TERENGGANU MERDEKA FREEDIVE



Terengganu Merdeka Freedive merupakan program pertama dalam sejarah yang di adakan di Malaysia di mana akan membawa satu bendera Malaysia bersaiz besar, 20 bendera Malaysia dan 10 bendera Terengganu melibatkan 30 penyertaaan daripada penyelam bebas Terengganu Freedive Club (Kelab Penyelam Bebas Terengganu) dan 10 orang scuba diver.

Program yang berlangsung selama sehari ini di adakan di Water Gallery, Pulau Bidong pada 19 ogos 2017, di mana penyerahan Bendera dan Pelepasan akan di adakan di Dapo Pata, Kuala Nerus Oleh Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Husin Bin Tengku Abdul Jalil, bendera Malaysia dan bendera Terengganu akan di bawa penyelam bebas di antara 10 meter sehingga 15 meter.

Aktiviti Selaman Bebas ini merupakan selaman dengan satu pernafasan tanpa memakai tank oksigen yang hanya di sertai oleh ahli kelab yang berpengalaman.

Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama dalam sejarah Malaysia membawa bendera jalur gemilang di dalam Laut dengan satu pernafasan melibatkan 20 penyelam bebas 10 scuba diver.

Ini juga merupakan satu inisiatif kempen Tahun Melawat Terengganu 2017 memandangkan negeri Terengganu merupakan negeri yang mempunyai pulau-pulau yang tercantik di Malaysia dan menjadi tarikan utama bagi aktiviti selaman (scuba dive &  freedive).

Program ini di anjurkan oleh Jawatankuasa Program-Program Kecil Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2017 di bawah jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Unit Korporat SUK dan Terengganu Freedive Club.

No comments:

Powered by Blogger.