TFC MELANCARKAN JERSI, LOGO DAN PEMAIN BAHARU BAGI LIGA MALAYSIA 2018



Oleh Wartawan Media11





PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini melancarkan jersi, logo dan pemain baharu Terengganu Football Club (TFC) Liga Malaysia 2018 di Stadium Tertutup Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini pada malam Jumaat.

Bagi tahun ini, sekali lagi syarikat tempatan Kobert Bell Marketing Malaysia Sdn Bhd diberi tanggungjawab bagi merekacipta jersi pasukan TFC.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Presiden PBSNT disaksikan ribuan penyokong setia pasukan berkenaan.

Sebanyak lima pasukan diperkenalkan iaitu TFC yang akan bertanding dalam Liga Super, Terengganu Football Club II (TFC II) sebagai pasukan pelapis akan bertanding dalam Liga Premier, Terengganu Football Club III (TFC III) bersaing bagi merebut Piala Presiden bawah 21 tahun, Terengganu Football Club IV (TFC IV) (Piala Belia bawah 19 tahun) dan Terengganu Football Club V (TFC V) (Piala Kementerian Pelajaran  bawah 17 tahun).




Ahmad Razif berkata, pada musim ini  beberapa penambahbaikan dan pembaharuan akan dilakukan.

"Pertama, menubuhan Syarikat Terengganu Football Club Sdn. Bhd yang akan menguruskan bolasepak negeri secara professional dan penjualan sebanyak 2,000  tiket secara online bagi memudahkan penyokong.

"Pembaharuan lain ialah memperkenalkan logo TFC yang baharu serta penggunaan saluran media sosial untuk penyampaian berita dan maklumat menggunakan media sosial dan laman rasmi TFC serta sebuah bas sebagai sebahagian daripada proses penjenamaan TFC," katanya dalam ucapan perasmian.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee dan Speaker Dewan Undangan Negeri  (DUN), Datuk Zubir Embong.

No comments:

Powered by Blogger.