Putus hubungan diplomatik, rakyat Malaysia diminta bertenang

Kira-kira 5000 rakyat Malaysia yang berada di Qatar sekarang ini dinasihatkan bertenang dengan situasi ketegangan politik yang sedang berlaku kerana sebarang langkah tergopoh gapah, boleh menjadikan keadaan sediada lebih buruk lagi.

Nasihat penting itu datang daripada Presiden Persatuan Penduduk Malaysia di Qatar (MAQ) Encik Mohd Redzuan Nordin, 60 ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau mengakui ada segelintir rakyat Malaysia agak panik dengan situasi terkini kerana banyak penerbangan yang terpaksa dibatalkan,  apatah lagi menjelang musim perayaan sebegini.

"MAQ mengambil langkah yang proaktif untuk menenangkan rakyat Malaysia di sini demi mengelakkan spekulasi yang timbul.

Antara langkah yang harus diambil adalah bersiap sedia dengan apa kemungkinan akan berlaku.

Selain itu bertenang dengan keadaan yang seumpama ini buat masa ini," kata beliau.

Tambah beliau lagi, MAQ akan bekerjasama dengan pihak kedutaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia dalam keadaan selamat, sekiranya berlaku kecemasan.

Beliau meminta saudara mara dan seluruh warga Malaysia bertenang, kerana keadaan mereka baik, tidak menerima berita dari pihak yang tidak bertanggungjawab serta mendoakan keselamatan mereka di Qatar.

No comments:

Powered by Blogger.