Kanak-kanak lumpuh seronok, bangga berkhatan




HULU TERENGGANU 16 Dis. - Suasana yang sangat mengujakan dilalui oleh Zakry Aminuddin Zanfori,11, anak Orang Kurang Upaya (OKU) bersama kembarnya apabila diraikan dalam Majlis Berkhatan Perdana Dewan Undangan Negeri Telemong di sini hari ini.

Detik-detik meniti kedewasaan itu baginya yang lumpuh sejak dilahirkan pasti tidak akan dilupakan, apabila turut diusung dalam perarakan
 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu, Datuk Rozi Mamat.




“Semalam ada juga rasa takut tapi sekejap je...lepas tu hilang bila dengan kawan-kawan. Masa Cikgu Rozi dukung saya...rasa bangga sangat, tak dapat nak cerita.

“Seronok kerana dapat berkhatan beramai-ramai, rasa tak sabar menunggu giliran,” ujarnya.

Dia dan kembarnya, Zakry Amiruddin yang ditemani ibunya, Rohaya Ismail, 29, merupakan antara 100 kanak-kanak yang menyertai program itu di Sekolah Kebangsaan Tengkawang.

Kesemua kanak-kanak itu diarak dengan lima buah tandu berhias sebelum disiram oleh pihak Bomba Kuala Berang.

Sementara itu, Rozi berkata, upacara itu merupakan tradisi tahunan pada setiap kali cuti persekolahan khusus bagi membantu mereka dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Khatan percuma beramai-ramai ini lebih meriah, dan menggembirakan kanak-kanak.

“Kita akan teruskan usaha ini yang akan memberi kenangan manis zaman kanak-kanak yang mereka lalui,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.