RM20j BANGUNKAN KOTA PUTERA SQUARE






BESUT - Kota Putera Square yang dibangunkan di pusat Kampung Raja dengan peruntukan RM20 juta daripada kerajaan negeri bakal menjadi pusat pembangunan  setempat yang bukan sahaja untuk kegunaan usahawan tetapi juga penggiat seni.

Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa berkata, pusat komersil yang dirancang khas untuk kemajuan Kampung Raja, di sini, mempunyai tiga fasa pembangunan membabitkan pembinaan dewan dalam taman, anjung Kota Putera dan Kota Putera Mall.

Katanya, fasa pertama pembinaan dewan dalam taman yang mampu memuatkan 4,000 pengunjung itu dijangka siap bulan depan.
“Dewan berkenaan akan dinamakan sebagai Dewan Merdeka berdasarkan sejarah, akan dikelilingi oleh pancutan air dan pokok-pokok hiasan sebagai tempat perhimpunan masyarakat dan pemimpin di daerah Besut,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Fasa kedua pembinaan Anjung Kota Putera setinggi empat tingkat pula dijangka siap sebelum akhir tahun ini dan disusuli projek menyiapkan fasa ketiga pembinaan Kota Putera Mall. - Bernama

No comments:

Powered by Blogger.