Saya sudah banyak habis duit: DSV




Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, 46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menjanjikan sesuatu yang gempak sekembalinya dari luar negara dalam masa terdekat.
 
 Baginya, tahun 2017 yang dilaluinya setakat ini penuh dengan onak ranjau termasuk penceraiannya hingga menjejaskan tumpuannya terhadap perniagaannya.
 
 Isu GST hingga mengheretnya ke mahkamah dan juga runtuhnya rumah tangganya membuatkan usahawan tersohor itu bagai tenggelam.

  Bagaimanapun, Datuk Seri Vida yang turut dikenali dengan tagline `Qu Puteh' ketika ini bercuti di luar negara bersama anaknya berjanji akan bangkit semula dengan empayar perniagaannya.
  
"Saya perlukan sedikit masa untuk berehat dan merangka semula strategi perniagaan serta tidak mahu lagi terganggu dengan perkara lain selepas ini.

  "Selain perniagaan, saya juga mahu memberi tumpuan dan lakukan yang terbaik kepada anak-anak yang sentiasa menyuntik semangat saya selama ini," katanya.

  Datuk Seri Vida pada 13 Oktober tahun lalu didakwa dengan 32 pertuduhan kerana gagal mengemukakan penyata dan membayar GST untuk tempoh berkenaan serta mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan.

  Bagaimanapun, pada 15 Disember tahun lalu beliau menukar pengakuan kepada bersalah bagi 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan dikenakan denda RM80,000, manakala bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar dia mengekalkan pengakuan tidak bersalah serta minta dibicarakan.
  
    Mahkamah Sesyen di Ipoh pada 9 Mac lalu, 16 pertuduhan terhadap wanita itu kerana gagal membayar GST pada April 2015 hingga Julai 2016 ditarik balik selepas jutawaan kosmetik itu membayar kesemua cukai berkenaan sebanyak RM4.2 juta.
  
Pada awal April lalu juga, Datuk Seri Vida disahkan bercerai dengan suaminya, Ahmad Zainuddin, 39, selepas pasangan berkenaan berkahwin pada Januari 2014.
  
Perkahwinan ketiga usahawan wanita itu terlerai selepas perceraian mereka dilafazkan bekas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Perak di Ipoh.

No comments:

Powered by Blogger.