ANAK TERENGGANU CIPTA SEJARAH DI SYDNEY AUSTRALIA


Rakyat Terengganu, mencipta sejarah apabila di beri penghormatan kali pertama untuk mengimamkan solat Sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah raya dalam bahasa Inggeris. 

Ustaz Haji Mohd Zaki Mat Yakim, Penolong Pengarah Tajaan Dan Transformasi Mahasiswa Yayasan Terengganu 43 tahun, di beri penghormatan tersebut di hadapan 1000 masyarakat Islam pelbagai bangsa yang menetap di sekitar New South Wales.

Solat Hari Raya  dimulakan jam 8.30am  di  Robyn Webster Sport Club, Tempe NSW, dan tahun ini merupakan tahun akhir di adakan di situ memandang kan pihak berkuasa tempatan tidak lagi membenarkan lokasi itu, di jadikan tempat solat hari raya.

Lokasi tersebut di pilih setiap tahun memandangkan , Masjid Darul Imaan, Wolli Creek tidak dapat menampung keperluan masyarakat islam di sekitar kawasan tersebut dan ia dikendalikan oleh Islamic Malay Australia Association of NSW (IMAAN)

Ustaz Haji Mohd Zaki, berada di Sydney sejak 11 Jun lalu bagi mengetuai Solat Terawih Qiyamullail di masjid tersebut.

 Program penghantaran Imam terawih di mulakan oleh Kerajaan Negeri sejak 2015, di atas permintaan pengurusan Masjid Darul Imaan NSW dan setiap tahun Terengganu menghantar 2 imam untuk bertugas sepanjang Ramadhan.

Beliau juga di beri kesempatan untuk membaca khutbah Jumaat pada 23 Jun lalu,

Sebagai memenuhi tradisi di Malaysia beliau dan 2 orang imam lain Muhammad Fitri Ahmad Nasir dari Selangor dan Mohd Hafiz bin Abd Rahim dari Pahang memulakan suasana pagi itu dengan takbir raya, dan Ustaz Mohd Zaki turut menerangkankan cara-cara mengerjakan solat sunat Aidilfitri kepada komuniti Muslim di situ.

Menurut Ustaz Mohd Zaki, 43, yang berasal dari Air Putih Kemaman, inilah sejarah dalam hidupnya,  berhari raya di negara asing dan diberi penghormatan menjadi Imam dan membaca khutbah Raya Aidilfitri sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini, apatah lagi beliau adalah anak Terengganu yang pertama di beri kepercayaan tersebut.

Sepanjang bertugas di Masjid Darul Imaan, beliau berkesempatan untuk menyampaikan tazkirah dan khatam Al Quran bersama masyarakat Melayu Malaysia, Singapura, dan Negara Timur Tengah.

Apa yang membanggakan beliau ialah nama Negeri Terengganu amat dekat di hati masyarakat islam di sini kerana mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad telah merintis jalan untuk membina Kelas Pengajian Agama di Sydney dan menubuhkan Masjid Darul Imaan. Tidak hairanlah nama Terengganu dan Malaysia amat dekat dengan komuniti di sini.

Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk menabur bakti di Sydney.

Ustaz Mohd Zaki, berharap akan ada lagi Imam dari Terengganu untuk bertugas dan berdakwah di sini dan cabaran utama mereka adalah menguasai bahasa Inggeris dan Arab kerana setiap hari masyarakat islam di sini akan bertanya pelbagai soalan dan hukum.

No comments:

Powered by Blogger.