Kejohanan Ragbi 15 Sebelah Piala Agong 2017


Separuh Akhir Kejohanan Ragbi 15 Sebelah Piala Agong 2017 menyaksikan Terengganu dan Johor layak ke Final Sabtu ini selepas menumpaskan lawan masing-masing pada petang tadi..

Terengganu berjaya membenam pasukan pilihan kejohanan edisi kali ke-35, Kedah 29 berbalas 19 mata. Manakala Johor menumbangkan juara edisi ke-34 tahun lepas, Perak dengan mata  26-19.
Kedua-dua perlawanan separuh akhir itu berlangsung di Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.



Terdahulu pada perlawanan separuh akhir melibatkan Terengganu dan Kedah. Pasukan tuan rumah berjersi hitam dilihat mendominasi permainan pada separuh masa pertama apabila mendahului 22 mata hasil 3 try, 2 conversion dan satu penalti. Sementara pasukan Kedah berjersi hijau yang sebahagian besar dibarisi pemain kebangsaan dari Kelab Keris Conlay ini, hanya memperolehi satu try dan satu conversion bagi menjadikan kedudukan mata 22-7.

Sebelum bangkit memperolehi dua try melalui pemain import Fiji berjersi 13, Etonia Vaqa Saukuru dan satu conversion oleh pemain flyhalf, Mohd Fairuz Ab. Rahman pada separuh masa kedua. Namun tambahan satu try oleh pemain import dari Fiji, Sevarunia Hatuitagalua dan satu conversion disempurnakan oleh Winger, Muhammad Azizul Hakim Che Oon pada babak separuh masa kedua sudah cukup buat Terengganu untuk melebarkan lagi jurang mata 29-19.

Terengganu menempah slot final Sabtu ini bertemu Johor yang berjaya melunaskan kekalahan final edisi 34 ke atas Perak pada separuh akhir dengan mata 26-19.


Turut mencuri tumpuan adalah keberangkatan Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang beraksi memperkuatkan Terengganu dan bermain di posisi Flanker.

Dalam pada itu, perlawanan antara Johor dan Perak juga sengit apabila kedua-dua pasukan mempersembahkan aksi yang agak seimbang pada awal permainan. Malah try pertama Johor melalui pemain import dari Samoa, Aitul Nissian juga hanya hadir pada minit ke-30 dan seminit kemudian conversion disempurnakan, Wan Mohd Asyraf Norudin, menjadikan kedudukan mata 7-kosong sehingga rehat separuh masa pertama.


Bagaimanapun Perak cuba bangkit pada separuh kedua, tetapi try dan conversion yang diperolehi berjaya disamakan semula oleh Johor berjersi biru ini. Apabila kedua-dua pasukan ini masing-masing memperolehi 3 try dan dua conversion pada babak separuh kedua.

Johor melangkah ke final untuk bertemu Terengganu buat julung kalinya bagi memburu kejuaraan Kejohanan Piala Agong edisi kali ke-35, Sabtu ini di Gong Badak, Kuala Nerus. Manakala Perak pula dijadual bertemu Kedah bagi menentuan tempat ketiga dan keempat. ##

No comments:

Powered by Blogger.