TERENGGANU BIJAK MEMASARKAN MAKANAN TRADISIONAL TEMPATAN DI AUSTRALIA
Terengganu kerana telah membawa makanan tempatan khususnya negeri Terengganu ke
Australia dan dipasarkan kepada lebih 60,000 orang di sana.
Datuk Sri Dr. Alex Ong, Presiden MGCC berkata Strategi Menteri Besar Terengganu untuk
memperkenalkan makanan tradisional tempatan sebagai salah satu produk pelancongan
merupakan satu tindakan yang bijak.
"Dengan perkembangan ekonomi dan pendedahan melalui pengiklanan, makanan tradisional
orang Malaysia semakin mendapat sambutan di peringkat antarabangsa" katanya.
Alex berkata, kerjasama ekonomi dengan Australia dan negara‐negara lain akan mewujudkan
banyak peluang pekerjaan untuk generasi muda, dan pada masa yang sama mereka boleh
mempromosikan perkara‐perkara menarik mengenai Malaysia.
"Kami juga berhasrat akan berbincang dengan Menteri Besar Terengganu untuk bawa nasi dagang
dan keropok lekor ke pasaran Indonesia dan Thailand, serta kedai kedai 24jam yang ada di
dalam Negara."
Kata beliau yang juga merupakan anak jati Terengganu yg dipilih sebagai Presiden MGCC yang
baru. Pelbagai cara yang diusahakan untuk menarik minat pelancong ke Terengganu sempena Visit
Beautiful Terengganu 2017.
No comments: