SUZUKI MARINE BERSIHKAN DUNIA


KUALA NERUS, 5 Ogos -Seramai 50 nelayan dan kakitangan KTS Suzuki Marine berganding bahu membersihkan kawasan pantai Kubang Badak, di sini sempena Kempen Bersihkan Dunia.

Pembantu Pengurus  KTS Suzuki Marine Terengganu,Kong Wen Keit berkata program yang dimulakan sejak tiga tahun lalu mensasarkan lokasi tumpuan nelayan.

Katanya dalam tempoh tiga jam itu lebih 200 kilogram (kg)  berjaya dipungut sepanjang tiga kilometer kawasan pantai tersebut.

"Kempen ini bukan sahaja di Terengganu malahan di Sarawak dan Kuala Lumpur juga dilaksanakan. Tahun ini kita memilih kawasan pantai ini dengan memberikan fokus kepada pengguna enjin sangkut Suzuki,"katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

Jelasnya turut berhasrat memperluaskan lagi kempen seperti ini di kawasan yang mendapat penyokong Suzuki sahaja.

Beliau juga sedang berusaha untuk menarik lebih ramai pelanggang menggunakan produk Suzuki Marine.

"Kita telah mengeluarkan produk terbaru pada tahun ini iaitu enjin sangkut empat lejang dengan 200 kuasa kuda..enjin ini bukan  sahaja jimat minyak malahan kurang mengeluarkan asap serta bunyi bising,"katanya.
--BERNAMA

No comments:

Powered by Blogger.