RM7.1 juta bagi pembinaan Masjid Jambu Bongkok



Masjid baharu di Kampung Jambu Bongkok di sini yang bakal dibina dengan kos RM7.1 juta dijangka siap menjelang Oktober tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, masjid dengan keluasan kira-kira 1,300 meter persegi itu mampu menampung sehingga 1,000 jemaah.

Katanya, kerja-kerja tapak telah selesai dan kini di peringkat penanaman cerucuk awalan.

"Masjid ini akan turut dilengkapi bangunan kelas yang boleh diubah menjadi dewan," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah dan Berbuka Puasa Daerah Marang di Masjid Kampung Jambu Bongkok di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A.Latiff  Awang.

Kira-kira 2,000 orang penduduk hadir dalam majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar.



No comments:

Powered by Blogger.