(VIDEO) : 5 HARI TANPA HENTI : TERENGGANU DRAG BATTLE 2.0 HANGATKAN PEMBUKAAN LITAR BAHARU







Deruman enjin kereta dan motosikal pelbagai kuasa bakal menggegarkan Terengganu dalam Kejohanan Terengganu Drag Battle 2017 King of the King 2.0.

Kejohanan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Permotoran Terengganu Darul Iman (PPTDI) dan Koperasi Permotoran Terengganu Darul Imam Berhad bakal menghimpunkan 500 pelumba dari dalam dan luar negara dalam Kejohanan Terengganu Drag Battle 2017 King of the King 2.0.

Pengerusi PPTDI, Rosli Nooral Azhar@Hassan berkata kejohanan terbesar di Terengganu itu akan diadakan secara tanpa henti selama lima hari bermula 27 April ini di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Katanya, perlumbaan tersebut melibatkan lebih ramai peserta berikutan dengan kemudahan litar baharu yang telahpun siap dibina dan boleh mula digunakan itu.

"Sehingga hari ini, bagi kereta seramai 200 pelumba telah melakukan pengesahan termasuk 17 pelumba dari Thailand dan 12 pelumba dari Singapura manakala untuk motosikal pula lebih 300 peserta akan menyertai kejohanan tersebut.

"Bagi kereta, terdapat 20 kategori bakal dipertandingkan manakala 10 kategori untuk motosikal dengan hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah sebanyak RM500,000," katanya yang ditemui dalam sidang media sempena Kejohanan Terengganu Drag Battle 2017 King of the King 2.0 di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abiddin, Kuala Nerus, hari ini.

Pengerusi PPTDI, Rosli Nooral Azhar@Hassan
Tambahnya, sebelum acara perlumbaan dilakukan, majlis solat hajat akan dilakukan terlebih dahulu.

"Acara-acara lain seperti 'drift', 'time attack', 'mini bike', 'gymkhana' termasuk 'auto show' turut dimuatkan sepanjang kejohanan ink berlangsung," katanya.

Pengerusi Koperasi Permotoran Terengganu Darul Imam Berhad Mohd Yasin Awang










Dalam pada itu, Pengerusi Koperasi Permotoran Terengganu Darul Imam Berhad Mohd Yasin Awang berkata kejohanan yang bakal berlangsung tersebut bakal memberi impak positif kepada kerajaan negeri terutama sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.
"Litar yang baru siap dibina ini adalah litar pertama di Malaysia dibina khas untuk mengatasi gejala sosial oleh Mat Rempit di Terengganu

"Dengan penganjuran kejohanan-kejohanan sebelum ini, Terengganu telah melahirkan ramai jaguh dalam bidang permotoran di peringkat antarabangsa," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.