Terpegun bertemu 'dua' Siti Nordiana





Kuala Terengganu: Terpegun seketika penonton yang datang menyaksikan Pertandingan Permai Pop Star 2017 di Hotel Permai apabila bertemu ‘dua’ Siti Nordiana.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka bukanlah kembar atau saudara dekat Siti Nordiana, sebaliknya anak jati bandar raya ini yang berwajah seiras penyanyi tersohor itu.
Menurut Faraswati Ismail, 27, ramai kenalan memberitahu wajahnya sama seperti Siti Nordiana sehingga kerap memanggilnya dengan nama Nana.
“Sejak hampir 10 tahun lalu memang kawan-kawan panggil saya Siti Nordiana atau Nana kerana menurut mereka wajah kami seakan-akan sama.


“Malah, ada juga orang tidak dikenali ingin mengambil gambar bersama kerana menyangkakan saya penyanyi itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas pertandingan itu.
Menurutnya, dia sebenarnya malu apabila orang menggelarnya Nana dan memberitahu wajah mereka seiras.
“Bimbang juga dicemuh dan dianggap perasan serta cuba mencari populariti murahan dengan cara itu sedangkan hakikatnya saya tidaklah secantik Nana.
“Bagaimanapun, memang teruja jugalah bila ada yang menyamakan saya dengan Nana,” kata ibu kepada putera bernama Wan Mohammad Aqif Zhafran Wan Amir Farhan, 2, itu.
Faraswati berkata, dia sememangnya meminati Siti Nordiana dan sudah lama menyimpan hasrat untuk bertentang mata dan bergambar bersama penyanyi itu.

No comments:

Powered by Blogger.