Ketua Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abdul Salim berkata, Hyun Woo mengalami kecederaan serius hingga perlu mengambil masa lama untuk pulih.
"Khidmat Hyun Woo kini diambil alih Seung Il namun begitu Seung Il tidak akan diturunkan lagi pada perlawanan pertama kerana masih belum cerdas sepenuhnya. Beliau juga akan bermain sebagai penyerang tetapi peranannya sedikit berlainan daripada Hyun Woo.
"Beliau perlu digilapkan sedikit dan setakat ini sudah tiga hari berlatih dalam kem TFC dan insya-Allah akan diturunkan pada perlawanan kedua atau ketiga," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Hyun Woo yang merupakan bekas penyerang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) musim lepas itu terpaksa berehat sehingga enam bulan ekoran kecederaannya lantas menjadi faktor Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu  (PBSNT) mencari pemain import lain untuk menggantikannya. - Bernama

Sumber : http://www.kosmo.com.my/terkini/tfc-temui-pengganti-hyun-woo-1.598212