Tak glamor pun tak apa lah
TUAH nyata berpihak kepada lelaki hanya dikenali Sulaiman Patin dari Paka, Dungun, apabila diumumkan juara pertandingan memancing dengan membawa pulang wang tunai RM105,000 di Tasik Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Sulaiman yang berusia dalam lingkungan 30-an, berjaya menaikkan ikan patin seberat 4.58 kilogram.
Dia bagaimanapun tergesa-gesa meninggalkan tapak pertandingan, tidak sampai dua minit selepas menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM105,000, kerana dipercayai diselubungi perasaan bimbang.
Malah, permintaan wartawan dan jurugambar untuk menemubualnya juga tidak diendahkan.
Pengurus pertandingan Anudin Abdul Ghani berkata, Sulaiman sering menyertai dan memenangi pertandingan memancing bersama dua lagi adik-beradiknya.
Mungkin selepas ambil hadiah kemenangan tadi, dia (Sulaiman) bimbang dirompak atau diapa-apakan sebab itu dia terus berlalu pergi.
“Sesiapa pun pasti risau sekiranya pegang wang tunai lebih RM100,000,” katanya kepada Harian Metro di lokasi pertandingan.
Seramai 5,500 peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia dan Thailand mengambil bahagian pada pertandingan itu yang menawarkan hadiah terbesar iaitu wang tunai keseluruhan berjumlah RM200,000.
“Juara membawa pulang RM105,000, tempat kedua RM12,000, ketiga RM5,000, keempat RM2,000, kelima hingga ke-10 RM1,000 dan ke-11 hingga ke-100 RM700.
“Pertandingan hari ini ialah penutup bagi 2017 selepas kami menganjurkan tiga siri jelajah sebelum ini,” katanya.
No comments: