Misi Bantuan Kemanusiaan Terengganu For Rohingya: Sekampit Beras untuk Rohingya


Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya merupakan satu kempen mengumpul Dana bagi misi bantuan kemanusiaan membantu etnik Rohingya yang berada di kem pelarian Bangladesh bertemakan sekampit beras untuk Rohingya yang bermaksud sumbangan wang ringgit daripada orang ramai yang sekurangnya dapat membeli sekampit beras bagi setiap mangsa pelarian etnik Rohingya.
Kempen ini akan di gerakkan oleh Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) bekerjasama dengan Pemuda dan Puteri UMNO Terengganu di bawah Penasihat Ahli Jawatankuasa Tertinggi Skuad SSTTB, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi, YB Dato Haji Rozi bin Mamat marangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,sumber Manusia Negeri Terengganu.
Skuad SSTTB akan berkerjasama dengan pelbagai Jabatan, agensi kerajaan, GLC dan NGO-NGO termasuk Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia) bagi mengumpulkan bantuan dana daripada pelbagai pihak dan orang ramai, di mana hasil dana yang terkumpul Skuad SSTTB melalui Kerajaan Negeri Terengganu akan membawa misi bantuan kemanusiaan ini ke Bangladesh pada akhir oktober 2017.
Pemilihan kem pelarian Rohingya di Bangladesh adalah kerana kini lebih 400,000 pelarian etnik Rohingya berada di kem pelarian tersebut mencatatkan jumlah terbesar etnik Rohingya yang memerlukan bantuan.


Skuad SSTTB hari ini telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Tabung Rohingya Skuad Sukarelawan TTB yang di pengerusikan oleh Samiun Salleh, selaku Ketua Urusetia dan mewakili Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Skuad SSTTB, di mana pihak Skuad SSTTB secara rasminya melancarkan pada hari ini 19 september 2017 Kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya yang melibatkan semua Jabatan, agensi kerajaan, GLC, NGO, badan swasta dan individu untuk mengerakkan tabung ini bagi mengumpulkan dana yang di perlukan sehingga 10 oktober 2017.
Tabung ini juga akan di gerakkan pada 29 dan 30 september 2017 di program Jom Heboh Terengganu 2017 di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus dengan kerjasama pihak Media Prima Berhad.
Antara program lain Skuad SSTTB dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui tabung Terengganu For Rohingya yang akan di letakkan di setiap masjid di negeri ini dan penglibatan kempen tabung sumbangan dalam setiap program-program rasmi kerajaan negeri.
Tabung ini juga akan di letakkan di beberapa Jabatan dan agensi kerajaan yang berhubung secara terus dengan pelanggan seperti UTC dan sebagainya.
Selain itu, sumbangan daripada pelbagai pihak juga akan di adakan dalam satu majlis yang akan di serahkan sendiri oleh pihak penyumbang dana kepada Menteri Besar Terengganu pada pertengahan bulan Oktober.
Di harap pelbagai pihak dan orang ramai dapat berganding bahu bagi menjayakan kempen Terengganu For Rohingya, sekapit beras untuk Rohingya, mana-mana pihak juga di alukan untuk membuat kerjasama program atau kempen yang dapat membantu untuk mengumpulkan dana yang di perlukan dengan sasaran RM1 juta.

No comments:

Powered by Blogger.