Bas percuma untuk pelajar Terengganu pulang beraya

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) meneruskan komitmen dalam menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar anak negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri.

Yang Dipertua Permata Kebangsaan, Kamaruzaman Jusoh berkata, sebanyak lapan bas disediakan bagi perkhidmatan pada petang 23 Jun itu dengan enam buah bagi zon tengah 1 (Kuala Lumpur, Selangor) dan zon tengah 2 (Negeri Sembilan, Putrajaya, Dengkil, Sepang) manakala masing-masing sebuah bagi zon utara (Penang, Perlis, Kedah) dan selatan (Johor, Melaka).

"Sehingga kini kesemua lapan bas yang bakal membawa seramai 320 pelajar anak negeri sudah penuh namun, jika ada mana-mana yang tercicir di setiap zon mereka masih berpeluang membuat tempahan tempat duduk sebelum Selasa ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Kamaruzaman, program dengan kerjasama kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu itu bertujuan memastikan para pelajar tidak terkandas.

Katanya, mereka yang ingin membuat tempahan diminta memberi maklumat kepada wakil setiap zon, iaitu zon selatan, Khairunisa 014-8283360; zon tengah 1, Hajarul 014-2119984; zon tengah 2, Damia 016-9446763 dan zon utara, Farhanah 010-9225139.

"Buat masa ini kita hanya menerima permintaan bas tambahan dari zon tengah," katanya.


No comments:

Powered by Blogger.