PERKHEMAHAN SANTAI KELUARGA BERI PENDEDAHAN REKREASI PADA ANAK-ANAK

Kredit foto : Amazing Terengganu
Program camping santai yang buat julung kalinya diadakan berlangsung dengan jayanya di Laguna Setiu Agro Resort, Setiu Wetland. Perkhemahan santai berkonsep keluarga ini berlangsung selama 2 hari 1 malam ini disertai pelbagai latarbelakang peserta seramai hampir 100 orang.

Program ini merupakan anjuran komuniti rekreasi di Terengganu yang dikenali sebagai Terengganu Recreation Club dengan Kerjasama Jenoba Outdoor dan turut disokong oleh kelab kelab rekreasi Terengganu seperti Terengganu Backpackers dan Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu dan Kelab Media Eksplorasi Terengganu.

Objektif utama program adalah menjadikan program ini sebagai platform  bagi mengumpulkan penggiat dan peminat sukan rekreasi luar @aktiviti outdoor dalam satu program santai di samping memberi peluang  keluarga turut serta dalam pelbagai aktiviti.

Disamping itu juga, program ini memberi peluang kepada keluarga peserta  pendedahan awal aktiviti outdoor kepada anak anak dengan pelbagai aktiviti.

Kredit foto : Amazing Terengganu
Seperti nama program, tempat ini sangat santai dan unik kerana kawasan perkhemahan ini seperti sebuah pulau, dihadapannya adalah pantai  yang cantik manakala dibelakangnya terhampar pesisir sungai paya bakau.

Seronok dan terujanya apabila buat pertama kalinya para peserta berpengalaman dapat mengikuti aktiviti mandi sungai sambil mencari pelbagai hidupan Sungai Paya Bakau.  Antaranya Lokan, Kerang, Kepah, Kekapis dan Tiram. Sebahagian peserta juga mengambil kesempatan memancing serta bermaik kayak menyusuri sungai dikawasan setiu wetland ini.

Walaupun keletihan aktiviti di sungai, peserta bertambah seronok apabila dapat mengikuti sesi BBQ hidupan laut hasil tangkapan disungai sambil makan beramai-ramai di kawasan perkhemahan. Setiap keluarga juga diberi pendedahan kepada anak-anak bagaimana memproses masakan nasi menggunakan buluh.

Kredit foto : Amazing Terengganu
Melalui program ini juga, pada sesi campfire, semua peserta dapat berkongsi cerita dan pandangan perkembangan sukan rekreasi luar di Terengganu disamping mengenali lebh]ih dekat dan ukhuwwah antara satu sama lain.

Dengan pengalaman yang dilalui ini, semestinya kawasan laguna dan setiu wetland ini sangat indah dan damai serta mempunyai keunikan yang tersendiri yang harus dipromosikan dengan lebih giat lagi sebagai produk pelancongan ‘Nature & adventure’ yang hebat di Setiu, Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu
Manfaat yang dapat dilihat melalui program ini, ianya memberi peluang kepada peserta masa yang berkualiti bersama keluarga melalui konsep outdoor. Ianya juga berjaya memberi pendedahan kepada anak anak tentang alam semulajadi dan apa yang kite boleh belajar darinya. Disamping itu juga, ianya membuktikan bahawa aktiviti rekreasi lebih menyeronokkan dari gajet dan telefon canggih. Selain itu juga, dapat membina ukhuwwah antara peminat dan penggiat reksreasi di Terengganu.

Harapan Semoga lebih ramai keluarga mengambil peluang menyertai aktiviti sebegini berkonsep outdoor memandangkan ianya mampu memberikan pelbagai nilai murni kepada keluarga terutamanya anak-anak yang sedang membesar.


Muhammad Irewan Abd Jalil

Penyelaras Program

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu


Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

Kredit foto : Amazing Terengganu

No comments:

Powered by Blogger.