Aduan Rasmi Pejabat Menteri Besar Terengganu







KUALA TERENGGANU 29 Nov. - Talian Hotline Pejabat Menteri Besar diperkenalkan sebagai salah satu lagi saluran memudahkan orang ramai menyampaikan sebarang maklumat, aduan dan permasalahan agar dapat diurus atau diselesaikan.

Dengan tagline ‘Mudoh Sokmo’, orang ramai kini boleh berbuat demikian secara rasmi termasuk melalui panggilan telefon, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ini dapat disalurkan secara bersepadu antara kerajaan negeri sebagai tenaga sokongan kepada jabatan, agensi agensi atau kementerian yang berkaitan.

Selain itu, jelas beliau, pendekatan baharu itu akan turut membantu kepemimpinan negeri

mengenal pasti isu-isu semasa dan kritikal yang diterima dengan khidmat kemudahan komunikasi 24 jam yang ditawarkan.

Talian dilancarkan oleh Ahmad Razif selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini serentak dengan Majlis Penyampaian Dividen Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TISB) kepada Pemegang Saham.

“Orang awam boleh boleh mengutarakan apa sahaja isu, permasalahan serta aduan di talian 09 6225994 (waktu pejabat) dan 012 6103900 (luar waktu pejabat),” ujarnya.

Katanya, fokus pentadbiran negeri dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat akan dapat dipertingkatkan selari dengan Prinsip Inklusif ‘suara rakyat suara keramat’ dalam agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB). - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Powered by Blogger.