KELOMPOK JURUFOTO SEBUMBUNG DI TANOH KITE II

Sebahagian yang terlibat dalam pameran Tanoh Kite II

Pengisian Duyong Art Festival 2017 mengorak langkah lebih positif hasil kesinambungan dari Tanoh Kite tahun lalu yang mana kali ini pameran fotografi yang memaparkan momen-momen hasil bidikan menyatukan jurufoto pelbagai genre dibawah satu tema di bumi Terengganu.

15 jurufoto daripada pelbagai latar usia dan kerjaya iaitu Tolehah Muda, Warna Iman, Didiz Rushdi, Fuad Abdullah, Mokhtar Ishak, Mamood Safarwan, Wira Utama, Wm Soo, Hafiz Markzzaki, Palie Massa, Fook Seek, Lokman Hamid, Fadzly Mubin, Robi Obies dan Azlan Bahrum.

Fook Seek nama hebat pada era 60an turut tampil dengan karya yang dihasilkan satu ketika dahulu sudi sebaris dengan karya-karya muda kini.

Kurator program, Hakim Sattu berkata, proses pemilihan kali kali ini lebih rumit dan agak cerewet untuk mendapatkan karya dengan penceritaan berkaitan tema namun mendapat kerjasama yang baik.

"Kerjasama dari jurufoto terlibat agak rumit namun kami berpuas hati dapat mengumpulkan karya-karya yang hebat dalam pameran foto 'Tanoh Kite II' ini.

"Lokasi kali ini juga sangat sesuai di mana kami telah diberi peluang menghidupkan Kota Lama Duyong dengan aktiviti pameran foto. Lokasi ini juga sarat dengan cerita sejarahnya tersendiri" tambahnya lagi.

Kurator 2 program, Ghazali Kori berkata, edisi kali kedua itu merupakan salah satu inisiatif Duyong Art Gallery bagi mengetengahkan serta memartabatkan hasil karya mereka pada mata masyarakat.

"Karya-karya yang dipamerkan itu mengangkat persoalan dari perspektif/naratif merentasi nuansa alam, figuratif dan budaya serta kehidupan yang sekali gus menjadi simbol dan kekuatan semangat," katanya.

Majlis pelancaran pameran disempurnakan oleh Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abullah.

Pameran Tanoh Kite II berlangsung dalam tempoh dua minggu bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.- Media11


Barisan jurufoto menyertai pameran Tanoh kite II


No comments:

Powered by Blogger.