Konflik Asia Barat tidak jejas urusan jemaah haji


KUALA TERENGGANU 6 Jun – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi jaminan konflik yang berlaku di Asia Barat berikutan keputusan beberapa negara memutuskan hubungan dengan Qatar, tidak akan menjejaskan urusan keseluruhan 33,000 jemaah haji negara yang bakal me­nunaikan ibadah itu tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, segala aspek gerak kerja terma­suk soal perjalanan serta hal-hal lain sudah diatur dengan rapi dan Tabung Haji akan tetap meneruskan penghantaran jemaah sebagaimana yang dijadualkan.

Oleh itu, katanya, bakal-bakal jemaah tidak perlu bimbang dengan perkembangan pergolakan tersebut kerana apa yang lebih mustahak menumpukan terhadap ibadah di samping patuh kepada arahan yang ditetapkan para petugas haji di Tanah Suci.

“Kita tidak nampak isu Asia Barat memberi masalah mahu pun gangguan (kepada jemaah) jadi, kita akan meneruskan membawa jemaah pergi ke Mekah dan Madinah.

“Tabung Haji sudah mengeluarkan surat kelulusan dan telah diterima jemaah, dengan penerbangan pertama dijangka berlepas pada 24 Julai ini diikuti penerbangan terakhir pada 24 Ogos depan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak 2017 Parlimen Kuala Nerus di Hotel Tabung Haji di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

Menurut Abdul Azeez, Tabung Haji mempunyai pengalaman luas dalam melaksanakan tanggungjawab itu dan sentiasa akan memantau keselamatan setiap bakal-bakal jemaah.

“Kita ada semua jentera, gerak kerja dan petugas haji, jemaah hanya perlu mengikut sahaja arahan Insya-Allah selamat,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.