Balai bomba kategori D untuk pedalaman
KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bercadang membina 17 balai bomba kategori D dengan peruntukan RM51 juta di seluruh negara tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarahnya (Pembangunan), Datuk Amer Yusof, berkata kertas cadangan untuk projek dianggar menelan kos RM3 juta setiap satu itu akan dikemukakan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mengikut cadangan, katanya, kemudahan dilengkapi peralatan memadam kebakaran bersama sebuah kenderaan bomba itu, akan dibina di kawasan pedalaman.
"Balai bomba kategori D akan menempatkan 90 peratus pegawai bomba bantuan terlatih sebagai barisan hadapan untuk kerja penyelamat serta memadam kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba dari balai kategori A atau B.
"Anggota bantuan akan diberi latihan oleh JBPM untuk memahirkan mereka memadam kebakaran dan menyelamat dengan cekap serta berkesan sama seperti anggota bomba sepenuh masa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan di Dewan Besar JBPM negeri, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah JBPM negeri, Azlimin Mat Noor.
Amer berkata, setakat ini JBPM mempunyai 1,577 pegawai dan anggota bantuan di seluruh negara, selain 13,000 pasukan bomba sukarela.
Mengulas keperluan membina balai bomba kategori D terutama di kawasan pedalaman, beliau berkata, faktor taburan balai bomba dan bilangan anggota tidak seimbang dengan keluasan kawasan sudah diambil kira.
Katanya, kemudahan itu mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menepati masa tindak balas yang dijadikan kayu pengukur utama perkhidmatan kecemasan.
"Sehingga kini, purata pencapaian masa tindak balas bawah 10 minit adalah 60 peratus atau kira-kira 43,200 daripada 72,000 panggilan kecemasan berbanding 80 peratus di negara maju.
"Pencapaian masa tindak balas mampu ditingkatkan jika JBPM mempunyai taburan balai bomba termasuk balai bomba kategori D yang cukup di lokasi strategik terutama pedalaman," katanya.
Sumber BH Online

No comments: