TERENGGANU KENAL PASTI KELEMAHAN PASUKAN




PENGENDALI pasukan Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan tiga kekalahan yang dialami mereka dalam aksi persahabatan sepanjang bulan Ramadan itu tidak mengganggu persiapan untuk menyambung kembali aksi liga dan kempen Piala Malaysia penghujung bulan ini.

Sebaliknya, Irfan berkata, kekalahan itu sedikit sebanyak membantunya dalam mengenal pasti kelemahan pasukan seterusnya merancang persiapan terbaik buat pasukannya.

Tiga perlawanan yang diharungi skuad Penyu menyaksikan kem Terengganu tewas 1-2 ke atas Felda United (14 Jun), sebelum melakarkan keputusan seri 3-3 bertemu Pahang Sabtu lalu dan gagal menyaingi kekuatan Kelantan apabila tunduk 0-1 dalam aksi persahabatan terakhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Mengulas lanjut ketiga-tiga keputusan yang tidak memihak kepada Terengganu itu, Irfan memberi gambaran, perancangan lebih mantap akan dilakukan dalam usaha memastikan mereka mampu kembali mewarnai saingan Liga Super musim depan.

Katanya, walaupun mereka gagal mencipta kemenangan tetapi kemahuan yang ditunjukkan kesemua pemain dalam mencipta kebangkitan nyata memberi petanda positif buat mereka untuk menampilkan aksi lebih berbeza sebaik saingan liga kembali bersambung.

“Kalau kita lihat sepanjang perlawanan terbabit pemain-pemain terlalu ghairah dalam melakukan serangan sehinga menyebabkan jentera tengah kosong dan dimanfaatkan pasukan lawan untuk menjaringkan gol.

“Jadi saya ingatkan pemain bahawa 15 minit pertama sangat penting kerana ia mampu menentukan rentak perlawanan, bagaimanapun saya berpuas hati apabila mereka (pemain) telah menunjukkan karekter yang sangat bagus sepanjang tiga perlawanan tersebut,” katanya. -SINAR HARIAN

No comments:

Powered by Blogger.