FREE INTERNET SEMINGGU




Kuala Lumpur: Pengguna Celcom akan menikmati data percuma bagi melayari Facebook (FB) dan Whatsapp selama seminggu dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada 25 April ini.

Maklumat itu disiarkan dalam FB Celcom, hari ini, berikutan masalah gangguan Internet bagi melayari FB, Whatsapp dan Instagram sejak dua minggu lalu.

Selain bakal mengumumkan data percuma bagi melayari FB dan Whatsapp, Celcom turut mengumumkan bahawa penambah-baikan bagi melayari FB sedang dijalankan dan dijangka selesai pada 28 April ini.

Sementara itu, masalah gangguan Internet dalam kalangan pengguna Celcom mengundang kemarahan mereka.

Pemilik akaun FB dengan nama Mohd Hazreeq, memberi komen di FB Celcom meminta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil berat isu ini.

"Diminta pihak SKMM mengambil berat kes ini. Semua pengguna Celcom teraniaya dengan kejadian ini dan tidak ada keputusan timbal balik yg adil bagi kejadian yang berlaku. Kami tetap kena bayar bil setiap bulan pada rate (harga) yang sama sedangkan servis yang diberikan sangat menghampakan pengguna," katanya.

Selain itu, pemilik akauan FB dengan nama Mohd Fuad pula menulis di status FB bahawa kerjanya tergendala gara-gara masalah gangguan internet.

"Sekali masuk Whatsapp, beratus selepas senyap '10 tahun'. Dekat dua minggu dah macam ni. Meeting (mesyuarat) re-schedule (ditunda) ke 11.15 pagi tapi disebabkan baru dapat mesej menyebabkan saya membuang masa hampir satu jam di One Utama. Banyak benda lain lagi boleh dibuat," katanya.


No comments:

Powered by Blogger.