IMPIAN PERDANA MENTERI TELAH TERCAPAI




KUALA TERENGGANU 29 Jun - Program Khas Haji Perdana Menteri akan diteruskan dengan kumpulan sasar lebih meluas pada tahun depan setelah hampir kesemua imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kam Impian Perdana Menteri telah tercapaipung (JKKK) di seluruh negara berpeluang mengerjakan ibadat itu.

Pengerusi jawatankuasa program tersebut, Datuk Jailani Ngah berkata, `hadiah’ paling bermakna dalam kehidupan itu akan diberikan pula kepada kalangan bilal, kakitangan kerajaan, pesara guru dan penggerak badan bukan kerajaan (NGO).

Juga kepada bekas pemimpin politik tempatan, selain bekas pengerusi JKKK dan bekas imam yang telah menyumbang kepada masyarakat dan negeri melalui lapangan masing-masing,”ujarnya.


Katanya, impian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar kesemua pemimpin di peringkat akar umbi itu diberi penghargaan dalam bentuk sedemikian sudah tercapai melalui program yang dirintis tujuh tahun lalu.


“Sejak 2011 hingga tahun ini seramai 5,711 terutamanya pengerusi JKKK dan imam yang belum menunai ibadat haji telah mendapat manfaat. Malah di beberapa negeri hampir kesemua telah berpeluang,”jelas beliau.


Jailani menyatakan demikian kepada pemberita dalam Majlis Penyerahan Surat Jemputan Program Khas Haji Perdana Menteri 2017 kepada 87 bakal jemaah yang dipilih dari negeri ini, di sini hari ini.

Mereka merupakan kalangan 1,100 orang dari seluruh negara termasuk penggawa, wakil yayasan pondok, institusi tahfiz, media dan tok batin yang berpeluang menunai ibadat haji secara percuma tahun ini.


Penyerahan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Mereka dijadualkan akan berlepas pada 9,10 dan 11 Ogos depan.


Menurut Jailani, meskipun telah mencapai matlamatnya, program ini diteruskan berdasarkan permintaan berterusan kalangan masyarakat.-UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.