MISTERI TARIAN ULIK MAYANG --BAHAGIAN 1
Masyarakat Melayu pada zaman dahulu terkenal dengan kekayaan keseniannya yang diperturunkan dari zaman ke zaman. Antara kesenian Melayu yang diperturunkan pada zaman dahulu dan masih diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini adalah seni tari Melayu. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(2007), tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Manusia awal menggunakan tarian untuk alat berkomunikasi dengan roh nenek moyang yang dipercayai oleh mereka apa yang dirujuk pada hari ini sebagai fanomena semula jadi, seperti ribut petir, gempa bumi, letupan gunung berapi, kemarau dan seumpamanya. Penduduk awal kawasan ini mengadakan aktiviti ritual untuk memberi makna pada kehidupan mereka dalam lingkungan persekitaran fizikal dan rohani mereka. Mereka mengamalkan animisme, mempercayai kewujudan semangat dalam persekitaran semula jadi,misalnya sungai, gunung, laut dan hutan. Oleh itu, mereka mencipta ritual-ritual yang yang lengkap serta mengandungi pergerakan berbentuk gerak tari (Mohd. Ghouse Nasuruddin 1994:1) . Salah satu contoh seni tari masyarakat Melayu yang telah dianggap ritual adalan tarian ulek mayang. Tarian ulik mayang merupakan tarian yang mengandungi unsur. pemujaan. Ulek mayang ialah tarian keasyikan keagamaan pra Islam diiringi oleh nyanyian dan muzik di Terengganu, berasal dari sebuah pulau berdekatan tidak dikenali di mana orkestra Melayu, mengandungi gendang, gong, biola dan accordion dan sebagainya. Ulit atau ulek merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus . Biasanya persembahan ini berlansung pada waktu malam apabila tiba musim puja pantai. Selain itu, Ulik Mayang turut ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari.
Namun begitu, pada zaman sekarang ulek Mayang dijadikan sebagai seni persembahan Melayu yang boleh dianggap seni teater muzika kerana di dalamnya terdapat perbagai seni persembahan seperti pantun yang dilagukan, tarian mengikut lagu dan irama, serta dilakonkan oleh watak-watak tujuh orang puteri, watak pawang atau bomoh dan pesakit (Zaiful:2010). Segala unsur-unsur mantera di dalam lirik lagu ulik mayang juga turut diubah setelah kedatangan Islam.
No comments: