Iftar Geng Kolloh Ladang 1987-1991


Walaupun sudah 26 tahun meninggalkan alam persekolahan namun, jalinan persahabatan antara bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang (SMASZAL) bagi sesi 1987-1991 tetap utuh hingga kini.


Hari ini mereka sekali lagi berkumpul bagi meneruskan tradisi berbuka puasa bersama-sama yang menjadi amalan sejak 2012 lagi.


Menurut wakilnya, Mohd. Hasbi Othman, 43 , biarpun majlis iftar itu cuma dapat dihadiri oleh 18 orang ekoran kekangan tugasan tetapi, suasananya cukup meriah seperti pengalaman tahun-tahun sebelumnya.


"WhatsApp merupakan platform utama kami berhubung dan menjejaki rakan-rakan. Sehingga kini terdapat seramai 127 ahli dalam group Geng Kolloh Ladang yang saya kendalikan itu dengan yang paling jauh berada di Perlis dan Johor.


"Majlis hari ini dibuat di Restoran Tenang Seafood dan selain berbuka kita turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah," katanya kepada Media 11.




Mohd Hasbi berkata, sebagai kelainan dalam menyambut Aidilfitri kali ini, Geng Kolloh Ladang turut merancang untuk mengadakan majlis itu di sekolah mereka.


SMASZAL yang merupakan antara sekolah tertua di Terengganu telah melahirkan ramai tokoh pemimpin termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad; Pengerusi TV AlHijrah, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor di samping Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah


Orang ramai yang mempunyai cerita menarik dan mahu disiarkan boleh PM ke 
facebook.com/Media11.my/


No comments:

Powered by Blogger.