PANAS TERIK - LARIAN ANTARABANGSA JAMBATAN SULTAN MAHMUD MULA TENGAH MALAM






KUALA TERENGGANU –  Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) edisi kali ini mencipta kelainan apabila dua kategori utama yang dipertandingkan iaitu 42 kilometer (km) dan 21 km akan berlangsung pada sebelah malam 12:01 tengah malam di Dataran Pantai Batu Burok, 23 September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, usaha tersebut adalah untuk menarik lebih ramai penyertaan bagi kategori tersebut selain memberi keselesaan kepada peserta ekoran cuasa panas terik ketika ini.

Menurutnya, hanya dua kategori terbabit sahaja dilaksanakan pada sebelah malam yang dijangka akan bermula pada jam 12.01 dan berakhir pada jam 6 pagi.

“Manakala baki tiga lagi kategori iaitu 12, 5 dan 3 km (fun run) akan berlangsung sebagaimana biasa sebelum ini bermula jam 7 sehingga 10 pagi.

“Bagi edisi kali ini kita mensasarkan seramai 50,000 orang peserta termasuk 5,000 pelari luar dari negeri Terengganu dan juga antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2017 di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.



Diskaun penyertaan LAJSM 2017 berlangsung selama sebulan bermula semalam hingga 25 Mei 2017.

Lawat laman web :  www.myraceonline.com

Penyertaan dijangka akan ditutup pada 23 Ogos manakala laluan rasmi perlumbaan bagi setiap kategori akan diumumkan menerusi laman facebook rasmi LAJSM 2017 sebulan sebelum perlumbaan berlangsung.

ONLINE REGISTRATION 'SULTAN MAHMUD BRIDGE INTERNATIONAL RUN 2017'
Discount end 25/05/2017 

No comments:

Powered by Blogger.