Team Officer - RM1,000-RM1,400 - Mohon Disini
5. Store Manager (Kuala Terengganu) - RM1,800-RM2,500 - Mohon Disini
6. Takaful Financial Consultant - RM2,000-RM5,000 - Mohon Disini
7. Beauty Consultant (Mesra Mall,Terengganu) - RM1,500-RM4,500 - Mohon Disini
8. Penolong Pengurus Restoran - RM1,800-RM2,500 - Mohon Disini
9. Sales & Service - RM2,500-RM7,000 - Mohon Disini
10. Restaurant Crew (Dungun) - RM2,000+++ - Mohon Disini
11. Sales And Promoter - RM1,100-RM2,500 - Mohon Disini
12. Sales Advisor - RM1,000++ - Mohon Disini
1. Kru Restoran (McDonald’s Kuala Terengganu) - RM2,000+++ - Mohon Disini
2. Kru Restoran (McDonald’s Kerteh) - RM2,000+++ - Mohon Disini
3. Sales / Marketing Executive - RM1,000-RM2,000 - Mohon Disini
4. Collection Team Officer - RM1,000-RM1,400 - Mohon Disini
5. Store Manager (Kuala Terengganu) - RM1,800-RM2,500 - Mohon Disini
6. Takaful Financial Consultant - RM2,000-RM5,000 - Mohon Disini
7. Beauty Consultant (Mesra Mall,Terengganu) - RM1,500-RM4,500 - Mohon Disini
8. Penolong Pengurus Restoran - RM1,800-RM2,500 - Mohon Disini
9. Sales & Service - RM2,500-RM7,000 - Mohon Disini
10. Restaurant Crew (Dungun) - RM2,000+++ - Mohon Disini
11. Sales And Promoter - RM1,100-RM2,500 - Mohon Disini
12. Sales Advisor - RM1,000++ - Mohon Disini
PERMOHONAN
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui pautan Mohon Disini. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Lokasi : TERENGGANU
Tarikh Tutup : 23 NOV 2017
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Lokasi : TERENGGANU
Tarikh Tutup : 23 NOV 2017
sumber:
http://www.jobcari.com/2017/10/Jobs-in-Terengganu.html
Friday, 20 October 2017
TERENGGANU TERLEPAS PERLUANG JUARAI PIALA PRESIDENT
PASUKAN Terengganu terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara Piala Presiden musim ini apabila tewas dengan agregat 2-1 ke atas Selangor apabila sekadar meraih kemenangan 1-0 pada aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
Beraksi di gelanggang sendiri, Terengganu dilihat memiliki tonik luar biasa apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu pertahanan pelawat dan hampir membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi hantaran lintang Mohammad Rahmat Makasuf tetapi gagal disudahkan dengan kemas Muhd Aliff Fitri Jefri.
Percubaan awal itu jelas menyuntik semangat skuad kendalian Musatafa Kamal Abd Wahab dalam merapatkan jurang defisit dua gol dimiliki Selangor apabila gawang pelawat sekali lagi diuji dua minit selepas itu, namun tandukan Mohammad Rahmat gagal menepati sasaran.
Pelawat yang sesekali melakukan serangan turut berpeluang menambah jaringan pada minit ke-17 tetapi penjaga gawang Terengganu, Mohamad Shafawi Mohamad bertindak cemerlang menafikan percubaan tepat Mohd Faizuddin Mohd Abidin.
Terengganu yang terus mempamerkan aksi lebih agresif akhirnya berjaya menamatkan kebuntuan gol pada minit ke-24 menerusi sepakan percuma Mohd Haidhir Suhaini sekaligus menewaskan Muhammad Haziq Ridwan.
Peluang terbaik tuan rumah untuk menyamakan kedudukan agregat hadir pada minit ke-33 namun Mohd Haidhir gagal melakukan penyudah yang baik hasil umpanan Muhd Firas Mohd Tarmizi ketika berdepan situasi satu lawan satu bersama penjaga gol Selangor.
Bersambung babak kedua, masing-masing memperkemaskan rentak permainan dengan melancarkan asakan ke gawang gol bagaimanapun gagal menambah jaringan.
Perlawanan terhenti seketika pada minit ke-61 apabila pengadil perlawanan Muhamad Almi Abdullah tersilap melayankan kad merah kepada pemain Selangor, Muhd Amirul Ashraf Ariffin yang disangka mengutip kad kuning kedua sehingga mencetuskan kekeliruan buat kedua-dua pasukan.
Situasi itu bagaimanapun tidak melunturkan semangat kem tuan rumah apabila bangkit melakukan serangan ke kubu pertahanan pelawat dan pemain gantian, Wan Mohd Fazli Wan Ghazali hampir menambah jaringan pada minit ke-78, namun rembatan dari luar kotak penalti sekadar melepasi palang gol.
Bagaimanapun usaha tuan rumah dalam menyamakan kedudukan agregat tidak kesampaian apabila pasukan pelawat berjaya mempertahankan kelebihan defisit dua gol dimiliki di gelangang sendiri untuk muncul juara Piala Presiden musim ini.
Monday, 16 October 2017
GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAWASAN KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu – Penduduk di beberapa kawasan Kuala Terengganu, di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual/tidak berjadual selama empat jam bermula malam ini kerana kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air.
kawasan yang terjejas mulai 12 malam hingga 4 pagi itu ialah Pulau kambing, Hiliran Jejawi,Bukit Kecil , Gong kapas, Hiliran ,Cabang Tiga, kampung Tok ku,Makam Lama, Seberang Baroh,Losong Haji Su, Pasir Panjang,Bukit Besar Dan Dusun Melintang
Orang ramai dinasihatkan supaya berjimat-cermat dalam penggunaan air serta menyimpan air yang secukupnya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi SATU Careline di talian 1-300-882-111.
Saturday, 14 October 2017
5 JALAN DI DEARAH DUNGUN AKAN DITUTUP SEAWAL 6 PAGI
LIMA jalan di daerah Dungun akan ditutup sempena program Ekspresi 1 Malaysia yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi esok.
Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, tiga daripada lima jalan terbabit akan mula ditutup dari 6 pagi hingga 6 petang.
"Jalan terbabit iaitu Jalan Nibong Stesen dari simpang kubur Syed Yahaya ke Arena Merdeka serta persimpangan Mazium Dungun ke Arena Merdeka dan Jalan Mustaffa, bersebelahan padang Arena Merdeka ke sekitar Pejabat Agama dan Pejabat daerah," katanya.
Katanya, selain itu tiga jalan turut ditutup iaitu Jalan Teluk Lipat dari lorong kedai nelayan sehingga simpang tiga jalan Teluk Lipat, Bulatan Masjid Tengku Intan Zaharah ke pejabat Agama dan Pejabat Daerah.
"Bagaimanapun anggota kami akan memberi arahan kepada pengguna jalan raya untuk melencongkan ke beberapa arah jalan altenatif.
“Anggota kami yang ditugaskan secukupnya akan membantu orang ramai dan saya berharap agar orang ramai mematuhi arahan yang kami arahkan sebagai mengelak kesesakan," katanya.
Ahmad Zailani berkata, pengunjung yang akan ke program terbabit boleh meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang disenaraikan.
"Lokasi terbabit adalah kawasan Muzium Dungun, sebelah gelanggang tenis Jalan Nibong, tempat letak kereta Pejabat Agama, Jalan Nibing, Jalan Mahkamah serta Jalan Pantai," katanya.
Program Ekspresi itu dijangka dihadiri 20,000 penduduk.
SUMBER : MYMETRO
SUMBER : MYMETRO
Monday, 9 October 2017
Pasukan Terengganu De’ Latimojong hulur sumbangan kepada penduduk Desa Karangan.
![]() |
Peserta kembara turut menghulurkan sumbangan kepada lebih 50 penduduk daif di Desa Karangan, |
Menurut Chief De Mission yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman, kesemua penerima sumbangan terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan dan miskin dimana sumber utama pendapatan mereka adalah memetik biji kopi di kawasan tanah tinggi tersebut.
“Perjalanan daripada pekan Baraka menuju ke Desa Karangan mengambil masa hampir empat jam dengan menaiki sebuah lori dan setibanya di sini, saya agak terkejut selepas disambut begitu ramai penduduk kampung serta kanak-kanak.
“Pada program tersebut, kami menghulurkan bantuan 30 kampit beras, wang tunai serta makanan ringan kepada penduduk termasuk mengagihkan cenderahati sumbangan Jabatan Pelancongan Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita di Desa Karangan baru-baru ini.
Ujar Che Adam, aktiviti kebajikan yang dijalankan itu merupakan serampang dua mata kerana para peserta bukan sahaja dapat menyampaikan sumbangan tetapi dalam masa sama dapat beramah mesra dengan penduduk di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, Setiausaha Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman, Nur Fazlizai Omar berharap program kebajikan tersebut dapat diteruskan dari semasa ke semasa terutamanya kepada pendaki Malaysia yang berkunjung ke Desa Karangan untuk mendaki puncak Rante Mario, Gunung Latimojong.
“Saya difahamkan program kebajikan yang dijalankan oleh pasukan Terengganu De’ Latimojong merupakan julung kali diadakan di sini. Diharap aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan kerana penduduk di Desa Karangan amat memerlukan bantuan disebabkan mereka begitu ketinggalan daripada segi kemudahan infrastruktur dan kesukaran mendapatkan keperluan asas,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Kepala Dusun Desa Karangan, Sinu, 45, kawasan tersebut menempatkan kira-kira 100 buah rumah dengan bilangan penduduk mencecah hampir 500 orang dan mempunyai dua buah sekolah rendah.
Katanya, perkampungan di Desa Karangan di tanah tinggi itu merupakan penempatan turun-temurun nenek moyang mereka sejak ratusan tahun dahulu dan rata-rata penduduk di situ merupakan suku Dure.
“Pendapatan utama penduduk di sini adalah memetik biji kopi selain mencari hasil hutan, bercucuk tanam serta mengambil upah mengangkat barang pendaki ke Gunung Latimojong.
“Ketika menerima kunjungan peserta pendakian daripada Terengganu saya amat terharu kerana ia merupakan kali pertama penduduk disini menerima sumbangan sedemikian dan saya amat berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan nasib kami,” katanya yang sudah enam tahun menjadi Kepala Dusun di sini.
Sunday, 8 October 2017
TERIMA KASIH PENAJA
Terengganu Dè Latimojong : Kembara Integrasi Muhibbah Ke Sulawesi Selatan
Puncak Rantè Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan setinggi 3,748 meter telah berjaya ditakluki oleh pasukan ini, serta keseluruhan kembara ini disempurnakan dengan jayanya bermula dari, 1 - 6 Oktober 2017.
Sebuah pengembaraan yang cukup bermakna serta bersifat 'serampang dua mata' anjuran khas Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu ini, dengan hasil gabungan usaha, komitmen dan sokongan dari semua pihak yang terlibat.
Pasukan Terengganu De Latimojong 2017 serta semua rakan-rakan media dengan rasa rendah hati merakamkan ucapan setinggi penghargaan & ribuan terima kasih kepada para penaja serta penyumbang yang terdiri daripada Kerajaan Negeri, pelbagai agensi kerajaan, GLC Terengganu, syarikat korporat serta individu-individu yang membantu dan menyokong menjadikan program ini satu kenyataan.
Jazzakumullahu khairan khatiran, buat :-
YAB Dato Sri Menteri Besar Terengganu
YB Dato' SUK Terengganu.
YDP Speaker DUN
YB Ghazali Taib ADUN Ajil
YB Exco Mohd Jidin Shafee ADUN Permaisuri
YB Dato' Jailani Johari, Ahli Parlimen Hulu Terengganu
Pejabat Pembangunan Kuala Nerus
Pejabat YB Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar
Pejabat Biro Pendidikan UMNO
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Sekretariat VBT 2017)
Angkatan Pertahanan awam Malaysia (APM) Trg
Sekretariat TTB
Terengganu Inc.
EPIC
Syarikat Air Terengganu (SATU)
TM Negeri Terengganu
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Syarikat. Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMsb)
ByCottonGalore
Agensi-agensi Media
Serta semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kembara ini.
Terima kasih !
Terima kasih !
Terima kasih !
Puncak Rantè Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan setinggi 3,748 meter telah berjaya ditakluki oleh pasukan ini, serta keseluruhan kembara ini disempurnakan dengan jayanya bermula dari, 1 - 6 Oktober 2017.
Sebuah pengembaraan yang cukup bermakna serta bersifat 'serampang dua mata' anjuran khas Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu ini, dengan hasil gabungan usaha, komitmen dan sokongan dari semua pihak yang terlibat.
Pasukan Terengganu De Latimojong 2017 serta semua rakan-rakan media dengan rasa rendah hati merakamkan ucapan setinggi penghargaan & ribuan terima kasih kepada para penaja serta penyumbang yang terdiri daripada Kerajaan Negeri, pelbagai agensi kerajaan, GLC Terengganu, syarikat korporat serta individu-individu yang membantu dan menyokong menjadikan program ini satu kenyataan.
Jazzakumullahu khairan khatiran, buat :-
YAB Dato Sri Menteri Besar Terengganu
YB Dato' SUK Terengganu.
YDP Speaker DUN
YB Ghazali Taib ADUN Ajil
YB Exco Mohd Jidin Shafee ADUN Permaisuri
YB Dato' Jailani Johari, Ahli Parlimen Hulu Terengganu
Pejabat Pembangunan Kuala Nerus
Pejabat YB Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar
Pejabat Biro Pendidikan UMNO
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Sekretariat VBT 2017)
Angkatan Pertahanan awam Malaysia (APM) Trg
Sekretariat TTB
Terengganu Inc.
EPIC
Syarikat Air Terengganu (SATU)
TM Negeri Terengganu
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Syarikat. Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMsb)
ByCottonGalore
Agensi-agensi Media
Serta semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kembara ini.
Terima kasih !
Terima kasih !
Terima kasih !
Pengamal Media Berjaya Tawan Gunung Latimojong
MAKASSAR (SULAWESI SELATAN), 6 Okt - Selepas menempuh pendakian selama 32 jam, 12 pendaki Kembara Terengganu De Latimojong berjaya menakluk puncak Rante Mario, Gunung Latimojong setinggi 3,478meter tepat pukul 12 tengah hari, 4 Okt.
Pendakian selama dua hari satu malam itu disertai Angkatan Pertahanan Awam Terengganu (APM), pengamal media Terengganu, Pejabat Menteri Besar dan Kelab Eksplorasi Terengganu.
Ketua Koordinator, Mohd Rafi Kori, 38, berkata cabaran pendakian bermula dari pos satu di Desa Karangan pada pukul 9 pagi 3 Okt di mana pendaki diuji dengan laluan yang sempit dan memerlukan kekutan tangan dan kaki untuk menyusur di tepi-tepi lereng bukit.
"Ada satu masa pendaki terpaksa menahan cuaca pergunungan yang tidak menentu yang disertai hujan lebat, suhu yang dingin mencecah 4 darjah celsius dan angin kencang sepanjang pendakian untuk menawan puncak kelima tertinggi Indonesia.
Bagaimana pun bermula dari pos lima pada ketinggian 2,500 meter sehingga ke puncak pendaki dapat menikmati pemandangan indah hutan lumut dan perkampungan Karangan yang saujana mata memandang.
"Alhamdulillah kesemua pendaki selamat tiba di puncak pada pukul 12 tengah hari 4 Okt dan pendaki melakukan gimik kejayaan pendakian menggunakan pakaian tradisional berkain batik dan memakai terendak sebagai identiti warisan Melayu Nusantara.
"Lebih manis, pendaki Indonesia turut teruja dan bersama-smaa merakam detik kenangan dengan mengibarkan bendera kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia bagi menandakan hubungan akrab dan integrasi kedua-dua negara.
Sementara itu, Chief De Mission yang juga Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata pendakian ini lebih bermakna apabila pasukan kendaliannya turut membuat khidmat amal kepada penduduk Desa Karangan dengan menyampaikan bantuan kewangan dan keperluan harian.
"Alhamdulillah..syukur kepada Allah perancangan untuk menawan puncak Rante Mario dipermudahkan dengan kesemua 12 pendaki berjaya turun dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas menempuh perjalanan yang panjang dan mencabar.
"Saya selaku ketua ekspedisi berasa agak tersentuh melihat kedaifan penduduk di Desa Karangan yang serba kekkurangan dan jauh ketinggalan dari segi ekonomi.
"Diharap dengan bantuan yang dihulurkan dapat memberi sedikit kegembiraan dan keceriaan kepada masyarakat di situ," katanya.