Kaunter manual LAJSM 2017 di Batu Burok Beach Resort


Berminat untuk menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendaftar?

Jangan bimbang, caranya mudah sahaja.

Pihak Sekretariat LAJSM 2017 kini membuka kaunter pendaftaran secara manual di Batu Burok Beach Resort bermula dari pukul 11 pagi hingga 4 petang, pada setiap hari.

Kaunter manual ini akan beroperasi hingga 30 Jun.

Jadi apa tunggu lagi, pakat serbu ramai-ramai deh. Media 11 difahamkan crew sekretariat sedang menanti kehadiran anda dengan senyuman terpaaaaaaling manis di sana.



Bagi yang mahu mendaftar secara online, sila klik link di bawah:

http://www.racexasia.com/event/larian-antarabangsa-jambatan-sultan-mahmud/

LAJSM 2017 yang bertemakan Let’s Vacayrun! akan diadakan pada 23 September depan.


P/s : Alang-alang datang ke sini mendaftar bolehlah singgah ke bazar Ramadan Batu Burok untuk membeli juadah, kita pakat buka bira pata :)

No comments:

Powered by Blogger.