APM Terengganu terima sebuah lagi bot Amphibious Sealegs

Che Adam menerima penyerahan bot Amphibious Sealegs itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

KUALA TERENGGANU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu menerima sebuah lagi bot Amphibious Sealegs bernilai RM684 ribu bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengurusan bencana di negeri ini semalam.

Pengarah APM Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, bot 'dua alam' tersebut dibekalkan sebagai persediaan menghadapi monsun Timur Laut yang dijangka bermula antara Disember hingga Mac depan.

"Kenderaan ini amat sesuai digunakan bagi kerja-kerja menyelamat dan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir kerana ia mampu bergerak di air serta darat.
"Aset baharu yang diterima ini merupakan penambahan kepada aset sedia ada. Kita harap bot ini akan melancarkan lagi perkhidmatan APM dalam membantu mangsa-mangsa yang memerlukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Terdahulu, majlis penyerahan bot Amphibious Sealegs itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam. - K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.