MISI BERMULA.
Semangat dan iltizam membara mengiringi misi 20 pendaki untuk menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.
Pengembaraan yang turut disertai media Terengganu bermula secara simbolik hari ini, apabila diraikan pada acara pelepasan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Mamat di Perkarangan Wisma Darul Iman.
Rozailan berharap misi kumpulan itu untuk menawan puncak tertinggi di Sulawesi Selatan itu tercapai dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Kumpulan pendaki ini bukan sahaja mahu mencabar diri dalam aktiviti lasak yang menguji mental dan fizikal, malah inisiatif ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi
Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3,487 meter itu pada 3 Oktober ini.
Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysi Negeri Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.
No comments: