Kekosongan Terkini di Majlis Daerah Marang untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Marang 2017 seperti berikut :
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
4. Penolong Pegawai Pertanian G29
5. Pembantu Kesihatan Awam U19
6. Pelukis Pelan Seni Bina JA19
CARA MEMOHON
Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDM.TR.1 dengan Harga RM 2.00
yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Daerah Marang.
Permohonan hendaklah dihantarkan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MARANG
21600 MARANG, TERENGGANU.
(U.P : BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
Sila tuliskan jawatan yang dipohon disebelah kanan dan tarikh tutup permohonan disebelah kiri sampul surat.
Sertakan Salinan :
a) Gambar warna berukuran ‘pasport’; (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan;
Salinan sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan. (Pengesahan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Wakil Rakyat, Pengetua, Guru Besar dan Penghulu sahaja.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
LOKASI / NEGERI : TERENGGANU
TARIKH TUTUP : 14 DISEMBER 2017
NUH JAWATAN
Sunday, 26 November 2017
Friday, 24 November 2017
Permohonan baharu BR1M dibuka mulai Isnin
KUALA LUMPUR 24 Nov. – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin sehingga 31 Disember ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.
Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.
“Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my,” katanya.
Kementerian itu berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.
Bagi penerima sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang lain.
“Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui lama sesawang https://ebr1M.hasil.gov.my.
“Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” menurut kementerian berkenaan.
Katanya mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemberian BR1M pada tahun hadapan akan diteruskan dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200.
Sumber: Utusan Online
Hujan meteor 13 dan 14 Disember ini
KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang melihat fenomena hujan meteor yang bakal berlaku di Malaysia pada 13 dan 14 Disember ini.
Ketua Penolong Pengarah Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena yang dikenali sebagai hujan meteor Geminids itu akan menyaksikan kira-kira 120 meteor sejam semasa ia mencapai tahap maksimum yang dapat dilihat menggunakan mata kasar bermula 9 malam pada 13 Disember hingga 6 pagi pada 14 Disember depan.
"Sebanyak dua meteor dijangka muncul di langit setiap seminit lalu menjadikan kira-kira 120 meteor dapat dilihat dalam tempoh sejam.
"Titik asal pancaran hujan meteor ini berpunca daripada buruj Gemini di langit utara apabila bumi merempuh banyak debu di angkasa lepas di bekas laluan asteroid 3200 Phaethon yang menyebabkan fenomena itu berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, Bukit Fraser dan Teluk Kemang di Port Dickson adalah antara lokasi yang baik bagi orang ramai menyaksikan fenomena ini.
Selain itu, Mohd Zamri berkata, fenomena itu boleh dilihat dengan lebih jelas di lokasi gelap dan kurang bercahaya seperti kawasan pedalaman, pinggir hutan dan juga tepi pantai yang jauh daripada sumber pencemaran cahaya.
"Orang ramai yang mahu pergi ke kawasan gelap untuk melihat fenomena itu harus berwaspada dan menjaga keselamatan diri bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," tambahnya.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian
03- 22734303. - Bernama
APM Terengganu terima sebuah lagi bot Amphibious Sealegs
![]() |
Che Adam menerima penyerahan bot Amphibious Sealegs itu
disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya di
Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
|
KUALA TERENGGANU - Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu menerima sebuah lagi bot Amphibious
Sealegs bernilai RM684 ribu bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengurusan
bencana di negeri ini semalam.
Pengarah APM Terengganu, Che Adam A.
Rahman berkata, bot 'dua alam' tersebut dibekalkan sebagai persediaan
menghadapi monsun Timur Laut yang dijangka bermula antara Disember hingga Mac
depan.
"Kenderaan ini amat sesuai
digunakan bagi kerja-kerja menyelamat dan menghantar bekalan makanan kepada
mangsa banjir kerana ia mampu bergerak di air serta darat.
"Aset baharu yang diterima ini
merupakan penambahan kepada aset sedia ada. Kita harap bot ini akan melancarkan
lagi perkhidmatan APM dalam membantu mangsa-mangsa yang memerlukan,"
katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Terdahulu, majlis penyerahan bot
Amphibious Sealegs itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral
(B) Datuk Azmy Yahya di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
semalam. - K! ONLINE
Wednesday, 22 November 2017
Cuti 14 Hari?
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memanjangkan cuti paterniti berbayar kepada 14 hari berbanding tujuh hari sekarang untuk suami kakitangan awam bagi mengambil alih tugas isteri menempuh cuti bersalin.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menjalankan kempen bagi memperjuangkan untuk mendapatkan cuti lebih panjang bagi kakitangannya sebagai dorongan kepada golongan bapa muda meluangkan lebih banyak masa bersama bayi.
Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata perkara itu akan mengambil masa tetapi tidak mustahil kerana banyak negara seperti Sweden, Denmark, Jerman melaksanakannya dengan memberikan gaji penuh kepada suami yang isterinya melahirkan anak.
"Ini sesuatu yang baik dan kita bercadang memanjangkan cuti paterniti ini kepada dua minggu yang dirasakan relevan untuk suami mengambil alih tugas melakukan kerja rumah.
"Kementerian akan berusaha ke arah itu. Kita memuji inisiatif, Peruncit Perabot, IKEA memberikan cuti paterniti 30 hari kepada kakitangan lelakinya kerana ia sesuatu positif dan wajar dicontohi sektor awam serta swasta di negara ini.
"Syarikat dari Sweden itu membuktikan kakitangannya lebih produktif apabila kembali ke bekerja selepas menikmati cuti sebulan.
"Mereka lebih bertanggungjawab dan meluangkan masa berkualiti dengan bayi atau anaknya yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran fotografi Malaysia Dads yang dianjurkan IKEA Malaysia dan Kedutaan Sweden di Malaysia, di Balai Seni Visual Negara di sini, hari ini.
Yang hadir sama Duta Sweden di Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt; Duta Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset; Pengarah Komunikasi dan kelestarian IKEA Asia Tenggara, Lars Svensson dan Timbalan Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad.
Terdahulu, Azizah menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang Pertandingan Malaysia Dads yang berkongsi detik terindah mereka bersama si kecil di samping melakukan aktiviti kerja rumah bersama di rumah.
Terdahulu, CIMB Bank Bhd memberi cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada kakitangan lelaki yang mendapat anak pertama, berkuatkuasa Jun lalu.
Azizah berkata, kebanyakan bapa muda sekarang mula cenderung bersama anak dan lebih terbuka berkongsi tanggungjawab melakukan kerja rumah bersama.
"Suami juga boleh memasak dan tidak menyerahkan urusan anak kepada pembantu rumah atau keluarga, menjadi mereka lebih bertanggungjawab," katanya.
Sementara itu, Penyelia Bahagian Makanan IKEA, Muhammad Rizal Sunalim, berkata kakitangan pertama syarikat menerima manfaat cuti peterniti 30 hari yang diambil ketika kelahiran anak ketiganya, pada 22 Julai lalu.
"Semua urusan dilakukan tersusun berikutan saya mempunyai masa sebulan untuk membantu isteri yang juga bekerja di syarikat sama yang menikmati cuti bersalin empat bulan.
"Saya merasakan semua majikan perlu berbuat perkara sama, kerana isteri memerlukan sokongan suami bukan orang lain," katanya.
Pemenang pertandingan fotografi, Sharulnzam Mustapa, 32 dari Putrajaya, berkata beliau memilih berhenti kerja, April lalu sebelum kelahiran anak ketiganya untuk menjadi mengambil alih urusan sepenuhnya urusan anak dan rumah tangga.
"Dari anak sulung yang kini hampir berusia empat tahun, saya berjauhan dengan isteri berikutan bekerja di Perak, isteri di sini. Saya banyak kehilangan detik melihat mereka membesar, jadi berhenti kerja adalah pilihan terbaik.
"Menggalas tanggungjawab suri rumah bukan mudah tetapi tidak mustahil, Alhamdulillah rezeki kami cukup saya akan kembali bekerja dua atau tiga tahun lagi," katanya.
Tuesday, 21 November 2017
Status wakil rakyat tak halang kejar ilmu
SINTOK: Kesibukan tugas sebagai wakil rakyat tidak pernah menjadi penghalang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Sebaliknya pengalaman bergelar wakil rakyat khususnya ketika tiga tahun menjawat jawatan sebagai EXCO kerajaan negeri Terengganu sejak 2014, digunakan sebaik mungkin untuk membantunya menamatkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Muhammad Pehimi, 55, satu-satunya graduan yang menerima Ijazah Sarjana Sastera (Kerja Sosial) pada sesi keempat membabitkan 1,636 graduan sempena Majlis Konvokesyen UUM ke-30, di sini hari ini yang disempurnakan Pro Canselor UUM, Tan Sri Osman Arof.
Beliau yang kini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu.
Beliau ketika ditemui mengakui jawatan itu yang disandang antara 2014 dan 2016 banyak membantunya khususnya dalam melakukan kajian untuk tesis bertajuk 'Kepelbagaian Peranan Ibu Tunggal Dalam Menangani Kos Sara Hidup sejak 2014'."
"Di Terengganu terdapat kira-kira 23,000 ibu tunggal, jadi saya memilih tajuk ini bagi menilai sendiri peranan ibu tunggal dalam menyesuaikan diri apabila berlakunya kenaikan harga barang dan bagaimana mereka dapat mencari serta mengawal kewangan terhad untuk membesarkan anak-anak," katanya.
Muhammad Pehimi yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), berkata kajian itu juga menjurus kepada menghayati keperluan ibu tunggal serta peranan kerajaan untuk membantu mereka serta bantuan yang sesuai diberikan. Melalui kajian ini, saya mendapati beberapa pelarasan perlu diwujudkan oleh kerajaan.
"Ini kerana, ada ibu tunggal yang perlukan kemahiran tetapi diberi bantuan berbentuk kewangan dan begitu juga sebaliknya...bentuk bantuan kurang tepat ini akan memberi kesan kepada ibu tunggal itu sendiri di masa hadapan," katanya yang juga bapa kepada lima anak.
Sementara itu, dua graduan dalam bidang Sarjana Sains Teknologi Maklumat (IT), Ahmed Derow Isak, 32 dan Abbas Mohamed Mahdi, 28, masing-masing dari Mogadishu di Somalia, bertekad untuk mengubah nasib keluarga di kampung halaman walaupun tidak pasti mengenai status pekerjaan di negara asal yang dianggap sebagai wilayah bergolak.
"Saya tetap mahu kembali ke sana (Somalia) biarpun belum pasti akan mendapat pekerjaan atau tidak...saya perlu lakukan sesuatu untuk mengubah masa depan keluarga serta bangsa saya sendiri.
"Di UUM selain memperoleh ilmu dalam bidang teknologi maklumat, saya juga memahami budaya masyarakat di sini yang hidup dalam keadaan aman sentosa, sikap bertoleransi dan bersopan santun yang mana ia patut menjadi contoh kepada rakyat di negara lain termasuk Somalia," katanya.
Bagi Abbas beliau akan berusaha mendapatkan kerja sebagai pegawai kerajaan di Somalia berikutan cara itu akan memudahkan beliau untuk membantu keluarga dan rakyat di sana.
"Ibu saya tidak ada pendapatan tetap, dia dan kakak saya bersusah payah untuk memastikan saya dapat menyambung pelajaran di sini (UUM)...rakan dan pensyarah memberi tunjuk ajar sangat baik sehingga saya tidak pernah rasa terasing walaupun berada di negara orang," katanya yang menjadi antara 499 graduan antarabangsa yang menerima ijazah masing-masing sempena konvokesyen UUM kali ini.
DEPOSIT PERCUMA
Kerajaan bayarkan 10% deposit untuk rumah pertama anda. Bagaimana caranya?
Kepada yang tak tahu, kerajaan telah perkenalkan sistem MyDeposit. Tujuannya untuk membantu golongan M40 iaitu golongan isi rumah yang berpendapatan RM3,000-RM9,000 dengan membiayai deposit rumah pertama mereka.
Syarat-syarat:
1) Pemohon berumur 21 tahun ke atas
2) Pembelian rumah pertama
3) Hartanah di bawah RM500,000
2) Pembelian rumah pertama
3) Hartanah di bawah RM500,000
Kalau anda menepati kesemua syarat ini, anda dah boleh mulakan misi mencari rumah. Tidak kira sama ada rumah ‘undercon’ atau ‘subsale’. Pastikan harganya bawah RM500,000 ya.
Bila dah jumpa rumah idaman:

- Permohonan akan dibuka pada tahun hadapan. Borang ini penting untuk semakan Jabatan Penilaian Permohonan.
Bila permohonan dah lulus:

- Surat Tawaran inilah yang akan jadi ‘cagaran’ untuk biaya deposit 10% rumah anda.

- Pinjaman perumahan perlu disemak dan dimohon sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.

- Selepas pemohanan pinjaman perumahan berjaya, anda boleh tandatangan perjanjian S&P. Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.

- Anda akan terima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.
Bila dah selesai tanda tangan surat tawaran:


Ambil perhatian:


Walaubagaimanapun, skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada ‘zero-entry cost’. Maklumlah, deposit rumah kerajaan bayarkan, kos S&P kebiasaannya pemaju bayarkan. Kos insurans rumah dan guaman juga boleh dimasukkan dalam pinjaman.
Skim MyDeposit 2018 hanya mempunyai kuota sebanyak 2,000 slot sahaja. Maknanya siapa cepat dia dapat.
Tahukan anda permohonan untuk 2017 dah ditutup lama dan akan dibuka semula pada awal tahun 2018.
sumber https://www.facebook.com/frensofbn/photos/a.10150838414749998.412748.129843674997/10155470607764998/?type=3&theater
sumber https://www.facebook.com/frensofbn/photos/a.10150838414749998.412748.129843674997/10155470607764998/?type=3&theater
Monday, 20 November 2017
J3K TELUK KETAPANG BANTERAS IKLAN PINJAMAN HARAM
Kuala Nerus: Biro Keselamatan J3K Kampung Teluk Ketapang
menurunkan sebanyak 131 iklan pinjaman yang tidak mendapat kelulusan Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang ditampal di sekitar kampung berkenaan.
Operasi diketuai Ketua Skuad SRS/KRT Teluk Ketapang, Zainuddin
Awang dilakukan bersama lima anggota bermula jam 8.30 hingga 10 malam, semalam.
Tumpuan operasi ialah di beberapa kawasan antaranya belakang
stesen minyak Shell, Sekolah Kebangsaan (SK)Teluk Ketapang, Kg Telaga Daing,
Perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kawasan sekitar kem
Rejimen Askar
Melayu DiRaja (RAMD) Seberang Takir.
operasi itu dilakukan susulan
aduan dan rungutan penduduk yang tidak selesa dengan 'kehadiran' iklan
berkenaan di sekitar kampung dan taman perumahan.
Katanya, pihaknya akan meningkatkan operasi dan rondaan bagi
memastikan keselamatan kampung terjamin daripada sebarang gangguan samada dalam
bentuk jenayah, dadah dan pencerobohan anasir tidak sihat.
Saturday, 18 November 2017
Tak glamor pun tak apa lah
TUAH nyata berpihak kepada lelaki hanya dikenali Sulaiman Patin dari Paka, Dungun, apabila diumumkan juara pertandingan memancing dengan membawa pulang wang tunai RM105,000 di Tasik Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Sulaiman yang berusia dalam lingkungan 30-an, berjaya menaikkan ikan patin seberat 4.58 kilogram.
Dia bagaimanapun tergesa-gesa meninggalkan tapak pertandingan, tidak sampai dua minit selepas menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM105,000, kerana dipercayai diselubungi perasaan bimbang.
Malah, permintaan wartawan dan jurugambar untuk menemubualnya juga tidak diendahkan.
Pengurus pertandingan Anudin Abdul Ghani berkata, Sulaiman sering menyertai dan memenangi pertandingan memancing bersama dua lagi adik-beradiknya.
Mungkin selepas ambil hadiah kemenangan tadi, dia (Sulaiman) bimbang dirompak atau diapa-apakan sebab itu dia terus berlalu pergi.
“Sesiapa pun pasti risau sekiranya pegang wang tunai lebih RM100,000,” katanya kepada Harian Metro di lokasi pertandingan.
Seramai 5,500 peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia dan Thailand mengambil bahagian pada pertandingan itu yang menawarkan hadiah terbesar iaitu wang tunai keseluruhan berjumlah RM200,000.
“Juara membawa pulang RM105,000, tempat kedua RM12,000, ketiga RM5,000, keempat RM2,000, kelima hingga ke-10 RM1,000 dan ke-11 hingga ke-100 RM700.
“Pertandingan hari ini ialah penutup bagi 2017 selepas kami menganjurkan tiga siri jelajah sebelum ini,” katanya.
Perigi, tandas 300 tahun
Kuala Terengganu: Sekali pandang, Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut di sini, serupa saja dengan kawasan perkuburan lain, tetapi tidak ramai tahu kewujudan khazanah bernilai iaitu tandas dan perigi dipercayai berusia antara 250 hingga 300 tahun di kawasan itu.
Malah perigi berkenaan masih digunakan penduduk setempat sehingga ke hari ini terutama kanak-kanak untuk mandi selepas bermain di kawasan sekitarnya dan dikatakan tidak pernah kering walaupun ketika musim kemarau.
Tandas yang terletak bersebelahan pula mempunyai bentuk unik seperti cengkerang siput jika dilihat dari atas dan langsung tiada persamaan dengan tandas yang ada pada zaman ini.
Menurut penduduk tertua kampung berkenaan Hamzah Said, 98, dia diberitahu arwah datuknya sebelum ini bahawa tandas dan perigi itu dibina individu dipanggil Haji Jawa.“Arwah Haji Jawa berasal dari tanah Jawa, Indonesia yang berkelana sebelum menetap di kampung ini ratusan tahun lalu dan kuburnya ada di sini.
“Dia dipercayai membuka tanah perkuburan ini sebelum mewasiatkan tanah kubur yang juga miliknya kepada masjid kerana tidak mempunyai waris.
“Memang sejak saya lahir lagi, perigi dan tandas yang dibinanya sudah ada serta sering digunakan penduduk kampung.
“Walaupun tidak tahu usia tepat, tapi saya anggarkan perigi dan tandas ini berusia antara 250 hingga 300 tahun,” katanya di Kampung Laut, semalam.
Menurutnya, Haji Jawa seorang alim ketika hidup dan selepas disemadikan di tanah perkuburan itu serta ramai yang menganggap kuburnya sebagai keramat.
“Dulu ramai orang datang ke kuburnya untuk meminta hajat dan letak macam-macam seperti pisang dan duit syiling.
“Ramai juga yang datang bawa anak yang baru lahir untuk melakukan upacara pijak tanah di tepi kubur Haji Jawa, tetapi sekarang ini sudah tidak ada lagi yang berbuat demikian,” katanya yang mempunyai 12 anak dan 140 cucu, cicit serta cuit.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K), Kampung Laut, Che Mat Jusoh berkata, pihaknya bercadang mengadakan gotong-royong dan menyediakan papan tanda dilengkapi penerangan mengenai tandas serta perigi itu.
“Kedua-dua perigi dan tandas ini menjadi bahan sejarah kepada Kampung Laut, malah ia khazanah penting buat Terengganu dan negara ini.
“Kerana itu, elok juga ia dijaga dengan lebih sempurna. Siapa tahu mungkin juga boleh dijadikan produk pelancongan pada masa akan datang,” katanya.
Wednesday, 15 November 2017
SMK Paka bangunkan aplikasi 'Acu Paka
SEKOLAH Menengah Kebangsaan SMK Paka berjanji memberi tentangan sengit pada pertandingan akhir Petronas All About Youth (PAYY) peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur esok.
Ketua Pasukan, Nur Aisya Abdul Razak berkata, pasukannya yang diberi nama Sparkling S’Paka yang disertai 20 pelajar bersiap sedia memberi tentangan sengit kepada pasukan lain yang terdiri daripada sekolah di kawasan bandar.
Katanya, projek yang dibawakan sekolahnya dikenali sebagai ‘Acu Paka’ yang bermaksud cuba pakai dalam loghat Terengganu itu adalah sebuah aplikasi Andriod yang menyediakan had pencarian dan perkongsian maklumat bagi memudahkan urusan harian masyarakat stempat di kawasan Paka.
“Aplikasi mudah alih ini dibina hasil pemerhatian kami terhadap gaya hidup masyarakat Paka yang memerlukan akses maklumat setempat yang mudah dan cepat.
“Kami mengambil keputusan menyediakan had setempat melalui penyaluran maklumat komuniti yang berguna kepada masyarakat,” katanya.
Menurutnya, selain menyediakan ruang untuk penduduk berinteraksi, aplikasi mudah alih itu menyediakan rangkaian data termasuk maklumat berguna seperti nombor telefon agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkuasa tempatan, seperti polis, majlis perbandaran, bomba dan sebagainya yang menjadi penghubung diantara komuniti.
“Penduduk dapat berhubung dengan agensi terbabit sekiranya berlaku kecemasan, termasuk membuat aduan dan bertanya berhubung maklum balas mengenai aduan mereka.
“Acu Paka juga turut menyediakan platform kepada peniaga tempatan untuk mempromosikan produk dan menawarkan perkhidmatan masing-masing kepada penduduk setempat,” katanya.
Katanya, sehingga hari ini, ramai peniaga telah mendaftar perniagaan mereka di atas talian secara percuma di aplikasi telefon pintar ini termasuk tempahan makanan, potong rumput, menjahit, rumah sewa, produk kecantikan dan sebagainya.
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store telahpun mencecah 500 muat turun seiring dengan arus pemodenan, kemudahan telefon pintar ini membawa banyak manfaat kepada seluruh masyarakat.
Nur Aisya berkata, selain SMK Paka, sekolah lain yang layak bertanding pada peringkat akhir PAYY itu ialah, SMK Lokman Hakim Johor, SMK Tinggi Melaka, SMK Sindumin Sabah dan SMK Lutong Sarawak.
"Dengan semangat tunjuk agar dari guru pembimbing dan kakitangan Petronas di Terengganu, kami bersemangat untuk membawa Terengganu sekali lagi dinobatkan juara. Kami akan mengulangi kejayaan tahun 2014, di mana abang dan kakak kami dari SMK Tengku Intan Zaharah dinobatkan juara dan mengondol hadiah bernilai RM50,000 ," katanya.
Monday, 13 November 2017
T-Team atau Terengganu beraksi Liga Super?
“BUKAN dua tetapi hanya satu pasukan dari Terengganu yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan,” kata Timbalan Presiden 1 Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.
Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin sebelum ini berkaitan penjenamaan semula pasukan dari Terengganu itu dengan hanya satu pasukan akan beraksi dalam saingan Liga Super manakala satu lagi bakal beraksi di pentas Liga Perdana musim depan.
Ia bermakna T-Team yang sebelum ini berhempas-pulas mengekalkan kedudukan dalam saingan Liga Super musim depan terpaksa ‘turun pangkat’ beraksi dalam saingan Liga Perdana.
Keadaan ini juga sudah pasti membuka peluang kepada pasukan Sarawak yang berada di kedudukan ke-11 dalam carta liga kembali kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.
Walaupun perubahan drastik itu agak mengejutkan dan dilihat merugikan pasukan dari Pantai Timur itu, PBSNT mempunyai perancangannya tersendiri bagi memastikan pasukan dari Terengganu terus gah dan benar-benar mantap selain mampu menjadi kuasa sukan itu.
“Secara umum akan ada satu pasukan akan bermain dalam Liga Super dan satu Liga Perdana musim depan sebagaimana yang sudah kita bincang antara PBSNT dan kerajaan negeri, begitu juga dengan pasukan Piala Presiden dan Piala Belia juga akan hanya ada satu pasukan saja musim depan tidak seperti tahun ini.
“Perubahan ini untuk meningkatkan mutu pasukan ke arah lebih hebat dan berkualiti, selain itu bajet besar yang sebelum ini dibelanjakan kerajaan negeri juga dapat dikurangkan bersesuaian dengan perbelanjaan berhemah,” kata Wan Nawawi.
Bagaimanapun beliau berkata, walaupun perkara ini sudah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat PBSNT, tetapi ia masih belum dimuktamadkan.
“Ini kerana ia membabitkan masalah teknikal yang perlu diperhalusi lagi, sebab itu PBSNT belum umum lagi keputusan berkenaan, namun jika semua selesai kita akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Jumaat lalu akhbar ini melaporkan pengurus T-Team melahirkan nada kurang senang dengan hasrat PBSNT untuk meletakkan The Titans beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan selepas bertungkus-lumus untuk kekal beraksi dalam Liga Super.
sumber MyMetro
sumber MyMetro
Sunday, 12 November 2017
Terima banyak laporan ‘port’ dadah
KUALA TERENGGANU – Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan Mac lalu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh masyarakat negeri ini dengan sebahagian besar maklumat di lapor melibatkan lokasi atau ‘port’ dadah.
Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti, Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid berkata, selain jenayah itu, terdapat juga maklumat jenayah lain seperti perlanggaran trafik, kegiatan lumba haram serta gangguan seksual melalui panggilan telefon.
“Sebanyak 80 peratus maklumat yang diterima menerusi VSP melibatkan kesalahan-kesalahan jenayah itu yang dilihat agak kerap dilaporkan oleh pengguna yang telah mendaftar dan memuat turun aplikasi itu.
“Berkenaan kes gangguan seksual menerusi panggilan telefon, kita telah mengenal pasti pemilik nombor berkenaan dan tindakan telah diambil,” katanya pada sidang media selepas Program Crime Awareness Day Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bersama Masyarakat Tiong Hua di Kampung Cina, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar serta Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw.
Mengulas lanjut, Redzuan berkata, sejak aplikasi itu dilancarkan tujuh bulan lalu, sebanyak 50 hingga 60 peratus maklumat jenayah diterima menerusi laporan VSP.
“Kita berpuas hati kerana aplikasi ini beri kesan dalam bantu tangani jenayah dan pencegahan, kebanyakan ahli yang daftar beri maklum balas segera sekiranya berdepan dengan sesuatu isu atau perlakuan jenayah.
“Jadi, kita harap masyarakat akan berterusan bantu kita dengan menggunakan aplikasi ini untuk salurkan maklumat. Kita juga akan berusaha untuk menambahkan lagi bilangan ahli yang mendaftar sehingga mencapai sasaran sebanyak 50,000 ahli sehingga hujung tahun ini bagi negeri Terengganu,” katanya.
Sehingga kini, katanya, seramai 41,020 ahli yang telah mendaftar dan memuat turun aplikasi VSP di seluruh Terengganu menjadikan keseluruhan ahli mencecah 835,000 bagi seluruh negara.
“Pihak PDRM menyasarkan keahlian seluruh negara mencecah sejuta ahli menjelang hujung tahun ini dan kita yakin mampu mencapai angka itu,” katanya.
Aplikasi VSP dibangunkan bagi menaik taraf aplikasi Rakan Cop kepada pengguna telefon pintar bagi menyalurkan sebarang bentuk jenayah sama ada melalui video, gambar atau pesanan ringkas (SMS) kepada pihak polis bagi membantu mencegah dan menangani jenayah di seluruh negara.
Terpegun bertemu 'dua' Siti Nordiana
Kuala Terengganu: Terpegun seketika penonton yang datang menyaksikan Pertandingan Permai Pop Star 2017 di Hotel Permai apabila bertemu ‘dua’ Siti Nordiana.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka bukanlah kembar atau saudara dekat Siti Nordiana, sebaliknya anak jati bandar raya ini yang berwajah seiras penyanyi tersohor itu.
Menurut Faraswati Ismail, 27, ramai kenalan memberitahu wajahnya sama seperti Siti Nordiana sehingga kerap memanggilnya dengan nama Nana.
“Sejak hampir 10 tahun lalu memang kawan-kawan panggil saya Siti Nordiana atau Nana kerana menurut mereka wajah kami seakan-akan sama.
“Malah, ada juga orang tidak dikenali ingin mengambil gambar bersama kerana menyangkakan saya penyanyi itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas pertandingan itu.
Menurutnya, dia sebenarnya malu apabila orang menggelarnya Nana dan memberitahu wajah mereka seiras.
“Bimbang juga dicemuh dan dianggap perasan serta cuba mencari populariti murahan dengan cara itu sedangkan hakikatnya saya tidaklah secantik Nana.
“Bagaimanapun, memang teruja jugalah bila ada yang menyamakan saya dengan Nana,” kata ibu kepada putera bernama Wan Mohammad Aqif Zhafran Wan Amir Farhan, 2, itu.
Faraswati berkata, dia sememangnya meminati Siti Nordiana dan sudah lama menyimpan hasrat untuk bertentang mata dan bergambar bersama penyanyi itu.
Saturday, 11 November 2017
BENGKEL MEJA BULAT TANGANI GEJALA SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR
PEMADAM daerah Kuala Nerus mengadakan perbincangan meja bulat dalam usaha mengatasi gejala kurang sihat di kalangan pelajar menengah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, baru-baru ini.
Bengkel meja bulat dengan kerjasama Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Kuala Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) itu diadakan
di Quinara Al-Safir Resort,Tok Jembal, Kuala Nerus.
Perasmian disempurnakan wakil Pegawai Daerah Kuala Nerus, Fairul Hisyam manakala Prof Madya Dr Berhanundin Abdullah bertindak sebagai moderator.
Perbincangan selama satu hari itu memfokuskan masalah disiplin dan gejala sosial membabitkan pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, SMK Kompleks Seberang Takir dan SMK Kompleks Gong Badak.
Naib Pengerusi PEMADAM Kuala Nerus, Àzmi A Aziz berkata, PEMADAM daerah Kuala Nerus sentiasa memantau perlakuan dan aktiviti pelajar khususnya diluar waktu persekolahan agar generasi akan datang bebas sebarang unsur negatif yang boleh menghancurkan masa depan mereka.
"Perbincangan ini turut dihadiri pengetua sekolah, kaunselor, guru disiplin, warden, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan pegawai perhubungan polis setiap sekolah.
"Manakala agensi kerajaan yang terlibat, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Jabatan Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Ketua Polis Balai Gong Badak," katanya.
Selain itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Pengarah ATRA, Kemas Parlimen Kuala Nerus dan Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu serta
Pengerusi J3K dalam DUN Seberang Takir, Pengerusi KRT dan presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Terengganu (PKKRCJT).
Thursday, 9 November 2017
Pembangunan Pelan Induk 2018-2025 Bantu Terengganu Capai Sasaran 6.5 juta Kehadiran Pelancong
Kerajaan negeri dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dikatakan bekerjasama untuk membangunkan kajian Pelan Induk Pelancongan Terengganu 2018-2025 yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.
Menurut sumber ,Pembangunan pelan induk itu bagi membantu Terengganu mencapai sasaran 6.5 juta kehadiran pelancong dan meraih perbelanjaan pelancong sebanyak RM6 bilion menjelang 2025.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah memperkenalkan pelan induk berkenaan bagi mempelbagaikan sumber ekonomi yang mampu menyumbang kepada perolehan kerajaan negeri yang kini 85 peratus disumbangkan oleh sektor minyak dan gas.
Beliau berkata, sektor itu mempunyai potensi besar untuk Terengganu memandangkan ketika ini ia menyumbang sekitar 10 hingga 15 peratus setahun kepada perolehan negeri dan memberi pelbagai sudut limpahan ekonomi.
“Berdasarkan kajian yang lalu, pelancongan membawa kepada kesan berganda sebanyak tiga kali kepada perkembangan ekonomi dan 2.5 kali ganda kepada mewujudkan peluang pekerjaan.
“Menerusi pengenalan pelan induk ini, kami juga menyasarkan 7,000 peluang pekerjaan dapat dicipta menjelang 2020,” katanya pada majlis menandatangi kerjasama membangunkan pelan induk berkenaan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Pemandu di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir sama, Presiden Pemandu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Idris Jala yang menyaksikan majlis menandatangi perjanjian kerjasama itu