Sumber: @hmetromy
ㅤ
KERAJAAN Terengganu tidak akan mengadakan pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baru 2018 pada Ahad depan sebaliknya sambutan itu akan dipenuhi dengan program keagamaan.
ㅤ
ㅤ
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, acara sambutan Tahun Baru peringkat negeri akan diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak dipenuhi dengan aktiviti keagamaan termasuk forum perdana dan jamuan rakyat.
ㅤ
ㅤ
Katanya, program sambutan tahun baru akan diakhiri dengan solat hajat dan bacaan doa memohon kesejahteraan rakyat serta negara dan negeri selepas detik 12 malam.
ㅤ
ㅤ
ㅤ"Acara sambutan bermula kira-kira 9 malam dengan pelbagai aktiviti termasuk perlumbaan sprint test membabitkan penyertaan golongan belia selain ceramah agama serta forum perdana. "Ia akan disambut secara sederhana dan buat julung kalinya tiada sebarang pertunjukan bunga api diadakan sebaliknya hanya dipenuhi dengan majlis keagamaan," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.
ㅤ
ㅤ
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri ada menerima tawaran daripada beberapa syarikat swasta untuk membiayai kos pertunjukan bunga api bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru 2018 peringkat negeri.
ㅤ
ㅤ
ㅤ"Kerajaan negeri menolak tawaran itu dan meminta syarikat berkenaan supaya menyalurkan kos pembelian bunga api kepada tabung kebajikan termasuk Tabung Darul Iman (TDI)," katanya.
ㅤ
ㅤ
#999Malaysia #DilarangRacist #DilarangKataKesat
Monday, 25 December 2017
Sunday, 24 December 2017
ENAM TOKOH SENI TERENGGANU TERIMA ANUGERAH
Kuala Nerus: Enam tokoh seni Terengganu menerima anugerah pada Majlis Apresiasi Seni & Warisan anjuran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropolgi dan Dakwah) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, di sini.
Enam tokoh berkenaan ialah penyanyi asal lagu Ulek Mayang, Wan Salmah Wan Sulaiman, 73, menerima Anugerah Pesona Temurun Warisan Nyanyi,
Anugerah Pesona Tempa Nusa diberikan kepada Wan Mahadi Wan Ismail, 49, yang merupakan satu-satunya pengusaha tembaga di Terengganu manakala pengiat seni gamelan yang tenaga pengajar tarian gamelan di SUKTRA, Zaharah Hamid, 68, menerima Anugerah Pesona Temurun Warisan Tari.
Razak Senik, 66, seorang penggiat seni tradisional Rodat yang masih bergiat aktif selepas 40 tahun terbabit dalam tarian tradisional dinobat sebagai penerima Anugerah Pesona Libur Rakyat.
Tokoh batu permata dari Setiu, Johan Mustafa, 50, menerima Anugerah Pesona Seri Jemari manakala Anugerah Pesona Aksara Qalbu diberikan kepada Mohammed Zamani Taha atas sumbangan beliau mencipta lagu-lagu rakyat Terengganu.
Pengarah Pusat Seni dan Warisan UniSZA, Prof Madya Sahar Sa’di Hashim, berkata majlis berkenaan diadakan khusus bagi memberi pengiktirafan kepada tokoh seni Terengganu yang banyak menabur bakti dalam pelbagai cabang seni dan warisan.
“Anugerah ini adalah sebagai satu permulaan kepada UniSZA untuk memartabatkan serta mengekalkan seni dan warisan yang ada di Terengganu tetapi tidak dihargai oleh generasi baru.
“Dengan adanya majlis apresiasi kepada enam tokoh ini, ia menunjukkan keprihatinan mahasiswa terhadap tokoh serta karya seni di Terengganu seperti Rodat, Gamelan dan Tembaga,” katanya.
Katanya lagi, karya yang ada sekarang adalah sesuatu yang bernilai dan tidak boleh dipandang enteng dan perlu diwarisi oleh generasi baru supaya ianya tidak hilang begitu sahaja.
Katanya, Terengganu memiliki banyak seni serta warisan yang perlu dijaga dan dihargai kerana seni warisan yang ditinggal generasi terdahulu sudah terkenal di serata dunia dan ianya tidak ada di negeri lain.
12 pasukan berentap dalam Adu Kolek Terengganu
KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Sebanyak 12 pasukan berentap dalam Adu Kolek Terengganu 2017 yang diadakan di Pulau Warisan di sini hari ini.
Kejohanan itu menghidup dan memberi nafas baharu kepada kegiatan yang pernah diadakan suatu ketika dahulu namun dilihat masih dalam skala kecil dan sekadar pelengkap kepada jumlah kegiatan Tahun Melawat Terengganu 2017.
Pengarah Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah berkata, penyertaan paukan terdiri daripada Pejabat Daerah di seluruh negeri ini di samping institusi pendidikan tinggi awam tempatan.
Advertisement
Remaining time: 01s Powered By YuMe
“Para peserta cukup bersemangat di bawah pimpinan nakhoda masing-masing walaupun berdepan angin dan arus kuat , beradu tenaga dan kecekapan menamatkan perlumbaan sejauh 300 meter.
“Kita menyediakan tiga kolek untuk acara ini dengan setiap satunya boleh memuatkan 20 pendayung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Mohd. Yusof, acara akhir akan diadakan esok dan pemenang tempat pertama bakal membawa pulang wang RM2,500 manakala kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,500).-UTUSAN ONLINE
UEM-PLUS sumbang kepada 1,000 pelajar
KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Seramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendatan kecil dalam daerah Kuala Nerus menerima bantuan pakaian dan peralatan sekolah sumbangan UEM Group Berhad.
Melalui program Kembali Ke Sekolah, inisiatif di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan membolehkan setiap pelajar menerima dua pasang pakaian seragam, kasut, beg sekolah, stokin dan set alat tulis .
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sebanyak RM250,000 diperuntukkan oleh syarikat induk PLUS Malaysia Berhad (PLUS) itu bagi tujuan tersebut.
“Tahniah saya ucapkan kepada PLUS kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini sejak tahun 2015 lagi, melibatkan 1,000 orang pelajar setiap tahun di daerah Kuala Nerus.
“Kami berdoa semoga sumbangan ikhlas yang dihulurkan akan dikurniakan keberkatan, dan diberi ganjaran dalam bentuk kemajuan yang lebih baik serta berterusan buat syarikat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penyampaian kelengkapan persekolahan itu di Stadium Tertutup Gong Badak di sini petang ini.
Yang hadir sama, Ketua Pegawai Operasi PLUS,
Sumber :
http://m.utusan.com.my/berita/terkini/uem-plus-sumbang-kepada-1-000-pelajar-1.578298
Friday, 22 December 2017
Persimpangan bertingkat Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu mula dibuka
KUALA NERUS - Masalah kesesakan lalulintas di Jambatan Sultan Mahmud di sini terutama pada waktu puncak pada masa ini bakal dikurangkan menerusi pembukaan persimpangan bertingkat Bukit Tumbuh di sini mulai hari ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, persimpangan bertingkat sejauh 350 meter itu bertujuan untuk menyuraikan trafik di Jambatan Sultan Mahmud yang merupakan laluan utama menghubungkan daerah ini dan Kuala Terengganu.
"Kajian mendapati kesesakan trafik di Jambatan Sultan Mahmud sebelum ini disebabkan kapasiti kenderaan yang tinggi untuk ke Seberang Takir melalui Bukit Tumbuh di sini terutama pada waktu puncak dan perayaan.
"Persimpangan bertingkat yang menelan belanja RM25 juta itu diharap mampu menyediakan sistem penyuraian trafik lebih efektif bagi kedua-dua hala bagi Kuala Terengganu dan Kuala Nerus," katanya selepas melepaskan trafik di persimpangan bertingkat Bukit Tumbuh di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Terengganu, Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Che Kamaruddin Bahar. - K! ONLINE
Wednesday, 20 December 2017
Flyover Bukit Tumbuh dibuka kepada trafik Esok..
--------------------------------------
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bakal merasmikan Majlis Pelepasan Trafik bertempat di Jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, pada 21 Disember ini jam 5 petang

Projek yang bermula pada November 2015, ilham Menteri Besar sendiri bagi mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di jambatan tersebut terutama pada musim kemuncak seperti musim cuti perayaan dan cuti persekolahan.
Menurut satu kenyataan dari Jabatan Kerja Raya (JKR), kos keseluruhan projek tersebut menelan belanja hampir RM24 juta.
Tuesday, 19 December 2017
Bruno Suzuki perkuat serangan TFC II
SELEPAS berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang berbisa UiTM FC, Akanni-Sunday Wasiu, pasukan Terengganu FC (TFC) II terus memperkemaskan barisan hadapannya setelah menandatangani kontrak semusim bersama bekas tonggak import Negeri Sembilan, Bruno Junichi Suzuki bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim depan.
Pengurus pasukannya, Jasmira Othman berkata, kehadiran Bruno Suzuki itu juga melengkapkan kuota dua awang import yang diperlukan skuad kendalian Mustaffa Kamal Abdul Wahab sebagaimana diumumkan sebelum ini.
Menurutnya, khidmat penyerang kelahiran Brazil yang mendapat kerakyatan Jepun itu adalah mengisi kuota awang import Asia dan mengesahkan TFC II akan menambah dua lagi kuota awang import selewat-lewatnya hujung bulan ini.
“Sebelum ini perancangan kita hanya mahu menggunakan dua khidmat awang import, bagaimanapun pihak pengurusan tertinggi telah bersetuju untuk melakukan penambahan bagi memastikan keseimbangan kekuatan pasukan selain memberi saingan kepada pencabar lain.
“Jadi buat masa ini, kita masih menunggu kedatangan dua lagi pemain terbabit yang difahamkan dari Haiti bagi mengisi posisi pertahanan dan tengah. Mereka dijangka akan tiba di Kuala Terengganu selewat-lewatnya hujung bulan ini,” katanya.
Sementara itu, Bruno Suzuki tekad mahu meneruskan rentak kecemerlangnya dengan membantu TFC II muncul antara pasukan terbaik saingan Liga Perdana musim 2018 nanti.
Katanya, kehadirannya ke TFC II juga disifatkan bukan sekadar pelengkap sebaliknya akan berusaha untuk membentuk barisan hadapan yang ampuh apabila bergandingan bersama Akanni-Sunday Wasiu, nanti.
“Semasa bersama Negeri Sembilan, saya telah menjaringkan 12 gol dalam saingan liga musim lalu dan yakin mampu meledakkan lebih banyak gol lagi bersama-sama TFC II.
“Malah saya lebih teruja apabila dimaklumkan pasukan TFC II dibarisi ramai pemain muda yang bersemangat tinggi dalam memburu kejayaan,” katanya.
Sumber
http://www.sinarharian.com.my/sukan/bruno-suzuki-perkuat-serangan-tfc-ii-1.772361
Aduan Rasmi Pejabat Menteri Besar Terengganu
KUALA TERENGGANU 29 Nov. - Talian Hotline Pejabat Menteri Besar diperkenalkan sebagai salah satu lagi saluran memudahkan orang ramai menyampaikan sebarang maklumat, aduan dan permasalahan agar dapat diurus atau diselesaikan.
Dengan tagline ‘Mudoh Sokmo’, orang ramai kini boleh berbuat demikian secara rasmi termasuk melalui panggilan telefon, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ini dapat disalurkan secara bersepadu antara kerajaan negeri sebagai tenaga sokongan kepada jabatan, agensi agensi atau kementerian yang berkaitan.
Selain itu, jelas beliau, pendekatan baharu itu akan turut membantu kepemimpinan negeri
mengenal pasti isu-isu semasa dan kritikal yang diterima dengan khidmat kemudahan komunikasi 24 jam yang ditawarkan.
Talian dilancarkan oleh Ahmad Razif selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini serentak dengan Majlis Penyampaian Dividen Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TISB) kepada Pemegang Saham.
“Orang awam boleh boleh mengutarakan apa sahaja isu, permasalahan serta aduan di talian 09 6225994 (waktu pejabat) dan 012 6103900 (luar waktu pejabat),” ujarnya.
Katanya, fokus pentadbiran negeri dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat akan dapat dipertingkatkan selari dengan Prinsip Inklusif ‘suara rakyat suara keramat’ dalam agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB). - UTUSAN ONLINE
Monday, 18 December 2017
Geng Kangkang Kembali Mengganas
DUNGUN: Tiga wanita yang digelar 'Geng Kangkang' aktif menjadikan farmasi di Terengganu sebagai sasaran terbaru.
Mereka dipercayai telah melarikan ubat-ubatan daripada sebuah farmasi di Batu 49 di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dua suspek yang berusia sekitar 30-an berpura-pura bertanyakan kepada seorang pekerja tentang barangan yang dipamerkan di farmasi itu.
Melihat pembantu farmasi sibuk melayan kedua-dua suspek, seorang lagi suspek bergerak ke sebuah rak untuk melihat ubat-ubatan sebelum memasukkan barangan terserbut di celah kangkangnya.
Menurut pemilik farmasi, Nor Amizah Ismail, dia tidak menyangka premis perniagaan yang baru dibukanya Oktober lalu turut menjadi sasaran.
Katanya, sebelum ini dia hanya mengetahui tentang kegiatan kecurian dengan taktik tersebut menerusi laman sosial.
"Sebenarnya saya sudah tahu tentang mereka. Waktu awal-awal buka farmasi, saya sudah maklumkan pada pekerja tentang tiga wanita ini. Tetapi sewaktu kejadian, tidak terlintas di fikiran yang wanita-wanita itu adalah tiga suspek yang dicari," kata Nor Amizah.
"Syukur Alhamdulillah, saya tiba di kedai awal jadi mereka tak sempat ambil banyak barang dari farmasi ni," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, pihak polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini sudah lama beroperasi dan menyasarkan farmasi yang baru dibuka untuk menjalankan kegiatan mereka.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di talian 09-848 2222.
Saturday, 16 December 2017
Kanak-kanak lumpuh seronok, bangga berkhatan
HULU TERENGGANU 16 Dis. - Suasana yang sangat mengujakan dilalui oleh Zakry Aminuddin Zanfori,11, anak Orang Kurang Upaya (OKU) bersama kembarnya apabila diraikan dalam Majlis Berkhatan Perdana Dewan Undangan Negeri Telemong di sini hari ini.
Detik-detik meniti kedewasaan itu baginya yang lumpuh sejak dilahirkan pasti tidak akan dilupakan, apabila turut diusung dalam perarakan
oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu, Datuk Rozi Mamat.
“Semalam ada juga rasa takut tapi sekejap je...lepas tu hilang bila dengan kawan-kawan. Masa Cikgu Rozi dukung saya...rasa bangga sangat, tak dapat nak cerita.
“Seronok kerana dapat berkhatan beramai-ramai, rasa tak sabar menunggu giliran,” ujarnya.
Dia dan kembarnya, Zakry Amiruddin yang ditemani ibunya, Rohaya Ismail, 29, merupakan antara 100 kanak-kanak yang menyertai program itu di Sekolah Kebangsaan Tengkawang.
Kesemua kanak-kanak itu diarak dengan lima buah tandu berhias sebelum disiram oleh pihak Bomba Kuala Berang.
Sementara itu, Rozi berkata, upacara itu merupakan tradisi tahunan pada setiap kali cuti persekolahan khusus bagi membantu mereka dari keluarga yang kurang berkemampuan.
“Khatan percuma beramai-ramai ini lebih meriah, dan menggembirakan kanak-kanak.
“Kita akan teruskan usaha ini yang akan memberi kenangan manis zaman kanak-kanak yang mereka lalui,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Thursday, 14 December 2017
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, barat laut Palawan, timur laut Tioman, utara Bunguran dan barat laut Reef South pada Sabtu, 16 Disember 2017 sehingga Rabu, 20 Disember 2017.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, tenggara Reef North, Labuan & tenggara Palawan pada Sabtu, 16 Disember 2017 sehingga Rabu, 20 Disember 2017.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan WP Labuan pada Sabtu, 16 Disember 2017 sehingga Rabu, 20 Disember 2017.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula pada Ahad, 17 Disember 2017 sehingga Selasa, 19 Disember 2017.
Sunday, 10 December 2017
Terengganu sumbang RM2.3 juta untuk bina surau di Cox's Bazar
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Terengganu telah menyumbangkan sebanyak RM2.3 juta kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) untuk pembinaan sebuah surau bagi kegunaan dan keperluan pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata sumbangan itu yang merupakan hasil kutipan kerajaan negeri dan rakyat Terengganu juga akan digunakan untuk menyediakan barangan keperluan harian termasuk pembekalan al-Quran, klinik perubatan ibu dan anak, bilik air dan pembinaan telaga.
Katanya, mengikut rancangan asal, beliau sendiri yang akan mengetuai misi penyerahan bantuan itu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail menyerahkan cek tersebut kepada Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.
Ahmad Razif berkata pembinaan surau itu dijangka mengambil masa dua hingga tiga bulan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa di sana.
Terdahulu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara anak syarikat Terengganu Incorporated, Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen), Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd dan Koperasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
-- BERNAMA
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terengganu-sumbang-rm2-3-juta-untuk-bina-surau-di-coxs-bazar-162267
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini. 81 Kekosongan Ditawarkan Sepanjang Disember. Sila Update & Kemaskini Permohonan Anda
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini. 81 Kekosongan Ditawarkan Sepanjang Disember. Sila Update & Kemaskini Permohonan Anda
-
+Jabatan Laut ~ https://kerjaya.co/suruhanjaya-perkhidmatan-awam-spa-malay…/
=
+Jawatan SPRM ~ https://kerjaya.co/suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia-…/
-
+Kekosongan Jabatan Penerangan Malaysia ~ https://kerjaya.co/jabatan-penerangan-malaysia/
-
+Kekosongan Jabatan Perikanan ~ https://kerjaya.co/kerja-jabatan-perikanan-malaysia/
-
+Jabatan Kehakiman ~ https://kerjaya.co/suruhanjaya-perkhidmatan-awam-spa-malay…/
-
Sila apply segera
Thursday, 7 December 2017
Kerajaan Terengganu sumbang RM2.3 juta untuk Rohingya di Bangladesh
Kerajaan negeri Terengganu menyumbangkan sebanyak RM2.3 juta kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) untuk kegunaan dan keperluan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar Bangladesh.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pemberian ini adalah hasil kutipan dan derma kerajaan negeri dan rakyat sebagai tanda simpati dan sokongan kepada masyarakat Islam yang ditindas oleh pemerintah Myanmar.
Tambahnya sumbangan itu termasuk pembinaan sebuah surau bagi kegunaan pelarian dan menyediakan barangan keperluan harian seperti naskah al-Quran, klinik keluarga dan pembinaan telaga.
Ahmad Razif memberitahu bagi pembinaan surau akan mengambil masa beberapa bulan mengikut keadaan tempat di sana dan kelulusan daripada pihak kerajaan Bangladesh.
Beliau ditemui media selepas majlis penyerahan replika cek sumbangan berkenaan kepada MERCY Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.
Mengikut perancangan sebelum ini beliau bersama wakil kerajaan akan ke Bangladesh untuk menyerahkan bantuan terus kepada pihak di Cox’s Bazar namun disebabkan kekangan waktu memilih MERCY Malaysia sebagai wakil kerajaan negeri untuk melaksanakan misi bantuan kemanusian itu.
Sumber Terengganu Times
Sumber Terengganu Times
Tuesday, 5 December 2017
IKLAN JAWATAN KOSONG TNB
Untuk makluman anda semua TNB kini membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi. Jawatan-jawatan yang perlu diisi adalah seperti berikut :
1. Penolong Juruteknik Elektrikal (Gaji RM1200 sebulan)
Kelayakan
Memiliki Sijil Penjaga Jentera (AO atau A1) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Elektrikal atau pemegang Sijil Pendawaian (PW2/PW3/PW4)
Atau
Pemegang Sijil Kejuruteraan Elektrik atau Elektrik & Elektronik dari Institusi Pengajian yang diiktiraf dan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.00
Atau
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV)
2. Pembaca Jangka (Gaji RM1050 sebulan)
Kelayakan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
Kelayakan
- Possessa good bachelor degree in Electrical Engineering (majoring in power),Mechanical Engineering, Civil Engineering, Computer Science / Information Technology, Accounting /Finance, Business Administration / Human Resource, and Legal Studies / Law and must be recognized by JabatanPerkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualifications Agency (MQA).
- CGPA2.50 and above.
- Age28 years old and below.
- Unemployed after graduating from local and overseas universities.
- If currently being employed, the current job requires lower than a degree qualification (underemployed).
- Willingto be trained at any TNB business units or selected Independent Power Producers (IPPs).
- Priority to graduates with low household income.
Sunday, 3 December 2017
Awang import Kemboja, Montenegro jadi pilihan Irfan
DUA pemain import, Igor Zonjic dari Montenegro serta Thierry Chantha Bin, dari Kemboja disahkan menyertai Terengganu FC (TFC) I menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim depan.
Kehadiran mereka sekaligus melengkapkan senarai lima awang import TFC I selepas mendapatkan khidmat Lee Andrew Tuck dan Kim Hyeon Woo selain mengekalkan penyerang sensasi, Kipre Tchetche.
Menurut pengendali TFC I, Irfan Bakti Abu Salim, slot pemain Asia Tenggara akan diisi tonggak tengah, Thierry Bin, 26 -– pemain kelahiran Perancis yang mendapat kerakyatan Kemboja.
Zonjic, 26, pula ujar Irfan, bakal menggantikan tempat Lazaro Vinicious di bahagian pertahanan sebagai antara muka baharu skuad bimbingannya yang akan memberi cabaran dalam Liga Super.
“Sekarang kami telah memiliki barisan pemain yang lengkap untuk menggalas tugas penting bersama Terengganu.
“Hanya (Andrew) Tuck akan menyertai latihan pertama pra-musim pada 4 Disember. Baki pemain-pemain import lain dijangka hanya akan tiba pertengahan Disember ini,” katanya.
Sementara itu, Irfan turut memperkemaskan barisan kejurulatihannya dengan kepulangan bekas pembantunya di Felda United, Mohamad Nik, ke Kuala Terengganu.
Kehadiran mereka sekaligus melengkapkan senarai lima awang import TFC I selepas mendapatkan khidmat Lee Andrew Tuck dan Kim Hyeon Woo selain mengekalkan penyerang sensasi, Kipre Tchetche.
Zonjic, 26, pula ujar Irfan, bakal menggantikan tempat Lazaro Vinicious di bahagian pertahanan sebagai antara muka baharu skuad bimbingannya yang akan memberi cabaran dalam Liga Super.
“Sekarang kami telah memiliki barisan pemain yang lengkap untuk menggalas tugas penting bersama Terengganu.
“Hanya (Andrew) Tuck akan menyertai latihan pertama pra-musim pada 4 Disember. Baki pemain-pemain import lain dijangka hanya akan tiba pertengahan Disember ini,” katanya.
Sementara itu, Irfan turut memperkemaskan barisan kejurulatihannya dengan kepulangan bekas pembantunya di Felda United, Mohamad Nik, ke Kuala Terengganu.
sumber ASTRO AWANI
"Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah" - Mangsa banjir
BESUT: Pengalaman hampir di panah petir ketika rumah dinaiki air menjadikan seorang warga emas di Besut, Terengganu trauma, setiap kali banjir berlaku.
Walaupun, peristiwa menakutkannya itu sudah empat tahun berlalu, ia terus menghantuinya.
Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Kamariah Senik, 74 tahun berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mengejutkannya.
"Panahan kilat itu macam kita mencucuh mancis, ada percikan api. Kemudian, makcik tengok petir itu masuk ke dalam rumah sampai melepasi tangga."
"Makcik meraung dan serentak itu rumah terus gelap gelita dan tengok mesin kelapa ni habis bengkok," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tembila Besut, tengah malam tadi.
Menurut Kamariah, kejadian itu berlaku kira-kira 2 pagi, sebelum dia mengejutkan suaminya, Mat Ghani Muda, 90 tahun.
Sementara itu, katanya, dia dan suaminya sudah lali dengan kejadian banjir yang melanda rumah mereka saban tahun.
"Kami bagaikan penghuni tetap di pusat pemindahan ini. Dah 30 tahun kami berpindah ke sekolah ini (Sekolah Kebangsaan Tembila Besut) setiap kali banjir.
"Ini dah jadi rumah kedua kami bila banjir. Kami tiada pilihan kerana rumah akan dinaiki air, setiap kali musim tengkujuh," katanya lagi.
DANA TTB DIBUKA PADA 4.12.2017
1. KOM - KOMUNITI ORANG MUDA
2. SOM - SUKAN ORANG MUDA
3. COM - CYBER ORANG MUDA
4. PROM - PERANTAU ORANG MUDA
DANA AKAN DIAGIHKAN BERSKALA KECIL (PDM)
Permohonan Dana Bakti Remaja TTB @ TOM bagi tahun 2018 akan mula dibuka bermula *4 DISEMBER 2017 dan akan berakhir pada *4 JANUARI 2018 yang dibuat secara online dan ia diwajibkan kepada semua pemohon lama serta pemohon baru.
Antara syarat-syarat permohonan ini adalah:
1 – Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu
2 – DIWAJIBKAN mendaftar sebagai pengundi dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)
3 – Berumur 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin
4 – Gaji kurang atau tidak melebihi RM1500 (GAJI POKOK)
5 – *Permohonan boleh dibuat di laman web http://danattb.terengganu.gov.my/*
6 – Print borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing
Pemohon sedia ada (tahun lepas isi dah) WAJIB membuat permohonan baru
Selepas siap semua borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Pengerusi J3K untuk pengesahan dan tindakan seterusnya dihantar ke Penyelaras DUN masing-masing.
Kampung Fikri sempena nama MB
KAMPUNG Fikri yang terletak kira-kira enam kilometer dari Bandar Chukai berasal dari nama bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Ibrahim Fikri.
Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Fikri, Mohamad Ali berkata, kewujudan Kampung Fikri rentetan permintaan masyarakat Cina yang mahukan kawasan perumahan sebelum usul itu dibawa ke pengetahuan menteri besar.
“Memandangkan sebahagian besar penduduk di daerah Kemaman ketika itu masih belum mempunyai rumah kediaman sendiri, maka Datuk Ibrahim Fikri ketika itu bersetuju kawasan ini dibangunkan menjadi kawasan perumahan.
“Berikutan itu, menteri besar menyerahkan kawasan ini kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu untuk dibangunkan dengan projek perumahan kos rendah bagi faedah penduduk di daerah ini,” katanya.
Pada 1979 pihak perbadanan itu mula membina projek perumahan kos rendah dan setahun kemudian perbadanan itu menemuduga bakal penghuni yang akan menduduki kawasan perumahan berkenaan.
Menurut Mohamad, pada 15 April 1985 bermulalah kemasukan pertama penduduk di perumahan Kampung Fikri dan pada awalnya sebanyak 85 rumah diserahkan kepada penerima diikuti peringkat kedua sebanyak 30 rumah hinggalah ke peringkat ketiga dan keempat sebanyak 129 rumah semuanya.
Katanya, rumah yang bernombor 129 di kampung itu juga telah memenangi tempat pertama pada Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Penguasa Penguasa Tempatan Negeri Terengganu Peringkat Majlis Daerah Kemaman yang telah diadakan mulai September hingga November 1990.
Asalnya daripada kawasan Mak Lagam
Kampung Fikri pada awalnya juga adalah sebahagian dari kawasan Mak Lagam dan terletak dalam Mukim Banggol.
Jelas Mohamad, seiring dengan perubahan waktu, jumlah penempatan di kampung mereka turut bertambah dengan wujudnya Flat Desa Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang mempunyai sebanyak 350 unit rumah dan Flat Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang memiliki 29 unit rumah.
Selepas lebih tiga dekad wujud, ketua kampung berkenaan juga silih berganti dan Mohamad merupakan ketua kampung yang keempat selepas Mohamad Jusoh (dari 1988 hingga 1992), Ariffin Dolah (1993-2005) dan Mazlan Ali (2006-2008).
Setelah 32 tahun, Kampung Fikri berjaya merangkul pelbagai anugerah termasuk di peringkat kebangsaan hinggakan nama kampung itu ketika ini sangat dikenali.
Kejayaan terbesar kampung itu setakat ini adalah muncul juara Pertandingan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) Peringkat Kebangsaan pada tahun lalu.

Mohamad memberitahu, kejayaan itu membolehkan mereka mengharumkan nama Terengganu di mata masyarakat luar dalam usaha memerangi wabak denggi yang boleh meragut nyawa.
Selain itu, Kampung Fikri juga berjaya mendapat tempat pertama Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung pada 1994 dan terpilih sebagai antara lima JKKK terbaik dalam Dun Chukai pada 2010.
Friday, 1 December 2017
'Habis rosak peralatan aku'
Bot berkenaan dipercayai dipandu sendiri salah seorang daripada kru terbabit sebelum terbalik kira-kira 100 meter dari jeti Pengkalan Gawi menyebabkan beberapa peralatan untuk penggambaran tenggelam.
Bagaimanapun, kru berkenaan selamat kerana masing-masing memakai jaket keselamatan sebelum diselamatkan orang ramai. -Kejadian itu dipercayai berlaku kerana bot gentian kaca terbabit terlebih muatan hingga menyebabkannya tidak dapat dikawal dan terbalik.
Sementara
itu, Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Ahmad
Fathil Abd Ghani mengesahkan insiden berkenaan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku hanyalah insiden kecil dan tidak
menjejaskan acara yang sedang berlangsung - Harian Metro
Sunday, 26 November 2017
Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang
Kekosongan Terkini di Majlis Daerah Marang untuk tahun 2017
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Marang 2017 seperti berikut :
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
4. Penolong Pegawai Pertanian G29
5. Pembantu Kesihatan Awam U19
6. Pelukis Pelan Seni Bina JA19
CARA MEMOHON
Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDM.TR.1 dengan Harga RM 2.00
yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Daerah Marang.
Permohonan hendaklah dihantarkan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MARANG
21600 MARANG, TERENGGANU.
(U.P : BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
Sila tuliskan jawatan yang dipohon disebelah kanan dan tarikh tutup permohonan disebelah kiri sampul surat.
Sertakan Salinan :
a) Gambar warna berukuran ‘pasport’; (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan;
Salinan sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan. (Pengesahan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Wakil Rakyat, Pengetua, Guru Besar dan Penghulu sahaja.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
LOKASI / NEGERI : TERENGGANU
TARIKH TUTUP : 14 DISEMBER 2017
NUH JAWATAN
Calon-calon warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Marang 2017 seperti berikut :
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
4. Penolong Pegawai Pertanian G29
5. Pembantu Kesihatan Awam U19
6. Pelukis Pelan Seni Bina JA19
CARA MEMOHON
Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDM.TR.1 dengan Harga RM 2.00
yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Daerah Marang.
Permohonan hendaklah dihantarkan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MARANG
21600 MARANG, TERENGGANU.
(U.P : BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
Sila tuliskan jawatan yang dipohon disebelah kanan dan tarikh tutup permohonan disebelah kiri sampul surat.
Sertakan Salinan :
a) Gambar warna berukuran ‘pasport’; (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan;
Salinan sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan. (Pengesahan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Wakil Rakyat, Pengetua, Guru Besar dan Penghulu sahaja.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
LOKASI / NEGERI : TERENGGANU
TARIKH TUTUP : 14 DISEMBER 2017
NUH JAWATAN