Jenazah tragedi letupan tangki selamat dikebumikan





KUALA TERENGGANU - Jenazah Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam tragedi letupan tangki minyak di kilang simen, Jalan Kuala Garing, Rawang, kelmarin, selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham yang tiba di sini jam 9 pagi dengan van jenazah terus dibawa ke Masjid Kampung Batin, Kuala Nerus, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggul Pauh, Kuala Nerus .

Anak saudara Allahyarham, Nurul Ashma Zulkipli, 32, berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menguruskan urusan pengebumian mangsa, termasuk Kerajaan Negeri yang menanggung kos membawa pulang jenazah ke Terengganu.

“Alhamdulillah, segala urusan sudah selesai dan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu melancarkan urusan pengebumian,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Kesemua mangsa yang merupakan pekerja warga tempatan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam tangki berkenaan.

Ketika kejadian, ketiga-tiganya sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka jatuh ke dalam.sumber :sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.