[Video] 3 PIX : Sejam tiket FA habis tanpa sebarang notis
Sebanyak 10,000 keping tiket mula dijual seawal jam 10.00 pagi menjelang pertemuaan separuh akhir kedua saingan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam nanti.
Rata-rata penyokong yang ingin mendapatkan tiket bagi menyaksikan sendiri perlawanan penting itu mula beratur seawal jam 6.30 pagi bagi mendapatkan tiket perlawanan tersebut, bagaimanapun difahamkan tiket habis terjual dalam masa sejam di kedua–dua kaunter pintu masuk stadium.
Meskipun sudah habis dijual, penyokong masih beratur panjang ekoran kegagalan pihak stadium mengeluarkan notis berhubung perkara itu.
Ekoran itu, sistem penjualan tiket di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terus mendapat kritikan daripada penyokong setia skuad Penyu yang menyifatkan perkara itu tidak seharusnya berlaku sehingga memaksa mereka beratur lebih daripada sejam sebelum dimaklumkan oleh pihak berkuasa (polis) untuk bersurai.- Media11
No comments: