Lihat 'Pokok Ari' Sebelum Berbuka
KUALA TERENGGANU 6 JUN 2017 - Suasana berbuka puasa di bandaraya ini hari ini menyaksikan sedikit kelainan apabila orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena seumpama Awan Pelangi Unicorn sebagaimana yang dilaporkan berlaku pada 23 April lalu.
Keindahan kejadian itu sempat dirakam dan seterusnya dimuatnaik para netizens di laman sosial masing-masing sementara menunggu waktu iftar.
Difahamkan pelangi itu jelas kelihatan antara pukul 6.55 petang hingga 7.15 malam dan kru Media 11 sempat merakam moment itu ketika di Padang Hiliran.
Keadaan sama turut disaksikan seorang pemuda yang dikenali sebagai Hafiz Markzzaki di kediamannya di Kampung Binjai Berambu Kepong.
Menurut Hafiz, ini merupakan kali pertama dia melihat pelangi sebegitu kerana imejnya seperti menari dan disusuli dengan kilat.
Difahamkan, kejadian ini berkait rapat dengan petanda hari akan hujan dan ribut.
Mengikut istilah orang ke laut, ia dipanggil 'pokok ari'.
"Pokok ari macang dok molek hari ni, macang nok ujang." - Media11
No comments: