J3K TELUK KETAPANG BANTERAS IKLAN PINJAMAN HARAM


Kuala Nerus: Biro Keselamatan J3K Kampung Teluk Ketapang menurunkan sebanyak 131 iklan pinjaman yang tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang ditampal di sekitar kampung berkenaan.

Operasi diketuai Ketua Skuad SRS/KRT Teluk Ketapang, Zainuddin Awang dilakukan bersama lima anggota bermula jam 8.30 hingga 10 malam, semalam.

Tumpuan operasi ialah di beberapa kawasan antaranya belakang stesen minyak Shell, Sekolah Kebangsaan (SK)Teluk Ketapang, Kg Telaga Daing, Perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kawasan sekitar kem Rejimen Askar                                                             Melayu DiRaja (RAMD) Seberang Takir.

 Pengerusi J3K Teluk Ketapang, Md Azmi A Aziz berkata,
operasi itu dilakukan susulan aduan dan rungutan penduduk yang tidak selesa dengan 'kehadiran' iklan berkenaan di sekitar kampung dan taman perumahan.


Katanya, pihaknya akan meningkatkan operasi dan rondaan bagi memastikan keselamatan kampung terjamin daripada sebarang gangguan samada dalam bentuk jenayah, dadah dan pencerobohan anasir tidak sihat.



No comments:

Powered by Blogger.