Tifo jawi iringi semangat Penyu


Kuala Terengganu: Tifo ejaan jawi nama Terengganu sebesar 250 meter persegi dihasilkan Ultras Terengganu untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, esok.
Wakil Ultras Terengganu, Mohd Radhie Abdullah berkata, idea menghasilkan tifo dalam ejaan jawi itu bertujuan untuk menaikkan semula tulisan itu yang memang selalu digunakan sebelum ini.
Menurutnya, pihaknya mula menghasilkan tifo hitam putih berkenaan sejak Isnin lalu membabitkan 80 hingga 100 ahli Ultras Terengganu.
Katanya, kini sudah masuk ke proses terakhir menyiapkannya dan yakin akan dapat disiapkan serta digunakan pada malam perlawanan nanti.
"Tifo ini nanti akan dibentangkan ahli Ultras Terengganu menjelang perlawanan ketika lagu negeri dan kebangsaan dinyanyikan nanti," katanya ketika ditemui, hari ini. -HMetro

No comments:

Powered by Blogger.