Thursday, 22 March 2018

Hanelang FC bakal guna khidmat Sharbinee

Bekas penjaga gawang kebangsaan, Mohd Sharbinee Allawee bakal kembali beraksi dengan memperkuat pasukan Hanelang FC dalam saingan Liga FAM sebaik jendela perpindahan pemain dibuka Mei depan.


PASUKAN Hanelang FC tidak menolak kemungkinan bakal menggunakan khidmat bekas penjaga gawang kebangsaan, Mohd Sharbinee Allawee sebaik jendela perpindahan pemain dibuka Mei depan.

Pengendalinya, Ahmad Yusof berkata, pihaknya bersedia untuk kembali bekerjasama dengan Sharbinee, bagaimanapun sebarang keputusan muktamad bergantung kepada laporan kesihatan dari pasukan perubatan sebelum mendaftarkan pemain berusia 31 tahun itu.

Menurutnya, selaku penjaga gol berkualiti, khidmat Sharbinee sentiasa diperlukan dan mampu memperkuatkan lagi pasukan bagi mengharungi saingan Liga FAM musim ini.
“Semua tahu kredibilitinya malah dia juga sudah biasa dengan saya, jadi kita tidak ada sebarang masalah untuk menggunakan khidmatnya.

“Malah dia (Sharbinee) sudahpun menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan telah menunjukkan perkembangan yang sangat positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengharungi aksi persahabatan bersama pasukan Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.

Februari tahun lalu, pasukan Terengganu terpaksa merehatkan Sharbinee selepas penjaga gawang utama skuad Penyu itu dikesan mengalami kanser paru-paru dan terpaksa menjalani kemoterapi.

Begitupun, usaha Sharbinee untuk kembali beraksi dilihat semakin membuahkan hasil apabila mula menjalani latihan bersama skuad utama Terengganu FC (TFC) musim ini.
Mengulas lanjut prestasi pasukan selepas mengharungi tiga perlawanan musim ini, bekas ketua jurulatih pasukan Terengganu itu mengakui pemain perlu segera bangkit daripada kekalahan ke atas Perlis tempoh hari.

“Maka peluang rehat selama dua minggu ini seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk memperbaiki setiap kelemahan pasukan menjelang pertemuan dengan satu lagi rakan senegeri, Terengganu City FC yang kini menerajui kumpulan B.



“Jadi pada perlawanan yang dijadualkan pada 1 April nanti, pemain tidak boleh keciciran mata memandangkan jurang perbezaan dengan dua pasukan teratas hanya dibezakan empat mata,” katanya. - Sinar Online

Sumber - http://www.sinarharian.com.my/sukan/hanelang-fc-bakal-guna-khidmat-sharbinee-1.812987

Umum calon 2 April

Tan Sri Annuar Musa

Kuala Lumpur: Senarai lengkap calon Barisan Nasional (BN) dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2 April, lima hari sebelum melancarkan Manifesto BN.
Sumber berkata, pengumuman itu mungkin diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang dijangka dihadiri semua 13 pemimpin kanan parti komponen.
Difahamkan, Perdana Menteri selaku Pengerusi BN dijangka menyampaikan surat watikah kepada calon untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen, kali pertama majlis seumpama itu diadakan.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui enggan memberitahu tarikh itu, tetapi mengesahkan majlis pengumuman calon BN itu dibuat sebelum pelancaran Manifesto BN.
Difahamkan, majlis pelancaran Manifesto BN dijangka diadakan secara besar-besaran di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April.
“Mungkin (umum calon) lebih awal kerana pastinya BN siap sedia (untuk pilihan raya) dan sudah bertemu Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.
“Senarai nama (calon) ada dengan Perdana Menteri (PM). PM sudah menyempurnakan urusan (senarai calon), cuma terpulang (umum calon) kepada PM.
“Mungkin ada orang buat spekulasi (umum calon) pada 7 April, tetapi tidak mustahil PM boleh umumkan lebih awal daripada itu sebab PM dah ready (sedia umum calon),” katanya kepada wartawan The New Straits Times Press Berhad (NSTP), di sini, semalam.
Beliau bercakap selepas menghoskan bicara santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’ Diskusi UMNO-Online bertajuk Kenapa Manifesto Pembangkang Ditalkin Awal?
Diskusi itu turut menampilkan tiga ahli panel iaitu Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Ariffin, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Presiden Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hassan.
Sebelum ini, laporan NSTP menyebut Najib dijangka mengumumkan lebih awal senarai calon BN, tetapi tarikh untuk majlis yang bakal diadakan di PWTC itu belum diketahui. - hmetro

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/323340/umum-calon-2-april

Wednesday, 21 March 2018

Kekurangan sebagai OKU bukan penghalang untuk hidup

Sekitar jam 3 petang, Mohamad Ridzuan, akan menyusun barang
 di dalam basikal tiga roda yang dimilikinya

POKOK SENA: Ais krim Malaysia 50 sen dan ikan masin RM2 sepaket, menjadi modal seorang orang kelainan upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidupnya.

Dengan keuntungan yang tidak seberapa, antara RM5 hingga RM12 sehari, ia tidak pernah putus harapan dan mengeluh dengan nasib menimpa diri.





Mohamad Ridzuan Khalid, 29 tahun berkata, selagi mampu bergerak, kudrat badannya itu akan dikerah untuk mencari rezeki sendiri.

Sekitar jam 3 petang, Mohamad Ridzuan, akan menyusun barang-barang jualan di dalam basikal tiga roda yang dimilikinya.
Tanpa mempedulikan terik matahari, dia mengayuh basikal tiga roda sekitar lima belas kilometer dari rumahnya di Kampung Bukit Pinang, Pokok Sena sehingga ke Hutan Kampung, Alor Setar.

“Hidup ni memang susah tetapi nak buat macam mana... takkan saya nak duduk di rumah sahaja.

"Kena usaha cari duit untuk tampung hidup. Hendak bagi mak lagi, beli barang keperluan harian lagi," katanya

"Adakalanya berasa penat dan patah semangat jika jualan tidak laku tetapi ini adalah adat berniaga, ada untung, ada rugi," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

Tambah Mohamad Ridzuan, sebelum ini dia hanya mengesot untuk ke mana-mana termasuk berniaga.

Namun, jalan hidupnya dipermudahkan tuhan apabila menerima basikal roda tiga bernilai RM500 hasil sumbangan penduduk kampung.

Ridzuan merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya, Rodziah Nik Cha, 53 tahun di Kampung Padang Kunyit, Pokok Sena.

Ibu Ridzuan, yang juga pemegang kad OKU berstatus lembam, tidak dapat bekerja sejak dua tahun lalu kerana kurang sihat.

Bagi yang mahu meringankan beban dua beranak ini, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di atas nama mohamad ridzuan khalid 02001-41-00001728-2.

Tuesday, 13 March 2018

SELAMATKAN MASJID SULTAN MAHMUD


Pembinaan kompleks perniagaan tiga tingkat dan sebuah hotel enam tingkat bernilai RM25 juta bersebelahan Masjid Sultan Mahmud di Kuala Berang telah dipolimikkan oleh beberapa pihak. Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid menjadikan projek Kerajaan Negeri Terengganu itu sebagai ‘modal politik’ dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud pada 2017. Jika dibiarkan berlarutan, isu berkenaan akan mengelirukan masyarakat, menyemai kebencian dan menutup segala kebaikan yang sedang dirancang. Justeru itu, persoalan yang timbul dan tohmahan yang tular di media sosial perlu diperjelaskan bagi ‘Selamatkan Masjid Sultan Mahmud’ daripada fitnah dan pembohongan.

ISU 1
Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud dan hotel dibina tanpa kelulusan daripada Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT). “Saya berjumpa dengan pihak majlis (MDHT) pada pagi ini dan pihak majlis mengesahkan kepada saya bahawa pihak majlis tidak pernah memberi kelulusan untuk pembinaan”, kata Muhyiddin pada 8 Mei 2017.

JAWAPAN
Surat Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 06/2017 yang bersidang pada 22 Mac 2017 telah bersetuju MELULUSKAN permohonan UPEN bagi cadangan pembangunan hotel enam tingkat dan sebuah kompleks perniagaan tiga tingkat serta kerja-kerja infrastruktur yang berkaitan di atas lot 129, lot 130, lot 479 dan sebahagian lot 127, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Bukan susah pun hendak menjadi seorang pembohong! Soalan kepada Muhyiddin, bilakah bangunan tiga tingkat yang menjadi Pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu di Kuala Berang mendapat kelulusan pelan bangunan daripada MDHT? Satu lagi, bilakah MDHT memberi kelulusan pelan bangunan kepada Madrasah Dar Al Ansar di Basung yang dikelolakan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu?
Sumber fitnah daripada portal berita rasmi PAS Terengganu, https://buletinonline.net/…/mdht-tidak-pernah-luluskan-pem…/

ISU 2
Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud dan hotel dibina di atas tanah milik siapa?

JAWAPAN
Masjid Sultan Mahmud dibina pada tahun 1991 dengan kos RM8 juta. Ia dibina oleh kerajaan negeri di atas lot 127 dan lot 311 yang telah selesai dibuat pengambilan balik tanah sebagaimana Borang K pada 20 April 1988 dan dijaga oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. Bagi lot 479, pengambilan balik tanah itu dibuat menurut Seksyen 3(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 bagi kegunaan awam untuk tambahan tapak masjid dan seterusnya diisytiharkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan dijaga oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. Pengambilan itu diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 613/90 bertarikh 5 Julai 1990. Pewartaan Seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Borang D) sebagaimana Warta No. 750 bertarikh 16 Ogos 1990. Kos pengambilan balik sebanyak RM212,290.00 sebagaimana Baucer No. 4334-90 bertarikh 27 November 1990. Pengambilan balik ini turut melibatkan sebuah stor barang dan tiada bangunan lain terlibat.
Bagi lot 129 dan lot 130, pengambilan balik tanah itu dibuat menurut Seksyen 3(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 bagi kegunaan awam untuk pembesaran tapak masjid serta jalan masuk ke masjid dan seterusnya diisytiharkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan dijaga oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. Ia telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 1125/2006 bertarikh 31 Mei 2006. Pewartaan Seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Borang D) sebagaimana Warta No. 554 bertarikh 20 Julai 2006. Kos pengambilan balik sebanyak RM3,366,998.51 sebagaimana Waran Bil. W0000246 bertarikh 27 Ogos 2007. Borang K dikeluarkan pada 27 Februari 2008.
Di Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merupakan pemegang amanah tunggal wakaf seperti yang termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) Tahun 2001 Seksyen 63.
Pembesaran tapak dan kawasan masjid tersebut selaras dengan usaha Kerajaan Terengganu ketika era pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang mahu menjadikan masjid sebagai ‘one stop centre’ yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk pusat IT, pusat tuisyen, kedai kopi, dobi, kedai gunting dan penginapan musafir selaras dengan konsep Islam Hadhari pada ketika itu. Usaha ini bagi mempelbagaikan fungsi masjid seperti di zaman Rasulullah SAW yang mana selain menjadi tempat ibadah, masjid merupakan tempat musyawarah, pusat pendidikan, tempat akad nikah, tempat latihan perang dan tempat merawat orang sakit.

ISU 3
Apakah hukum membangunkan tanah wakaf dengan pembangunan selain daripada niat asal pewakaf?

JAWAPAN
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-80 di Kuala Terengganu pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah membincangkan hukum membangunkan tanah wakaf khas dengan membangunkan selain daripada niat asal pewakaf. Dalam persidangan ini, muzakarah memutuskan, membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam, dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Pandangan lain, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008, pada 26 Disember 2008 memutuskan hukum membangunkan tanah wakaf dengan pembangunan selain niat asal pewakaf adalah harus dengan syarat mengekalkan tujuan asal pewakaf.
Rujukan http://mufti.pahang.gov.my/…/108-hukum-membangunkan-tanah-w…

ISU 4
Pembinaan Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud membatalkan tujuan asal pengambilan balik tanah seperti yang diwartakan di bawah Seksyen Seksyen 3(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

JAWAPAN
Penasihat Undang-Undang Negeri telah menyatakan pandangan beliau kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dalam satu surat bertarikh 15 April 2015 bahawa:
(1) Pengambilan tanah-tanah yang terlibat telah dibuat bagi ‘pembesaran tapak masjid dan laluan masuk ke masjid’ berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 20 Julai 2006. Di bawah peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960, tiada peruntukan bagi meminda pewartaan pengambilan tanah yang telah dibuat di bawah Akta tersebut. Di bawah Seksyen 68A menyatakan kegagalan untuk menggunakan tanah bagi maksud asal tanah itu diambil tidak membatalkan pengambilan itu.
(2) Tertakluk kepada pembangunan Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud yang memberi faedah dan sumbangan kepada masjid serta ahli kariah masjid dan pemilikan kompleks tersebut terletak hak kepada pihak masjid, Penasihat Undang-Undang Negeri berpandangan cadangan pembangunan tersebut masih di dalam tujuan asal pengambilan tanah.


ISU 5
Lokasi pembinaan Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud dan hotel terlalu hampir dengan masjid.

JAWAPAN
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-7 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 22 Jun 2015 membuat keputusan BERSETUJU dengan cadangan pengambilan tanah Masjid Sultan Mahmud untuk pembangunan Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud. Mesyuarat juga bersetuju agar 3 perkara diambil perhatian iaitu,
(1) Peniaga mestilah 100 peratus beragama Islam.
(2) Hotel yang akan didirikan mestilah bercirikan Islamik.
(3) Kompleks perniagaan mestilah ditutup ketika waktu Solat Jumaat.
Mengambil satu kes di Negeri Kelantan yang diperintah PAS, pembinaan kondominium 24 tingkat bersebelahan Masjid Sultan Muhammad II di Telipot, Kota Bharu mendapat bantahan penduduk setempat. Tanah seluas 0.68 hektar milik Yayasan Islam Kelantan diserah kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan bagi membina kondominium. Permohonan penduduk melalui Persatuan Penduduk Jalan Raja Dewa pada 17 September 2014 agar tanah itu diwakafkan bagi tujuan pembesaran masjid, tidak dilayan Kerajaan PAS Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS pada 30 Mei 2015 menjawab, “Pembinaan kondominium itu boleh menampung keperluan ramai bagi mengimarah masjid”.

ISU 6
Lokasi pembinaan Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud dan hotel tidak sesuai kerana ia terlalu hampir sehingga menutup Masjid Sultan Mahmud sebagai mercu tanda Bandar Kuala Berang.

JAWAPAN
Masjid Sultan Mahmud merupakan sebuah Masjid Daerah bagi Daerah Hulu Terengganu yang terletak di kawasan Bandar Kuala Berang yang kian membangun. Rekaan kompleks itu mengambil kira kedudukan masjid yang selari dengan jalan utama Bandar Kuala Berang. Jadi, bagi melengkapkannya maka bangunan hotel dibina di sebelah kanan, dataran di tengah manakala kompleks perniagaan di sebelah kiri. Kubah utama dan menara masjid jelas kelihatan di tengah-tengah dari dataran dan jalan hospital apabila siap kelak. Projek yang mempunyai rekabentuk bercirikan Islamik ini bakal menjadi mercu tanda Bandar Kuala Berang, bukannya melenyapkan mercu tanda.
Mengambil contoh Masjid Abidin atau ‘Masjid Putih’ yang terletak di pusat bandaraya Kuala Terengganu dikelilingi pusat perniagaan termasuk Pusat Niaga Paya Keladi. Tersergam indah setinggi 7 tingkat bersebelahan masjid itu ialah Hotel Grand Puteri yang merupakan hotel wakaf pertama di Terengganu yang mula beroprasi pada April 2013, bertaraf 3 bintang. Begitu juga dengan Masjid At-Taqwa di Pekan Batu Enam yang ‘dikuasai’ PAS, masjid itu dikelilingi dengan pusat perniagaan dan rumah kedai. Contoh itu bagi memberi gambaran tentang kedudukan sesebuah masjid di kawasan bandar atau pekan.

ISU 7
Muhyiddin pada 8 Mei 2017 telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa lot 479 adalah tanah persendirian yang telah diceroboh oleh pihak kerajaan negeri bagi membina hotel dan pusat perniagaan. Kenyataan Muhyiddin yang disiarkan portal berita rasmi PAS Terengganu, Buletin Online pada 9 Mei 2017 menyebut, “Bagi lot 479, yang saya telah sebut tadi, sebenarnya telah dibuat carian di PTG, Kuala Terengganu, didapati tanah ini milik persendirian (dan) tanah ini telah mendapat kelulusan untuk pecah lot sempadan untuk didirikan lot-lot rumah kedai sebanyak 13 unit di atas tanah ini. Dengan lain perkataannya, pembinaan hotel (sekarang) ini telah menceroboh tanah persendirian ini yang telah mendapat kelulusan kerajaan sebagai lot kedai sebanyak 13 unit lot kedai di atas tanah. Saya kira ini satu pencerobohan yang serius. Oleh sebab itu saya minta supaya kerja-kerja ini dihentikan serta merta sehingga perkara ini dapat dijelaskan dan diperbetulkan mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada (kerana) ia satu kesalahan yang serius yang saya kira, kalau tidak dihentikan pembinaan hotel serta merta. Saya akan panjangkan aduan ini ke Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa yang terdekat,”

JAWAPAN
Bagi lot 479, pengambilan balik tanah itu dibuat menurut Seksyen 3(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 bagi kegunaan awam untuk tambahan tapak masjid dan seterusnya diisytiharkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan dijaga oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. Ia telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 613/90 bertarikh 5 Julai 1990. Pewartaan Seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Borang D) sebagaimana Warta No. 750 bertarikh 16 Ogos 1990. Kos pengambilan balik sebanyak RM212,290.00 sebagaimana Baucer No. 4334-90 bertarikh 27 November 1990. Pengambilan balik ini melibatkan sebuah stor barang dan tiada bangunan lain terlibat.
Muhyiddin dan penyebar berita palsu yang lain boleh diambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan fitnah ini. Pada era pemerintahan PAS di Terengganu antara tahun 1999 hingga 2004 yang mana pada ketika itu Muhyiddin merupakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, antara sumbangan Kerajaan PAS kepada Masjid Sultan Mahmud ialah pembinaan sebuah tandas di lot 479. Kenapa pada ketika itu tidak timbul isu pencerobohan tanah milik persendirian yang digunakan untuk membina tandas? Inilah wayang politik pemimpin PAS!
Sumber fitnah daripada portal berita rasmi PAS Terengganu, https://buletinonline.net/…/mdht-tidak-pernah-luluskan-pem…/

ISU 8
Pembinaan Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud dan hotel menyebabkan hilangnya sebahagian parkir masjid sekali gus menyulitkan para jemaah.

JAWAPAN
Sebelum ini, jumlah parkir yang disediakan di kawasan Masjid Sultan Mahmud ialah sebanyak 40 lot. Selebihnya kenderaan diletakkan secara berselerak dan tidak tersusun termasuk di atas rumput dan kawasan yang tidak berturap. Apabila Kompleks Perniagaan Sultan Mahmud dan hotel siap, jumlah parkir yang akan dibina sebanyak 138 lot. Penting untuk difahami oleh pemimpin dan penyokong PAS, jumlah parkir semakin bertambah dan tersusun, bukan makin berkurang. Selain itu, kawasan parkir berkenaan boleh digunakan sebagai dataran dan ruang pentas dengan lanskap yang menarik untuk pelbagai program termasuk forum perdana, tilawah al-Quran, pameran kerjaya, ekspo perniagaan halal dan aktiviti kesenian Islam.

ISU 9
Logi rawatan kumbahan hotel akan dibina di atas tanah wakaf masjid. Kenyataan ini dibuat oleh YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yang ketika itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 26 Januari 2017 yang menyebut. “Yang malang lagi, dua pembangunan yang dirancang itu, septic tank (tangki najis) akan dibuat di atas tanah masjid.”

JAWAPAN
Berdasarkan cadangan pelan pembangunan projek yang diluluskan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) pada 22 Mac 2017, logi rawatan kumbahan atau tangki najis daripada Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud akan dibina di bawah (bawah tanah) kompleks tersebut. Orang Paka datang ke Kuala Berang, tumpang sekali buat fitnah. Itulah PAS.


ISU 10
Projek Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud dan hotel ini milik siapa?

JAWAPAN
Projek ini dicadangkan oleh ADUN Kuala Berang, YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dengan peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu dan dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi menjalankan proses pentadbiran dan pengurusan bangunan yang terdiri daripada jabatan kerajaan berkaitan, jawatankuasa masjid dan komuniti Kuala Berang. Jawatankuasa ini akan melantik pihak yang berkelayakan untuk mengurus dan menyelenggarakan kompleks tersebut. Hasil pendapatan akan dibahagikan seperti berikut:
a) 50% daripada hasil pendapatan sewa (keuntungan) akan diberikan kepada Tabung Masjid Sultan Mahmud.
b) 50% daripada hasil pendapatan sewa (keuntungan) akan diberikan kepada Tabung Khairat Komuniti Kuala Berang.
Apabila siap kelak, Masjid Sultan Mahmud akan menjadi satu-satunya masjid di Terengganu dan mungkin di Malaysia yang mempunyai kompleks perniagaan 3 tingkat dan hotel 6 tingkat. Mungkin inilah yang terbaik untuk kariah di Bandar Batu Bersurat. Adakah ini sesuatu yang ‘koho punoh’ di mata para pemimpin PAS Terengganu?

ISU 11
Pembinaan Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud dan hotel tidak dipersetujui oleh kariah masjid. Kata Muhyiddin semasa membuat laporan di Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu, “Kami bagi pihak jamaah masjid dan masyarakat di Kuala Berang melahirkan rasa kesal dan membantah tindakan kerajaan untuk membina hotel dan kompleks perkedaian ini di kawasan masjid”.

JAWAPAN
Jawatankuasa Masjid Sultan Mahmud telah diberi taklimat khusus sebanyak tiga kali berkaitan projek berkenaan pada 2016. Jawatankuasa menyambut baik usaha itu kerana ia bakal memberi banyak faedah kepada kariah masjid. Hasil bulanan yang bakal diperolehi Tabung Masjid boleh digunakan untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuk kelas agama, kebajikan keluarga miskin, pendidikan anak yatim, kesihatan, aktiviti ekonomi dan sebagainya. Malah, permintaan jawatankuasa masjid agar kawasan pembangunan tidak dipagar apabila siap kelak. Malah, pengumuman rasmi tentang pembinaan kompleks ini telah dibuat semasa kutbah Jumaat pada 16 Disember 2016. Muhyiddin yang membuat dakwaan itu mewakili pihak jemaah yang mana? Adakah Muhyiddin wakil kepada Jemaah PAS yang sememangnya anti kepada kerajaan Barisan Nasional?

ISU 12
Kenapa Muhyiddin dan pemimpin PAS yang lain begitu ‘ghairah’ memainkan isu ini sehingga sanggup melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah?

JAWAPAN
Selepas empat kali kalah dalam pilihan raya termasuk pilihan raya kecil DUN Kuala Berang pada 28 Ogos 2004, Muhyiddin dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu pada 28 September 2013 menggantikan Dato’ Harun Taib. Beliau mengetuai PAS Kawasan Hulu Terengganu sehingga kini. Sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Muhyiddin perlu melakukan sesuatu agar namanya sentiasa ‘diratib’ di sekitar Kuala Berang. Tindakan beliau mencipta isu yang kononnya wujud penyelewengan besar dalam projek pembinaan Kompleks Perniagaan Masjid Sultan Mahmud dan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi untuk ‘menyelamatkan’ Masjid Sultan Mahmud dilihat sebagai usaha untuk mempopularkan dirinya dalam pentas politik PAS di Hulu Terengganu. Dengan harapan, beliau sekali lagi terpilih sebagai calon PAS di DUN Kuala Berang.
Dalam keadaan PRU14 yang semakin hampir, Muhyiddin perlu tonjolkan dirinya sebagai ‘wira rakyat’ yang mahu menyelamatkan sesuatu sebagaimana contoh sebelum PRU13 yang lalu, Raja Kamarul Bahrin mahu selamatkan Pasar Payang, Khairuddin At-Takiri mahu selamatkan Banggol Donas, Satiful Bahari mahu selamatkan Darul Bayan, Syed Azman mahu selamatkan Zoo Kemaman dan sebagainya. Selepas menang pilihan raya, senyap! Ditambah pula, saingan politik yang terpaksa dihadapi Muhyiddin. Ketua Pemuda PAS Terengganu selama dua penggal, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah antara saingan terdekat Muhyiddin untuk dicalonkan PAS di DUN Kuala Berang. Sikap Kamaruzzaman yang kurang menyentuh isu Masjid Sultan Mahmud yang dipelopori Muhyiddin telah menjadi tanda tanya. Pemimpin PAS dari luar Hulu Terengganu seperti YB Satiful Bahri Mamat (Paka), YB Mohd Nor Hamzah (Bukit Payong) dan Ahmad Amzad Hashim (Kuala Terengganu) sanggup datang ke Kuala Berang untuk mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut. Mana kenyataan Kamaruzzaman sebagai sokongan moral kepada ‘perjuangan’ Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu?

RUMUSAN
Bersandarkan kepada maklumat tidak sahih, fakta yang tidak lengkap dan dakwaan yang tidak berasas, PAS mahu mewujudkan kebimbangan di kalangan rakyat khususnya di DUN Kuala Berang dengan memainkan sentimen agama iaitu masjid dan tanah wakaf. Dalam masa yang sama, PAS mahu menjadi ‘penyelamat’ dengan harapan sentimen itu dapat mempengaruhi undi pada pilihan raya umum akan datang. Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO dituduh mahu ‘merosakkan’ institusi masjid, manakala PAS pula mahu menjadi penyelamat. Drama apa yang sedang PAS mainkan ini? Adakah PAS tertekan dengan usaha Kerajaan Terengganu kini yang sedang membina lima buah masjid di DUN Kuala Berang? ADUN Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata pada awal 2016, masjid berkenaan merupakan tambahan kepada 20 masjid sedia ada di DUN berkenaan. Masjid terlibat ialah Masjid Kampung Chepoh, Masjid Kampung Kuala Akob, Masjid Kampung Kuala Kejir, Masjid Kampung Tanggol dan Masjid Kampung Nasi Dingin. PAS perlu lebih matang dalam politik dengan bercakap benar dan tidak berbohong kepada rakyat.

Disediakan oleh #SOULjer Terengganu
Sumber : https://www.facebook.com/terengganudaily/posts/2016765578540622

Sunday, 11 March 2018

Kementerian Pendidikan Tinggi sasar Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan 100 Universti terbaik dunia-Idris Jusoh





Kementerian Pendidikan Tinggi mensasarkan Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan 100 universiti terbaik dunia pada tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pemilihan universiti dari Malaysia ini membuktikan sistem pendidikan Malaysia diiktiraf dan berkualiti di peringkat antarabangsa.


Selain itu tiga lagi university iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) pula disasarkan berada di ranking 200 terbaik dalam tempoh beberapa tahun lagi.
‘Universiti Malaya yang meningkat pada 2013 di kedudukan 137, ke 167 pada tahun 2013 dan 114 pada tahun lalu dan kita jangka Universiti Malaya menjadi university pertama di rangking100 terbaik dunia inysallah sama ada pada tahun ini atau tahun depan’.




Di peringkat negara Asia Tenggara (Asean) pula 8 universiti terbaik direkodkan di Asean iaiah 5 daripadanya adalah dari Malaysia’.
‘UniversitI penyelidik kita iaitu USM, UKM, UPM, UM dan UTM adalah merupakan universitI 1% terbaik di dunia daripada 26,000 universiti seluruh dunia’.
‘Apabila pelajar luar negara melihat kedudukan ranking universitI negara kita dalam dunia mengatakan sIstem pendidikan mempunyai kualtiti dan sebab itulah jumlah pelajar yang datang dari luar negara terus meningkat iaitu 172,000 ketika ini dan dijangka meningkat kepada 200,000 sebelum 2020’


‘Antara perkara penting dalam peningkatkan ranking adalah penerbitan university- universitI tersebut dan apabila kita meningkatkan penyelidikan di universitI jelas ini akan meningkatkan lagi penerbitan dan menyebabkan ranking university kita seluruh dunia’.
‘USM, UKM, UPM, dan UTM insyallah akan menjadi 200 terbaik dunia selepas ini dalam masa beberapa tahun lagi iaitu peningkatkan berterusan Soaring Upwards dalam Kementerian Pendidikan Tinggi sekarang’, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan SMK Tengku Bariah pagi tadi.
Hadir sama Pegawai Pembangunan DUN Ladang merangkap Pengerusi PIBG SMKTB Datuk Mohd Sabri Alwi ,Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu,Puan Rozalina Mokhtar ,Pegawai Penyelaras Dun Batu Burok ,Tuan Haji Zamri Awang Hitam dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan negeri dan  Daerah Kuala Terengganu.




Tambahnya semua universiti yang terpilih dalam senarai universiti terbaik didunia ini dinilai secara ketat oleh University Of Melbourne dalam semua aspek berdasarkan kualiti yang ada sebelum keputusan pemilihan dibuat . –

Perasmian Pejabat Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT) & TSG Station








Dijemput ke majlis Perasmian Pejabat Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT) & TSG Station serta Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Pelumba & Barisan Penaja Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG).

Tempat : Hadapan Pejabat TSG,
Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.

Tarikh: 14 Mac 2018

Masa: 8 Malam

Majlis dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. Terdapat 20 cabutan bertuah bernilai RM10,000 keseluruhan untuk dimenangi.

Untuk pengetahuan, laluan jalan raya dihadapan Chicken Cottage dan Uncle Chua akan ditutup pada 14 mac 2018 bemula jam 9 pagi sehingga 12 malam.

Dijemput semua hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Terima kasih !

Thursday, 8 March 2018

Malaysia hampiri status negara maju: IMF


KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam landasan kukuh untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, dengan ekonominya terus mencatatkan mantap, demikian menurut penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Ketua Misi IMF ke Malaysia, Nada Choueiri, berkata Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) yang merangkumi tempoh antara 2016 hingga 2020, akan mencarta laluan Malaysia ke arah status negara maju dan keterangkuman lebih meluas.
Katanya, peningkatan produktiviti dan menggalakkan lebih banyak inovasi adalah matlamat teras rancangan berkenaan, yang mempunyai enam tunjang strategik menyentuh pelbagai isu pembangunan termasuk ekuiti, keterangkuman, kelestarian alam sekitar, pembangunan modal insan dan infrastruktur.
"Rancangan itu juga memberikan penekanan khusus untuk meningkatkan hasil pasaran tenaga kerja dan menyasarkan peningkatan pendapatan pekerja, penyertaan tenaga kerja wanita dan pekerjaan berkemahiran, selain meningkatkan kualiti pendidikan serta padanan kemahiran kepada keperluan industri," katanya dalam laporan Fokus Negara IMF yang diterbitkan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 5.3 peratus pada 2018, selepas mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan 5.8 peratus tahun lalu.
"Ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan dan mencatatkan prestasi kukuh. Pertumbuhan dicatatkan melebihi potensi, dipacu oleh permintaan global yang tinggi terhadap produk elektronik dan peningkatan dagangan komoditi, seperti minyak dan gas.
"Di peringkat domestik, pasaran pekerjaan Malaysia yang mantap mengukuhkan perbelanjaan swasta, manakala pelaburan juga membantu memacu pertumbuhan," katanya.
Dari segi hutang awam, Choueiri berkata IMF mencadangkan supaya kerajaan mengalihkan perhatian ke arah meningkatkan hasil berbanding mencapai sasaran itu melalui pemotongan berterusan perbelanjaan awam.
Ini, katanya selepas sejak tiga tahun lalu, defisit kerajaan persekutuan dikurangkan daripada 3.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2014 kepada hanya tiga peratus KDNK tahun lalu.
"Ia membantu mengecilkan hutang. Pengurangan defisit dicapai khususnya melalui pemotongan perbelanjaan, walaupun pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 turut membantu.
"Menuju ke hadapan, nasihat kami kepada pihak berkuasa adalah untuk mengekalkan pengukuhan fiskal berperingkat, namun pada masa sama terus meningkatkan pendapatan bagi melindungi perbelanjaan sosial dan pembangunan," katanya. - BH ONLINE

Sumber : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/03/397083/malaysia-hampiri-status-negara-maju-imf