Polis Terengganu tingkatkan rondaan sepanjang bulan ramadhan


Polis Terengganu terus meningkatkan pemantauan dan rondaan khususnya sepanjang bulan ramadhan ini.

Ketua Polis Terengganu,Datuk Aidi Ismail berkata langkah yang dilaksanakan  itu dalam usaha mengekang kejadian jenayah curi motorsikal dan pecah rumah ketika penghuni keluar melakukan ibadat.

Justeru purata dua hingga tiga kali sehari rondaan dilaksanakan terutamanya dikawasan yang berisiko berlaku kejadian jenayah.


"Jadi kita menggerakkan kesemua elemen dalam langkah pencegahan sekaligus dapat mengurangkan kejadian jenayah di negeri ini,"katanya kepada pemberita selepas Program Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Batu Rakit,awal pagi tadi.

Jelasnya pihaknya kini memberikan tumpuan kepada 10 lokasi panas dan menjadi sasaran ekoran peningkatan kes jenayah.


Menurutnya bagi daerah Kuala Terengganu tiga lokasi diberikan tumpuan iaitu di kawasan Gong Badak,Chabang Tiga dan Kuala Terengganu.

"Manakala di kawasan Chukai,Kemaman,Bandar Dungun,Jerteh dan kampung Raja bagi daerah Besut,Bandar Marang,Ajil,Hulu Terengganu serta Permaisuri,Setiu.

No comments:

Powered by Blogger.