5 JALAN DI DEARAH DUNGUN AKAN DITUTUP SEAWAL 6 PAGI

LIMA jalan di daerah Dungun akan ditutup sempena program Ekspresi 1 Malaysia yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi esok.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, tiga daripada lima jalan terbabit akan mula ditutup dari 6 pagi hingga 6 petang.



"Jalan terbabit iaitu Jalan Nibong Stesen dari simpang kubur Syed Yahaya ke Arena Merdeka serta persimpangan Mazium Dungun ke Arena Merdeka dan Jalan Mustaffa, bersebelahan padang Arena Merdeka ke sekitar Pejabat Agama dan Pejabat daerah," katanya.

Katanya, selain itu tiga jalan turut ditutup iaitu Jalan Teluk Lipat dari lorong kedai nelayan sehingga simpang tiga jalan Teluk Lipat, Bulatan Masjid Tengku Intan Zaharah ke pejabat Agama dan Pejabat Daerah.

"Bagaimanapun anggota kami akan memberi arahan kepada pengguna jalan raya untuk melencongkan ke beberapa arah jalan altenatif.

“Anggota kami yang ditugaskan secukupnya akan membantu orang ramai dan saya berharap agar orang ramai mematuhi arahan yang kami arahkan sebagai mengelak kesesakan," katanya.

Ahmad Zailani berkata, pengunjung yang akan ke program terbabit boleh meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang disenaraikan.

"Lokasi terbabit adalah kawasan Muzium Dungun, sebelah gelanggang tenis Jalan Nibong, tempat letak kereta Pejabat Agama, Jalan Nibing, Jalan Mahkamah serta Jalan Pantai," katanya.

Program Ekspresi itu dijangka dihadiri 20,000 penduduk.


SUMBER : MYMETRO

No comments:

Powered by Blogger.