TIKET PIALA FA JUAL PAGI SABTU





KUALA TERENGGANU 9 Mei 2017 - Tiket perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu menentang Kedah akan mula dijual kepada orang ramai di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada pagi hari perlawanan itu berlangsung, Sabtu ini.


Jurucakap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, sebanyak 10,000 keping tiket disediakan bagi perlawanan itu nanti dan ia mula dijual pukul 10 pagi di semua kaunter yang terdapat di stadium berkenaan.


Menurutnya, tiket-tiket itu dijual pada harga RM20 (berbumbung), RM10 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak dan setiap orang dihadkan membeli hanya tiga keping tiket.

Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA tempoh hari, Terengganu tewas 0-1 kepada Kedah.

No comments:

Powered by Blogger.