6 NELAYAN SELAMAT


Bot nelayan ditunda masuk ke jeti APMM Pangkalan Maritim Kemaman pukul 5.30 petang in. GAMBAR : APMM



OPERASI MENYELAMAT BOT TEMPATAN YANG MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN DI LAUT

KEMAMAN, 27 Apr – Maritime Rescue Sub Centre (MRSC KUANTAN) Pada pukul 9.44 pagi APMM Wilayah Timur telah menerima maklumat daripada encik Saiful (Kelab Radio Amatur Kemaman) ada kecemasan berkenaan sebuah bot nelayan tempatan kelas A (TFA 2475) mengalami kerosakan enjin.
  APMM Wilayah Timur serta merta telah menugaskan dua (2) aset ke lokasi untuk mengesan bot yang dilaporkan. Lebih kurang 3 jam operasi menyelamat dilakukan bot tersebut telah ditemui terapung lebih kurang 24 batu nautika dari Kemaman.
  Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Dato’ Haji Mamu bin Said Alee berkata, ”dari maklumat yang diterima, bot tersebut telah mengalami kerosakan enjin sejak 48 jam yang lalu. Semua kru bot termasuk tekong seramai 6 orang warga tempatan berumur antara 36 hingga 66 tahun ditemui dalam keadaan lemah kerana kekurangan bekalan makanan setelah bot mengalami kerosakan enjin. Bot tersebut telah ditunda masuk ke jeti APMM Pangkalan Maritim Kemaman pukul 5.30 petang ini untuk tindakan selanjutnya.
   Tambah beliau lagi, Maritim Malaysia Wilayah Timur sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada komuniti maritim yang memerlukan bantuan khususnya kepada bot-bot nelayan. Ini merupakan salah satu tugas Maritim Malaysia. Sekiranya ada kemalangan atau kecemasan di laut, boleh hubungi terus talian pusat operasi di talian 09-5717345 atau MERS 999. - MEDIA11

No comments:

Powered by Blogger.