Pesta Gol T-Team

 

Pasukan T-Team bagaikan melepaskan geram selepas membelasah pasukan pilihan Kedah 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
                             
Kemenangan itu lebih manis apabila pemain sayap kiri Titans Norhakim Hassan meledak hatrik pada minit ke m37, 60 dan 64 yang juga hatrik pertama T-Team musim ini.


Kekalahan tersebut juga meleburkan rekod tanpa kalah skuad Helang musim ini selepas 10 perlawanan berlangsung.
Pelawat yang mula goyah setelah bek kanan Rizal Razali dilayangkan kad merah akibat mengetuk kepala tonggak tuan rumah Fakrurazi Musa.
Dua lagi jaringan Titans disumbangkan oleh Dilshod Sharofetdinov dan Mahmadou Samassa seawal minit ke 10 dan 45.
                           
Tuan rumah menggunakan sepenuhnya kekurangan seorang pemain Kedah dengan melancarkan serangan bertubi-tubi melalui Norhakim dan Farhod Tadjiev yang dibantu pemain lain.
Kedah cuba bangkit dengan memasukkan beberapa pemain muda untuk mengasak tuan rumah namun tidak berhasil.
Titans mendahului 3-0 pada babak pertama dan menambah dua lagi jaringan di separuh masa kedua yang jelas mengembirakan penyokong yang hadir semalam.
                             

Sementara itu pengendali T-Team Rahmad Darmawan berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang memanfaatkan peluang di depan pintu gol pelawat.
Walau bagaimanapun beliau mahu semua pemain kekal fokus untuk menghadapi perlawanan seterusnya yang akan datang.
                           
Dengan mengutip tiga mata penuh meletakkan T-Team di tangga ketujuh sementara Kedah jatuh di kedudukan ketiga Liga Super. 

No comments:

Powered by Blogger.