(VIDEO)JOM CANDAT SOTONG



         
                   Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronakan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat.

              Di negeri Pantai Timur, khususnya Terengganu aktiviti mencandat sotong adalah kegiatan ekonomi nelayan sejak dulu. Pesisiran laut yang luas dan pulau berselerak di sekitarnya menjadikan aktiviti mencandat sotong dapat dilakukan.Di Terengganu, mencandat sotong merupakan satu aktiviti pelancongan yang popular dan telah menarik minat ramai orang untuk mengalami sendiri pengalaman yang unik ini


Musim sotong di Terengganu bermula dari bulan April hingga Julai. Ketika musim ini, kawasan perairan Terengganu kelihatan seperti ‘bandar terapung’ kerana diterangi cahaya lampu dari bot-bot nelayan. Kawasan perairan/laut yang terdapat banyak sotong ialah di sekitar perairan Chendering, perairan Marang, sekitar Pulau Kapas, perairan Kuala Terengganu dan laut daerah Setiu, Besut, Dungun dan Kemaman.


Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi untuk menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan yang dipanggil ‘candat’.


Masa yang paling sesuai untuk mencandat sotong bermula matahari terbenam hingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa pulang antara 50 kilogram hingga beratus kilogram sotong semalaman jika mencandat itu kena pada lubuknya.


No comments:

Powered by Blogger.