LAN DI TANAH KITE II




KUALA TERENGGANU 29 April - Karya bertajuk 'Bah - Nilai Insan dan Haiwan' bidikan jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Bahrum merupakan antara tarikan dalam pameran fotografi Tanoh Kite II di Kota Lama Duyong di sini, hari ini.

Foto yang dirakam semasa banjir besar pada Disember 2013 di Kemaman itu menggambarkan momen seorang penternak di Kampung Bukit Mentuk menyelamatkan ternakannya hingga sanggup meredah limpahan sungai ketika penduduk lain berpusu-pusu menuju ke pusat pemindahan.

Selain Azlan, Tanoh Kite II turut melibatkan penampilan 15 jurufoto daripada pelbagai latar usia dan kerjaya iaitu Tolehah Muda, Warna Iman, Didiz Rushdi, Fuad Abdullah, Mokhtar Ishak, Mamood Safarwan, Wira Utama, Wm Soo, Hafiz Markzzaki, Palie Massa, Fook Seek, Lokman Hamid, Fadzly Mubin dan Robi Obies.



Kurator program, Ghazali Kori berkata, edisi kali kedua itu merupakan salah satu inisiatif Duyong Art Gallery bagi mengetengahkan serta memartabatkan hasil karya mereka pada mata masyarakat.

"Karya-karya yang dipamerkan itu mengangkat persoalan dari perspektif/naratif merentasi nuansa alam, figuratif dan budaya serta kehidupan yang sekali gus menjadi simbol dan kekuatan semangat," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Majlis pelancaran pameran disempurnakan oleh Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abullah.

Pameran Tanoh Kite II berlangsung dalam tempoh dua minggu bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.