BENGKEL MEJA BULAT TANGANI GEJALA SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR




 PEMADAM daerah Kuala Nerus mengadakan perbincangan meja bulat dalam usaha mengatasi gejala kurang sihat di kalangan pelajar menengah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, baru-baru ini.

Bengkel meja bulat dengan kerjasama Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Kuala Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) itu diadakan
di Quinara Al-Safir Resort,Tok Jembal, Kuala Nerus.

Perasmian disempurnakan wakil Pegawai Daerah Kuala Nerus, Fairul Hisyam manakala Prof Madya Dr Berhanundin Abdullah bertindak sebagai moderator.

Perbincangan selama satu hari itu memfokuskan masalah disiplin dan gejala sosial membabitkan pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, SMK Kompleks Seberang Takir dan SMK Kompleks Gong Badak.

Naib Pengerusi PEMADAM Kuala Nerus, Àzmi A Aziz berkata, PEMADAM daerah Kuala Nerus sentiasa memantau perlakuan dan aktiviti pelajar khususnya diluar waktu persekolahan agar generasi akan datang bebas sebarang unsur negatif yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

"Perbincangan ini turut dihadiri pengetua sekolah, kaunselor, guru disiplin, warden, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan pegawai perhubungan polis setiap sekolah.

"Manakala agensi kerajaan yang terlibat, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Jabatan Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Ketua Polis Balai Gong Badak," katanya.

Selain itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Pengarah ATRA, Kemas Parlimen Kuala Nerus dan Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu serta
Pengerusi J3K dalam DUN Seberang Takir, Pengerusi KRT dan presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Terengganu (PKKRCJT).

No comments:

Powered by Blogger.